9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Bila memilih bisnes, apa yang anda pandang? Kerana wang? Itu memanglah kan. Sebab itulah kita berbisnes.

Namun, di sebalik kerana pendapatan, mesti kita nak suasana kerja yang harmoni. Sama juga bila kita bekerja makan gaji. Suasana tempat bekerja memainkan peranan penting agar kita dapat bertahan lama bekerja di sana.


Hanya kerana bermula dengan inginkan kesihatan yang lebih baik, saya akhirnya ingin berkongsi peluang yang sama dengan orang lain.

Kerana apa? Kerana upline saya juga berkongsikan perkara yang sama dengan saya. Tak kira upline, sideline mahupun downline, semua orang dalam bisnes ini mahu berjaya. 

Dalam komuniti Shaklee, semua orang saling memberi inspirasi sesama kami. Tipulah tak rasa lelah tapi kami semua seakan faham, terasa seperti ditarik-tarik untuk saling membantu dan akhirnya tak jadi nak down! Seronok kan? Tak sempat nak down lama-lama..haha..

Dalam komuniti ini juga semua orang saling lengkap melengkapi. Tak tahu? Kami belajar bersama-sama. Tak tahu mana nak belajar? Tak perlu pergi jauh-jauh, kami belajar melalui pengalaman orang lain, ilmu yang sedikit dikongsi akhirnya tak habis-habis kami belajar. 

Contoh paling dekat, belajar menulis blog ini. Master Norita dan Master Salwa upline yang sangat jauh. Nun tinggi di atas sana, namun saya masih terasa dekat kerana ilmu Allah ini. Alhamdulillah syukur ditemukan, berukhuwah kerana Allah. Malah tidak dikenakan bayaran sesen pun untuk menuntut ilmu berharga ini.

Circle positif yang saya dapat melalui bisnes ini menjadikan saya lebih kuat. Kuat kerana pengalaman mereka buat saya cepat belajar. Mereka tidak benarkan kami yang baru nak bermula ini rasa terkapai-kapai tak tahu apa nak dicapai, ke mana nak dituju. Bahkan sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar.

Pernah tak anda terfikir, ada orang belanja anda makan angin? Ya, secara percuma. Bukan sehari bahkan berhari-hari. Itulah yang saya idamkan. Malah Shaklee belum pernah gagal membawa leader Shaklee yang layak untuk Trip ke luar negara

Trip Shaklee ke Swirtzerland yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee


Bagi anda yang sudah biasa ke luar negara makan angin, mungkin rasa biasa sahaja namun jika diberi peluang makan angin secara percuma dengan layanan VIP mesti anda pun teruja kan? haha..

Dalam komuniti Shaklee ni bukan semua orang ada background yang sama. Kami dari pelbagai latar belakang namun semua tu tak menghalang kami saling bekerjasama. Ada yang pernah bekerja dalam bidang profesional seperti Engineer, Peguam, Doktor, Guru, Akauntan dan tak kurang juga surirumah sepenuh masa. 

Jika anda mohon bekerja, resume akan dibaca dan diteliti untu disesuaikan dengan posisi yang kita mohon. Namun tidak doi dalam Shaklee. Semua orang punya peluang yang sama. Kita sama-sama ingin berjaya dan sama-sama nak upgrade diri dan keluarga agar menjadi lebih baik dan capai impian masing-masing.

Dalam Shaklee jangan rasa diri terlalu naif daripada orang lain. Semuanya sama sahaja. Sebab itulah saya sangat sayangkan komuniti Shaklee ni. Semua orang bermula dari titik permulaan yang sama

Shaklee juga menyediakan platform untuk semua orang belajar. Sistem website yang mudah difahami dan kelas-kelas nutrisi juga disediakan. Bahkan jika anda bukan datang dari latar belakang perubatan juga mudah faham. 

Pendek kata, jangan biarkan diri kita sendiri merendahkan potensi diri. Komuniti Shaklee tidak pernah mengecewakan. Bagi anda yang masih tercari-cari komuniti yang sesuai dan ukhuwah yang erat, selamat datang ke keluarga Shaklee yang besar dan penuh dengan kasih sayang. Jangan cari lain lagi, semua ada di sini.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG




Feedback & Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ; rezeki bergolek

Saya bukanlah seorang yang sangat suka menulis. Apatah lagi menulis panjang di blog. Haha..agaknya dulu jika siapkan tugasan karangan yang diberikan cikgu, perasaannya cuma sekadar menyiapkan tugasan sahaja. 

Sungguh saya tak pandai. Karang surat cinta pun saya tak pandai! hihi..

Namun, saya suka membaca blog. Banyak input yang saya dapat. Pengalaman, info, tips dan banyak lagi, Malah resepi pun saya suka baca di blog.

Bila melibatkan diri dalm dunia bisnes, dan super duper upline saya pula membuka peluang kepada kami semua untuk belajar menulis blog, saya nampak peluang yang sangat bagus untuk saya belajar. 

Allah tak datangkan sesuatu kepada kita hanya kebetulan. Ia adalah rezeki. Syukur Alhamdulillah. Biarpun masih terkedek-kedek menapak, namun saya ambil ia sebagai ruang dan peluang untuk belajar. 


#blogmegashaklee1.0 pada saya projek yang sangat memberikan impak positif kepada saya yang baharu menapak dalam dunia blogger. Banyak tips, trick yang saya belajar untuk memperkenalkan blog saya kepada dunia.

Nak mula, perit sungguh rasa. Puas perah otak apa nak tulis. Idea ada tapi tak pandai nak luahkan. Bila baca entry kawan-kawan, sama je macam yang ada dalam fikiran saya, namun terjemahan kami berbeza. Nampak mudah je masing-masing luahkan semuanya dalam bentuk penulisan tapi saya? 

Akhirnya, apabila kecut perut dengan dateline yang diberikan saya berjaya juga selesaikan tugasan. Manusia ni begitu kan, nak kena ada sesuatu yang menekan diri, mengejar barulah rasa mencicit kerana dikejar. Haha..dengar macam lucu tapi itulah yang sebenar berlaku. 

Agaknya jika master Norita tak letakkan dateline semuanya lemau. Lemah gemalai je siapkan tugasan. Dah macam kena kejar dengan bos. Namun, saya bersyukur sangat dapat belajar perkara yang sangat berharga.

Nak tahu apa saya menang? Tadaa..


Saya menang Nutriferon! Korang tahu tak berapa harga Nutriferon ni? RM198 sekotak tau. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kehebatan Nutriferon ni? 

Nutriferon ni berfungsi sebagai alarm untuk membantu antibodi badan kita bertindak pantas. Saya suka Nutriferon ni bukan hanya kerana rasa yang sedap tapi kerana membantu tubuh saya lebih sihat.



Namun, bila kita dapat ilmu yang sangat sangat berharga, bukanlah hadiah itu yang jadi ukurannya. Betul tak? Ada hadiah yang lebih mahal ditawarkan oleh Master Norita. Tapi tidak semahal peluang dan ruang yang diwujudkan buat kami untuk belajar ni. 

Jemput baca entry yang saya tulis sebelum ini berkaitan INTERMITTENT FASTING dan SET KURUS SHAKLEE

Master Norita dan Master Salwa sangat baik, buka lagi peluang untuk kami upgrade lagi ilmu berkaitan blog. InshaAllah #blogmegashaklee2.0 pula akan menyusul. Tak sabar nak belajar ilmu baharu lagi.

Di samping upgrade ilmu dalam diri, saya juga berazam untuk menambah baik penulisan agar pembaca blog saya juga mendapat manfaat daripada blog saya ini.

Nantikan entry saya seterusnya ya.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG






SHAKLEE ADA SET KURUS?



Perasan tak, setiap kali buka media sosial mesti jumpa iklan KURUS. Tambah pula bila kita memang terfikir nak turunkan berat badan. Baru je terfikir, tiba-tiba nampak iklan lalu lalang depan mata. Amazing kan?

Baru je up gambar bersenam, terus je nampak iklan kurus di mana-mana.




Semakin hari semakin banyak produk kurus yang timbul. Macam cendawan tumbuh. Agak-agak kenapa?

Kadar obesiti Malaysia ni adalah yang tertinggi di Asia. Tak tahu nak bangga ke tak ni?




“Bermula 1996, peratusan obesiti hanya 4.4 peratus dan ia meningkat lebih tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015. Pada tahun 2019 pula mencatatkan 19.7 peratus.


Aduh! Macam seram je baca kan. Adakah kita ni salah seorang daripada golongan itu? Kesihatan diri bermula dari perut tau. Perut sihat, badan pun sihat. Badan sihat, otak cerdas.


Journey kurus ni biasanya akan dikaitkan dengan kurangkan makan. Betul. Saya tak kata salah tapi hati-hati juga. Manusia ni dapat nutrisi yang cukup melalui makan.


Jika kita sekat makan kaw-kaw, dari mana pula nak dapatkan nutrisi yang cukup untuk badan? Nanti akan jadi kes lain pula kan. Sebab itu pentingnya ilmu.


Ilmu nak kurus secara sihat ni boleh dapat melalui pembacaan, observation, dan juga komunikasi. Ada orang yang melalui pembacaan sahaja dia sudah faham dan nampak apa yang perlu dilakukan. Ada orang yang perlukan lebih dari sekadar pembacaan untuk mereka faham.


Siapa yang suka membaca dan perlukan sumber lain boleh buat pembacaan di sini juga.


Ok, now saya nak share kan Produk Kurus Shaklee. Jangan tak tahu ya, Shaklee ada juga produk kurus. Contohnya ada dalam entry saya sebelum ni ada saya ceritakan juga tentang set kurus shaklee.


Set Kurus Shaklee merupakan set kurus yang terbaik kerana ia bukan sekadar untuk menguruskan badan, tapi setiap produk yang ditawarkan dalam set ini mengandungi kelebihan tersendiri dan merupakan vitamin yang diperlukan oleh badan bagi menjaga kesihatan harian.


KONSEP 3B...


#BAKAR
(Omega Guard)
berfungsi memecahkan lemak dalam badan dengan lebih cepat.


#BUANG
(Herblax)
berfungsi membuang lemak yang telah dipecahkan tadi oleh lecithin dan omega guard, disamping membantu mengurangkan sembelit dan membuang toksin dalam badan dengan lebih cepat.


#BINA
(Cinch / ESP)
berfungsi reshape semula badan, membuang inci yang tidak diperlukan dan membantu rasa kenyang yang berpanjangan.



Haa. Macam mana? Dah dapat info?
Best kan? Ini baru baca, belum lagi amalkan.

So, siapa nak cuba  set kurus shaklee tu boleh contact saya ya.


#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG
























JOM INTERMITTENT FASTING

 Kurus dan sihat.. siapa tak nak kan?

Sekarang ni glamour sungguh cerita tentang diet. Semua orang cerita tentang diet. Dah viral. Sampaikan siapa yang tak mulakan diet lagi akan rasa janggal haha.. kuasa viral kan.

Saya juga pernah cuba diet sebelum ni. Jaga portion makan, berpuasa malah elakpkkan makan nasi juga pernah cuba. Bab tak makan nasi tu paling saya rasa seksa jiwa dan raga huhu..

Tapi sejak kenal dan cuba intermittent fasting, saya jadi jatuh cinta. First time join saya ada coach. setiap hari coach akan share info tentang pemakanan, vitamin dan senaman yang sesuai.

Best! Saya suka.

Eh, korang tahu tak apa intermittent fasting ni? Ok, tak apa. pernah dengar atau tidak saya nak kongsikan sedikit info intermittent fasting yang team kami buat ya.

Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Selalunya diet, akan tumpukan apa yang kita makan. Tapi IF ni lebih tumpukan bila waktu kita boleh makan.



Maksudnya, kita akan berpuasa untuk tempoh waktu tertentu dan hanya boleh makan (eating window) dalam tempoh tertentu. Cara ni akan bantu badan kita bakar lemak dengan lebih cepat untuk ditukarkan menjadi tenaga. Best kan.

Bukan saya seorang je yang cerita tentang IF ni tau. Boleh juga baca DIET KURUS DENGAN ITERMITTENT FASTING (IF)

Ok sekarang mesti rasa nak tanya, why IF? 

IF adalah intermittent fasting. Yang mana ia adalah satu program yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

IF ada banyak cara. 

✅Antaranya 16 jam berpuasa, 8 jam makan. 

✅Ada jugak 18 jam puasa, 6 jam makan. 

✅Ada jugak 20 jam puasa, 4 jam makan. 

Puasa kita panggil fasting window. Contoh kalau 16 jam puasa, maksudnya 16 jam tak makan apa apa, hanya boleh minum air kosong, kopi kosong tanpa gula, teh kosong tanpa gula, vitamins shaklee yang kalori rendah. 

Makanan pun fleksible time eating window, tapi please jaga kalori intake.

Jangan pandang enteng tau IF ni. Keistimewaannya ialah..

  • Memberi Perununan berat badan yang cepat
  • Meningkatkan Fokus
  • Menyokong Jantung yang lebih sihat
  • Membantu Penghadaman baik
  • Menyokong sistem imuan badan yang lebih sihat
  • Melawan Keradangan 
  • Meningkatkan kolestrol baik
  • Menyingkirkan Toksik Kotor dalam badan
  • Tahap insulin yang lebih rendah

Community Verified icon
Community Verified icon

Bezanya kita di IF with LAT Family (kami berikan nama iFlat), kita buat dengan sihat. Sebab kita ada nutrisi yang tolong tampung kekurangan badan time ber IF.

kita buat detoks sekali time IF ni. Kita bersihkan badan kita. Syok kan?

iFlat akan berlangsung selama 15 hari (bersama support group). Selepeas tu terpulang pada anda nak teruskan atau rehat sebentar. Bulan depan sambung lagi 15 hari. Haa..macam tu. Ok kan?

Saya share sikit testimoni iFlat untuk korang tengok hasilnya ya.


ekzema

kulit kusam

turun berat 18kg

berjaya hamil

berjaya TTC

Now saya nak share apa vitamin yang kami makan dalam iFlat ni





Kenapa ada pelbagai pakej? Haa..lagi mahal, lagi premium la vitamin yang kita makan kan. Kita kan dah kurangkan makan, lebihkan jam berpuasa. Maka. badan kita perlukan nutrisi yang cukup untuk sihat dan bertenaga.

Set yang saya tunjukkan ni adalah promo yang ditawarkan oleh Shaklee tau. Kebetulan promo bulan ni ada so saya tunjukkanlah. 

Tengok la tu, siap layak dapat cashback lagi. Tak nak ke?

So, korang yang nak join iFlat tu boleh la contact saya ya. Contact je nombor ni ok.


#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG