Showing posts with label vitamin shaklee. Show all posts
Showing posts with label vitamin shaklee. Show all posts

TIPS TRAVEL MINIMALIS. NO.3 TIPS PALING WIN

Hai..salam ceria semua.. Alhamdulillah kali ni saya nak share sedikit tips travel. Tips ni dari pengalaman saya sendiri. Saya bukan jenis suka travel sana sini sangat pun sebab malas nak menguruskan hal packing baju nak pergi dan bila dah balik tu nanti hahaha.. tak senonoh kan.

Tips travel by Ana Awang

Dulu, biarpun tak suka travel tapi bila dikira-kira banyak kali juga saya ke sana ke sini bawa murid. Selalunya saya ambil peluang bawa murid ni sebab kalau nak pergi sendiri memang tak sampai la jawabnya...huhu.. Bila pergi sendiri kebiasaannya akan jadi krik..krik.. sebab tak tahu nak buat aktiviti apa selain makan. hmmm.. sadisnya kan.

Bila tak biasa travel, pastinya bila nak packing baju tu rasa macam nak bawa semua je. Semuanya perlu. Padahal bila sampai, tak pakai sangat pun. So daripada berat-berat bawa beg tu baik la kita packing secara minimalis. Badan pun tak penat nak bawa beg berat dan banyak.

1. Bawa pakaian yang sesuai

Ini penting. Pakaian yang sesuai tu merangkumi la ikut musim, lokasi dan boleh dipakai berulang kali. Contohnya jika seluar jeans tu berat, tapi kita ada pilihan lain seluar slack ke lebih baik bawa seluar slack atau skirt. Lebih ringan dan mesra beg juga. Baju pun sama. Bawalah baju yang ringan (bukan jarang ya). Jika tak tahan sejuk, memadai bawa satu baju yang tebal seperti sweater / blazer / pashmina sahaja. 

Pakaian yang ringan ni kelebihannya ialah mudah dibasuh dan cepat kering. So, korang boleh pakai berulang kali. Bayangkan jika korang travel tu seminggu. Tak ke haru nak bawa 7-8 pasang. Itu baru pakaian, belum lagi yang lain.

2. Makanan 

Jika korang jenis yang cepat lapar bila bangun pagi, saya sarankan korang bawa makanan yang membantu korang dapat instant tenaga dan dapat atasi masalaha lapar tu dengan segera. Tambah pula bagi yang ada gastrik, benda ni memang tak boleh nak buat main. Kan?

Dulu, saya sering bawa biskut ke mana sahaja saya pergi. Dalam beg wajibada bekalan biskut yang packing kecil-kecil tu. Ada orang akan bawa coklat atau gula-gula. Tapi saya pula tak boleh nak hadam benda tu pagi-pagi haha.. tapi biskut ni selalu hancur. Bila buka je bungkusannya, terus kena makan macam makan nestum pula. Haru betul kiki..

Tips travel; makanan wajib saya bawa ke mana sahaja

Now, saya dah ada solution yang lebih baik dan saya nak share tips travel nan satu ni untuk korang yang mungkin sedang tercari-cari solution yang paling win. Saya akan pastikan saya bawa ESP bersama. Masa ESP ni dikeluarkan dalam bentuk pek yang mudah dibawa, sayalah antara yang paling happy sekali. Tapi bila dah tak ada dikeluarkan, saya jadi murung sekejap huhu.. 

Tapi tak apa, apa yang penting saya masih lagi dapat menikmati ESP ni dengan penuh kesyukuran. Saya balik kampung pun tetap bawa ESP yang saya packing semula dalam bekas yang lebih kecil dan mudah untuk saya nikmati. Apa yang penting kenyang lebih lama, beri tenaga dan buat saya lebih happy. Happy tummy make your day happy..hahaha..

3. Set minda untuk memaksimakan pengalaman melancong

Ini penting! Jangan asyik sangat nak update media sosial sampaikan korang tak menikmati masa korang berada sekarang. Apa tujuan korang melancong? Nak menikmati percutian atau nak ootd dan update status je? 

Enjoy guys! Simpan kenangan dan pengalaman banyak-banyak

Haha..bukan marah, tapi bila balik nanti korang pasti akan missed apa yang korang terlepas kat sana. Pastikan roh dan jasad korang ada dalam tempoh percutian tu. Nikmati sebaiknya masa korang di sana adalah salah satu cara bersyukur juga. Kan?

Percutian berbayar atau percutian percuma..kedua-duanya wajib dinikmati. Ambillah sebanyak mana pun gambar atau video. Simpan dahulu dan nikmati semua yang ada di depan mata sebaiknya. Bila korang dah balik nanti boleh buat video ke tiktok ke dan share di media sosial supaya korang dapat share pula tips dan pemandangan di sana untuk rujukan rakan-rakan yang lain pula. 

So korang yang nak pergi travel di masa akan datang boleh aplikasikan tips travel yang saya share kan ni ya. Lepas tu nanti korang pula share pengalaman korang dan tambah lagi 1 atau 2 tips yang memberi manfaat kepada orang lain pula.

Apa yang penting, jaga kesihatan sebelum, semasa dan selepas travel. Caranya? Bawalah vitamin dan ubat-ubatan yang basic bersama. Sampai kat tempat asing tu nanti, terutama bagi yang travel luar negara pasti korang akan perlukan semua ni. Vitamin bantu badan kita dapat nutrisi yang sebaiknya. Nak melancong ni kena fit juga kan. Badan tak sihat, tak dapat la korang nak jalan sana sini. Baru jalan sikit, badan dah sakit-sakit. Kaki lenguh, sudahnya banyak duduk dari menikmati suasana. Gitewww..hehe..

Korang nak vitamin yang sesuai untuk kaki travel boleh contact saya ok. Jangan stress-stress.. chill aje.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

 

10 PRODUK SHAKLEE YANG PALING HOT "ALL THE TIME"

Salam semua.. entry sebelum ni dah cerita tentang penyakit kronik kan. Now kita nak cerita tentang vitamin shaklee pula. Pernah dengar tentang Shaklee? Produk Shaklee ni Beyond Organic tau.


Selalu bila dengar radio, diorang ada carta lagu kan. Lagu mana paling top. Paling pendengar suka nak dengar. Bila buat permintaan lagu pun kebanyakannya akan minta lagu ni. Haa.. sama la juga dengan Shaklee. Shaklee ada banyak produk tapi ada beberapa produk yang paling hot kata orang. Best Seller!

Top 10 Produk Shaklee

 1. Vivix dan resV

Vivix dan resV

Dua beradik ni memang tak disangkalkan lagi. Memang layak berada di tangga teratas. Mak abah dan mertua saya pun sangat sukakan Vivix dan resV ni. Produk yang tinggi Polifenol dan resveratrol ni memang palig laris kerana khasiatnya.

Pengambilan Polifenol secara kerap boleh membantu 

  • Peningkatan tenaga sel dengan cara meningkatkan jumlah mitokondria (dinamo) dalam sel
  • Membantu mengembalikan dan memperbaharui sel supaya dapat merangsang prestasi sel untuk tenaga dan kecergasan.
Apabila sel badan sihat, cergas makan badan kita juga akan sihat, otak cergas dan meningkatkan kesihatan reproduktif.

2. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

ESP ni ialah protein soya yang berperisa vanila. Sedap! Dah sedap, bebas pula asid transfat dan merupakan sumber makanan tambahan yang bebas daripada kolestrol. Sangat sesuai untuk semua samada yang nak sihat, nak cantik dan nak kurangkan berat badan. 

Kandungan Index Glesimek (GI) ESP ni rendah, hanya 39 je. So ia bantu kita kenyang lebih lama. Sebab tu la sesuai untuk yang ada gastrik juga. ESP ni dihasilkan daripada soya NON GMO (selamat daripada risiko toksin) dan mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan.

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • Anti radang
  • Anti alergi
  • Anti virus
  • Anti kanser

Kecil-kecil cili padi, biarpun kecil tapi boleh jaga diri. Haa..semua pun tahu kepentingan vitamin C. Manusia tak boleh nak hasilkan vitamin C sendiri. Kalau boleh, kita pun akan jadi macam arnab tu. Gebu gebas! Haha..

Uniknya vitamin C Shaklee ni boleh bantu cerahkan kulit? Saya ni dulu memang kaki berjemur. Sebab tu kulit muka kusam dan sunburn memang tak pernah hilang 😅. Sampaikan ada seorang rakan sepejabat selalu tegur tentang penampilan saya. Suruh tukar cermin mata la, suruh cerahkan kulit la.. macam-macam, tapi saya buat tak peduli je.

Sampai la saya consume vitamin C Shaklee ni untuk tingkatkan imun diri. Vitamin basic kan. So tetap la ambil setiap hari. Nak jadikan cerita, sekolah bercuti panjang dan bila habis cuti dia tegur saya semakin cerah. Mak aih..saya pun tak perasan. Dia kata nampak beza sebab cerah dan kulit makin berseri. Masa tu, kembang kuncup mak hahaha..

Sebenarnya ramai yang tak tahu, dan bila pengalaman ni terjadi kat diri sendiri baru lah saya tahu ang dalam vitamin C ni ada Hesperidin yang boleh membantu cerahkan kulit. Bukan putihkan kulit ya. Jangan salah faham pula. Vitamin Shaklee tak ada produk putihkan kulit. So, tona kulit saya jadi lebih cerah. Alhamdulillah..makan vitamin untuk sihat dapat extra pula kan..hehe

4. Omega Guard

Siapa kat sini tak suka makan ikan? Rugilah, kurang satu sumber Omega 3 yang penting untuk elakkan kita ni jadi nyanyuk.

Satu sajian Omega Gurad membekalkan 1080mg asid lemak Omega 3, 540mg EPA dan 36mg DHA. Bagus untuk kesihatan jantung, sendi dan fungsi otak.

5. Ostenutrix

Dulu namanya Ostematrix. Now dah tukar nama seiring dengan formulanya yang ditambah baik. Ostenutrix ni pun antara produk yang saya amalkan pada awal saya berkenalan dengan Shaklee. Masalah sakit belikat. Selalu sangat sampaikan hampir setiap hari minta suami sapukan minyak panas dan pernah juga sampai tak boleh nak gerakkan badan langsung sebab sakit.






Keperluan kalsium untuk badan sangat penting. Agak-agak cukup tak kalsium yang dibekalkan melalui diet makanan seharian kita? Tambahan pula jika korang tak suka minum susu. Saya tak boleh nak minum susu banyak sangat, mana nak minum air kosong lagi. Setiap hari perlu repeat rutin yang sama. Itu belum lagi vitamin lain yang diperlukan oleh tubuh kita kan.

6. Nutriferon

Rasanya yang manis dan bila makan rasa macam makan jajan 😁. Serbuk berwarna kuning dan halus je. Tapi, khasiatnya jauh ke dalam dan sangat powerful.

Terima kasih Allah kerana ilhamkan Dr. Yasuhiko Kajima, ahli imunologi terkenal di dunia untuk mencipta produk yang dapat mengaktifkan perisai semulajadi badan dan menjadikan sistem pertahanan badan lebih kuat. 

Nutriferon ni mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga japanese honeysuckle. 4 bahan ni secara tradisinya memang digunakan untuk mengekalkan kesihatan dan menguatkan badan.

7. Youth Luminous Gel Oil Cleanser

Kelebihan Youth Cleanser ni yang mungkin ramai tak perasan ialah Muscadine Grape Extract. Bahan ini ada dalam Vivix dan resV tau. Punyalah premium produk ni. Kaya dengan Polofenol untuk melindungi dan membaiki DNA sel dan dalam amsa yang sama boleh menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Jangan terkejut pula bila korang nampak perubahan ketara kepada si pamakai. Bukanpakai susuk tau tapi pakai cleanser yangada bahan premium. Haaa...giteww 😄


8. Vita-lea Iron Plus

Apa akan jadi bila kekurangan vitamin? 
  • Kebas-kebas jari dan degupan jantung yang tidak normal ; tanda kekurangan kalsium
  • Kelahiran yang tidak normal, cirit-birit, sakit perut ; tanda kekurangan folate
  • Sakit tulang, moody ; tanda kekurangan vitamin D
  • keletihan melampau, sukar untuk bernafas, mudah rasa sejuk tangan dan kaki, kuku rapuh ; tanda kekurangan iron
Now, Vita-lea dah ditukarkan namanya sesuai dengan formulasi baru. Nama barunya ialah Vita-Lize. InshaAllah akan masuk stok pada Jun 2023 ni ya. So, stay tune.

9. Vitamin-E

Ini antara produk kegemaran saya juga. Saya amalkan Vitamin E untuk membantu baik pulih kulit saya yang saya rasa sangat teruk. Tak selesa bila kulit tak sihat. 

Vitamin Shaklee nan satu ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah parut, kulit kering, bekas jerawat, kulit berjerawat dan berjeragat. 

10. Alfalfa Complex

Korang ada resdung? Alfalfa ni sangat bagus membantu detox darah. Suami saya pun resdung. Bila resdung ni, kadang ada bau yang tidak menyenangkan. Betul tak? Bukan setakat diri sendiri je tak selesa, orang sebelah pun akan rasa tak selesa juga.

Alhamdulillah Alfalfa membantu kurangkan kegatalan, bau yang tak menyenangkan dan bantu kecutkan jerawat juga. Satu lagi, yang bestnya boleh bantu buang angin dalam badan dan juga bagus untuk ibu menyusu. Sebab tu Alfalfa ni ada dalam  set untuk ibu menyusu. Korang rasa sendiri perbezaannya.

Ok. Cukup dah 10 produk yang menduduki tangga teratas carta produk Shaklee. Vitamin Shaklee ni semuanya organik. Malah Beyond Organic. Kata pengasas Shaklee, "Living Harmony with nature "

falsafah Dr Forrest Shaklee

Korang yang nak dapatkan produk Shaklee jangan segan, jangan malu contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Pahang
019-6465550

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnesdarirumah
#bisnesmoalrendah
#bisnesshaklee