Showing posts with label Intermittent Fasting. Show all posts
Showing posts with label Intermittent Fasting. Show all posts

Ramadhan dengan Set Berpuasa Shaklee

Hai- hai semua. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa di Bulan Syaaban. Alhamdulillah, dah dekat sangat dah bulan Ramadan. Tinggal 15 hari je lagi kan (masa saya menulis ni).

Teringat masa belajar berpuasa dulu. Tak silap saya masa tu di Tahun 4. Anak sekarang, Tahun 4 dah matang kan. Masa tu nak makan banyak masa bersahur saya tak mampu. Sejenis yang memang susah nak makan banyak. Akhirnya, jam 2.00 petang saya dah terlepek. Tak bermaya langsung. Nak solat Asar pun merangkak macam nak mati dah rasa 😅

Pernah sekali di sekolah, nak solat Zohor berjemaah. Sambil ambil wudhu saya minum air paip kerana dahaga sangat. Cuaca pula panas. Tak tertahan rasa. 

Tiba-tiba rakan di sebelah menegur.

Dia : Kau minum air paip ke?

Saya : (Terperanjat. Risau kantoi) Eh, tak lah.

Dia : Bagus la. Jangan minum. Aku nampak ada telur katak dalam kolah.

Saya : 😭

Terus jenguk dalam kolah yang tinggi tu. Sungguh! Ada telur katak. Masa tu terus taubat tak nak dah curi-curi minum air. Kelakar pula bila diingat.

Namun, ada satu sindrom yang saya terbawa hingga ke dewasa ni. Sindrom hari pertama puasa. Saya tetap akan terlepek di hari pertama puasa. Pelik betul. Dah tua pun, oppss! dah berusia pun masih lagi ada sindrom tu.

Sehinggalah tahun lepas, bila saya betul-betul mengamalkan produk Shaklee sepenuhnya. Saya dan suami cuba bersahur dengan Set Berpuasa Shaklee. Asalnya kerana kami mengikuti program Intermittent Fasting (IF) di bulan Ramadan. (Nak tahu lebih lanjut mengenai IF boleh klik link ya).



Subhanallah. Tak letih langsung sepanjang bulan puasa. Sedangkan kami juga tak makan banyak, sekadar sepinggan nasi je masa berbuka. Dari hari pertama sehinggalah cukup sebulan berpuasa. Seronok sangat masa tu.

Dah la tak letih, dapat bonus pula turun berat badan. Ya Allah, sesungguhnya puasa kami terasa bermakna.

Kami dapat bangun awal, solat tahajud tanpa risau nak sediakan makanan untuk sahur. Lagi 10 minit nak imsak pun masih sempat bersahur. Shake je ESP dan Cinch Shake. Cukup. Kenyang dan bertenaga sehingga waktu berbuka.

ESP dan Cinch Shake ni kandungan Glisemik Indeksnya (GI) rendah. Lebih rendah daripada nasi. Sebab tu la kita akan rasa kenyang lebih lama. Makanan rendah GI seperti ESP Shaklee ( GI 39 ), bila kita ambil akan rasa kenyang tu lebih lama sebab tenaga dibebaskan secara perlahan-lahan. Bagus juga untuk sesiapa yang ada gastrik. 

Nasi ni kita makan banyak cepat kenyang & cepat lapar semula then mula kita mencari makanan lagi sebab lapar sebab Glisemik nya 91. 



Oh ya. Saya minum juga Cinch Tea kerana kami dalam tempoh buat IF masa tu. Tapi serius, Cinch Tea bantu saya dan suami tak lesu dan turun berat badan dengan cepat kerana Cinch Tea bantu tingkatkan kadar metabolisme badan.




waktu berbuka, untuk bantu bekalkan tenaga segera kami minum Performance Drink. Segar. Terus rasa badan recharge. Tak perlu nak bancuh air lain lagi dah. Cukup sekadar Performance Drink. Air ni angkasawak pun minum tau. Terbaiklah. Minum air angkasa. Bukan standard antarabangsa je tau 😆




Nak minum waktu bersahur pun bagus juga. Bantu badan tidak kehilangan air dengan cepat. Bukan sekadar yang kerja berpanas di luar sana juga tapi untuk semua. Kerja dalam aircond pun perlukan kandungan air dalam badan yang cukup kan. Aircond ni buat kulit kita cepat kering. Lagi tak best bila kulit keringakan cepat berkedut. Oh no! hahaha..

Lepas solat terawih, jika rasa lapar boleh minum lagi ESP dan Cinch Shake. Jadi, tak perlu nak tidur dengan keadaan perut terlalu penuh. Tak bagus juga untuk kesihatan kan.


Sebenarnya bukan saya je tau yang rasa Set Puasa Shaklee awesome! Cuba baca pengalaman Zahratul pula jika tak percaya.

So, korang yang nak dapatkan Set Berpuasa ni boleh klik link ni ya. Set Berpuasa ada promo. Rugi tak grab tau.

https://linktr.ee/anaawang 



 

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG

Feedback & Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ; rezeki bergolek

Saya bukanlah seorang yang sangat suka menulis. Apatah lagi menulis panjang di blog. Haha..agaknya dulu jika siapkan tugasan karangan yang diberikan cikgu, perasaannya cuma sekadar menyiapkan tugasan sahaja. 

Sungguh saya tak pandai. Karang surat cinta pun saya tak pandai! hihi..

Namun, saya suka membaca blog. Banyak input yang saya dapat. Pengalaman, info, tips dan banyak lagi, Malah resepi pun saya suka baca di blog.

Bila melibatkan diri dalm dunia bisnes, dan super duper upline saya pula membuka peluang kepada kami semua untuk belajar menulis blog, saya nampak peluang yang sangat bagus untuk saya belajar. 

Allah tak datangkan sesuatu kepada kita hanya kebetulan. Ia adalah rezeki. Syukur Alhamdulillah. Biarpun masih terkedek-kedek menapak, namun saya ambil ia sebagai ruang dan peluang untuk belajar. 


#blogmegashaklee1.0 pada saya projek yang sangat memberikan impak positif kepada saya yang baharu menapak dalam dunia blogger. Banyak tips, trick yang saya belajar untuk memperkenalkan blog saya kepada dunia.

Nak mula, perit sungguh rasa. Puas perah otak apa nak tulis. Idea ada tapi tak pandai nak luahkan. Bila baca entry kawan-kawan, sama je macam yang ada dalam fikiran saya, namun terjemahan kami berbeza. Nampak mudah je masing-masing luahkan semuanya dalam bentuk penulisan tapi saya? 

Akhirnya, apabila kecut perut dengan dateline yang diberikan saya berjaya juga selesaikan tugasan. Manusia ni begitu kan, nak kena ada sesuatu yang menekan diri, mengejar barulah rasa mencicit kerana dikejar. Haha..dengar macam lucu tapi itulah yang sebenar berlaku. 

Agaknya jika master Norita tak letakkan dateline semuanya lemau. Lemah gemalai je siapkan tugasan. Dah macam kena kejar dengan bos. Namun, saya bersyukur sangat dapat belajar perkara yang sangat berharga.

Nak tahu apa saya menang? Tadaa..


Saya menang Nutriferon! Korang tahu tak berapa harga Nutriferon ni? RM198 sekotak tau. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kehebatan Nutriferon ni? 

Nutriferon ni berfungsi sebagai alarm untuk membantu antibodi badan kita bertindak pantas. Saya suka Nutriferon ni bukan hanya kerana rasa yang sedap tapi kerana membantu tubuh saya lebih sihat.



Namun, bila kita dapat ilmu yang sangat sangat berharga, bukanlah hadiah itu yang jadi ukurannya. Betul tak? Ada hadiah yang lebih mahal ditawarkan oleh Master Norita. Tapi tidak semahal peluang dan ruang yang diwujudkan buat kami untuk belajar ni. 

Jemput baca entry yang saya tulis sebelum ini berkaitan INTERMITTENT FASTING dan SET KURUS SHAKLEE

Master Norita dan Master Salwa sangat baik, buka lagi peluang untuk kami upgrade lagi ilmu berkaitan blog. InshaAllah #blogmegashaklee2.0 pula akan menyusul. Tak sabar nak belajar ilmu baharu lagi.

Di samping upgrade ilmu dalam diri, saya juga berazam untuk menambah baik penulisan agar pembaca blog saya juga mendapat manfaat daripada blog saya ini.

Nantikan entry saya seterusnya ya.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG






JOM INTERMITTENT FASTING

 Kurus dan sihat.. siapa tak nak kan?

Sekarang ni glamour sungguh cerita tentang diet. Semua orang cerita tentang diet. Dah viral. Sampaikan siapa yang tak mulakan diet lagi akan rasa janggal haha.. kuasa viral kan.

Saya juga pernah cuba diet sebelum ni. Jaga portion makan, berpuasa malah elakpkkan makan nasi juga pernah cuba. Bab tak makan nasi tu paling saya rasa seksa jiwa dan raga huhu..

Tapi sejak kenal dan cuba intermittent fasting, saya jadi jatuh cinta. First time join saya ada coach. setiap hari coach akan share info tentang pemakanan, vitamin dan senaman yang sesuai.

Best! Saya suka.

Eh, korang tahu tak apa intermittent fasting ni? Ok, tak apa. pernah dengar atau tidak saya nak kongsikan sedikit info intermittent fasting yang team kami buat ya.

Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Selalunya diet, akan tumpukan apa yang kita makan. Tapi IF ni lebih tumpukan bila waktu kita boleh makan.



Maksudnya, kita akan berpuasa untuk tempoh waktu tertentu dan hanya boleh makan (eating window) dalam tempoh tertentu. Cara ni akan bantu badan kita bakar lemak dengan lebih cepat untuk ditukarkan menjadi tenaga. Best kan.

Bukan saya seorang je yang cerita tentang IF ni tau. Boleh juga baca DIET KURUS DENGAN ITERMITTENT FASTING (IF)

Ok sekarang mesti rasa nak tanya, why IF? 

IF adalah intermittent fasting. Yang mana ia adalah satu program yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

IF ada banyak cara. 

✅Antaranya 16 jam berpuasa, 8 jam makan. 

✅Ada jugak 18 jam puasa, 6 jam makan. 

✅Ada jugak 20 jam puasa, 4 jam makan. 

Puasa kita panggil fasting window. Contoh kalau 16 jam puasa, maksudnya 16 jam tak makan apa apa, hanya boleh minum air kosong, kopi kosong tanpa gula, teh kosong tanpa gula, vitamins shaklee yang kalori rendah. 

Makanan pun fleksible time eating window, tapi please jaga kalori intake.

Jangan pandang enteng tau IF ni. Keistimewaannya ialah..

  • Memberi Perununan berat badan yang cepat
  • Meningkatkan Fokus
  • Menyokong Jantung yang lebih sihat
  • Membantu Penghadaman baik
  • Menyokong sistem imuan badan yang lebih sihat
  • Melawan Keradangan 
  • Meningkatkan kolestrol baik
  • Menyingkirkan Toksik Kotor dalam badan
  • Tahap insulin yang lebih rendah

Community Verified icon
Community Verified icon

Bezanya kita di IF with LAT Family (kami berikan nama iFlat), kita buat dengan sihat. Sebab kita ada nutrisi yang tolong tampung kekurangan badan time ber IF.

kita buat detoks sekali time IF ni. Kita bersihkan badan kita. Syok kan?

iFlat akan berlangsung selama 15 hari (bersama support group). Selepeas tu terpulang pada anda nak teruskan atau rehat sebentar. Bulan depan sambung lagi 15 hari. Haa..macam tu. Ok kan?

Saya share sikit testimoni iFlat untuk korang tengok hasilnya ya.


ekzema

kulit kusam

turun berat 18kg

berjaya hamil

berjaya TTC

Now saya nak share apa vitamin yang kami makan dalam iFlat ni





Kenapa ada pelbagai pakej? Haa..lagi mahal, lagi premium la vitamin yang kita makan kan. Kita kan dah kurangkan makan, lebihkan jam berpuasa. Maka. badan kita perlukan nutrisi yang cukup untuk sihat dan bertenaga.

Set yang saya tunjukkan ni adalah promo yang ditawarkan oleh Shaklee tau. Kebetulan promo bulan ni ada so saya tunjukkanlah. 

Tengok la tu, siap layak dapat cashback lagi. Tak nak ke?

So, korang yang nak join iFlat tu boleh la contact saya ya. Contact je nombor ni ok.


#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG