Kita ada Open House Raya petang ni. Encik suami tiba-tiba muncul di dapur.
Err..nak gembira atau nak sedih ni? Haha.. Lauk dah siap masak, tinggal nak masak nasi je. Tak apa, syukur dulu. Alhamdulillah, rezeki Allah kirim. Terima dengan gembira.
Lepas lunch nanti semua baki lauk kena simpan dalam peti ais. Esok sambung makan menu yang sama. Setel.
Kadang kala, bila open house atau kenduri kendara saya akan termenung sekejap. Antara soalan paling famous yang bermain di fikiran saya ialah
- Nak pakai baju apa?
- Nak pergi dengan siapa?
Menghadiri Open House Raya anjuran syarikat insurans |
Tapi...jika tuan rumah ada menu yang saya suka, semua tu bisa diatur hihi.. inshaAllah boleh je saya bawa diri dengan baik. Pergi kenduri pun macam tu juga. Saya suka bawa mak abah pergi kenduri. Mereka akan beramah mesra dengan tuan rumah dan tetamu lain. Tugas saya, bantu mereka ambil makanan je. Selebihnya saya boleh makan dan tunggu je bila mak abah nak balik. Bijak kan..kiki..
Bila dah kahwin, suami saya pun lebih kurang sama je. Aturan Allah hebat kan. Kalau suami saya ni jenis peramah luar biasa, mau tak terikut pula saya nak ke sana ke sini.
Bila cerita bab menu open house, apa menu favourite korang? Sebenarnya bila buat open house ni, tuan rumah pun pening juga nak fikir menu. Nak jamu orang makan, kena jamu dengan makan yang mereka suka. Bukan makanan yang kita sahaja suka semata-mata.
So, boleh je korang minta pandangan dan cadangan kawan-kawan tentang menu yang sesuai. Tak adalah tepu fikir sorang-sorang kan? Jika tak mampu nak masak semuanya sendiri boleh kongsi rezeki dengan orang lain juga. Pasti ada je seller yang dicadangkan berdasarkan pengalaman mereka sebagai food hunter. haha..
Ok, ini saya cuba senaraikan menu yang sesuai dan biasa ada di Open House Raya. Maybe ada 1 atau 2 menu terselit ni adalah menu kegemaran saya. Sebab tu saya senaraikan. Jangan marah ya...
1. Mee Kari. Menu ni memang biasa ada sebab ramai peminat. |
2. Lontong. Ini favourite nombor satu. Resepi mak memang sedap. |
3. Bakso. Nak tukar dengan Mihun Sup pun ok. Bakso sebagai pengganti untuk yang sukakan daging. |
4. Pulut Kuning dan rendang. Nak ganti dengan lemang pun ok jika senang nak dapatkan. |
5. Nasi Impit dan Kuah Kacang. Menu legend yang sentiasa ada |
6. Spaghetti. Anak-anak suka speghetti kan |
7. Roti Jala dan Kari Ayam. Yang ini memang kesukaanku |
8. Nasi Kerabu. Saya kurang minat tapi nasi kerabu ni ramai peminat. |
9. Laksa Penang. Buat raso-raso. Menu yang light je. |
10. Puding sebagai desert. Nak tukar desert lain seperti kek pun ok. |
- Sebelum keluar, jangan lupa alas perut dahulu. Bukan nak suruh makan banyak pula di rumah tapi boleh ambil alternatif lain seperti ESP. Ini yang saya amalkan dan Alhamdulillah berat saya masih mantain lagi dan berjaya kawal nafsu makan agar tidak berlebihan.
- Bila berada di open house nanti, jangan la pula semua menu kita makan banyak. Ambil sedikit-sedikit jika menunya banyak. So, boleh la rasa semua makanan kan. Makan sikit tapi banyak menu, akhirnya kenyang juga.
- Elakkan makan makanan manis terlalu banyak. Bila gula dalam darah tinggi buatkan kita craving. Balik rumah, lapar lagi. Macam mana tu? Hihi..
- Bawa air kosong jika perlu. Jenis saya memang suka bawa air kosong ke sana ke mari. Sekurang-kurangnya standby dalam kereta. Dengan cara ni boleh juga nak elakkan minum minuman manis juga. Sekarang kan musim panas, lebih bagus jika minum air kosong secukupnya. Tuan rumah juga boleh sediakanair kosong untuk tetamu. Yela kan, tak perlu nak serve. Tetamu boleh ambil sendiri. Kita pula boleh layan tetamu lain juga.
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
No comments:
Post a Comment