Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

PERCUTIAN SHAKLEE BEST KE BEST SANGAT?

Korang suka bercuti tak? Mesti la suka kan. Apalagi bila percutian tu percuma! Macam percutian Shaklee yang saya nak share dengan korang ni.

Percutian Shaklee

Dulu saya pernah la dapat 2 tiket percutian percuma. Sepatutnya pergi dengan husband tapi dia ada kekangan, so saya bawa kawan. Kira our time la waktu tu hahaha.. Memang rezeki betul waktu tu sebab bos luluskan cuti kami. Terima kasih bos!

Percutian ni ditaja sepenuhnya oleh syarikat. Makan, penginapan, tiket flight semua mereka belanja. Best! Cuma sedikit terkilan sebab negara yang kami pergi tu kan bukan muslim, so pada saya susah sikit nak cari makan sendiri. Tak berani nak cuba itu ini sesuka hati.

Bila saya join Shaklee, tengok-tengok eh...ada juga percutian yang ditaja! Tapi percutian yang ditaja oleh Shaklee ni lebih mewah dan ekslusif. Terasa seperti dilayan bak bidadari...giteww.. Walaupun saya masih lagi belum layak untuk dapatkan percutian percuma ni, tapi lihat sahaja pengalaman orang lain yang travel dengan percutian percuma ni pun buat saya sangat teruja. 

Macam mana nak dapat?

Langkah pertama of course la korang kena daftar dulu sebagai ahli Shaklee. Dah daftar? Good 👍. Jika belum boleh daftar di sini ya JOIN SHAKLEE

Langkah seterusnya, korang kena berhubung dan berbincang dengan upline korang. Siapa upline tu? Upline ialah sponsor korang tu la. Contohnya, jika korang mendaftar dengan saya, maka saya ialah upline korang.

Korang nak tengok tak pengalaman leader Shaklee yang dapat pergi ke trip percutian Shaklee di Switzerland? Jom layan video ni ya 


Best giler guys! Dapat bilik di 5 stars hotel tau. Korang bayangkan eh, ada tourist kat sana yang tanya diorang ni datang dari mana dan macam mana diorang boleh dapat trip mewah ni. Bukan sikit tau..ramaiiii sangat ahli Shaklee yang dapat pergi.

Bila diorang kata sponsored by Shaklee, diorang terkejut dan cakap Shaklee ni mesti company yang sangat-sangat stabil kerana mampu taja trip mewah macam ni.

Percutian Shaklee yang mewah dan dilayan sebagai VIP

Percutian Shaklee; kebanyakan mereka baru pertama kali bermain salji

Saya nak share percutian akan datang yang Shaklee tawarkan. Tahun depan (2024) Shaklee akan bawa (jika anda layak) ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket. Waaaa...best kan!

Percutian Shaklee bagi tahun 2024

Saya memang teruja betul bila tengok gambar-gambar yang leader Shaklee lain share sepanjang diorang berada di sana. View yang cantik, makanan yang sedap, bilik hotel yang mewah, layanan istimewa bahkan gambar pun ada photographer yang di upah oleh Shaklee untuk ambil gambar korang tau.  Kalau pergi sendiri mesti semuanya nak jimat kan. Yela, pergi sendiri dan bayar pun sendiri. Lain rasanya bila dapat trip percuma ni tau.

Korang dah pernah pergi luar negara? Taknak pergi dah? Tak apa, boleh hadiahkan trip ni kepada yang tersayang (abah, mak, anak) bahkan korang boleh juga fight untuk bawa mereka bersama korang. Baru la best pergi ramai-ramai kan. Korang juga boleh tukarkan trip international kepada tiket umrah tau. Jika korang nak hadiahkan tiket umrah VIP Shaklee ni kepada mak ayah pun boleh tau.

Doakan saya berjaya dapatkan tiket percutian Shaklee yang premium ni juga nanti ya. Saya doakan korang pun akan sama-sama capai impian korang juga.

Nak capai impian dengan Shaklee bersama saya?Boleh sangat.. Jom!


Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550


9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Bila memilih bisnes, apa yang anda pandang? Kerana wang? Itu memanglah kan. Sebab itulah kita berbisnes.

Namun, di sebalik kerana pendapatan, mesti kita nak suasana kerja yang harmoni. Sama juga bila kita bekerja makan gaji. Suasana tempat bekerja memainkan peranan penting agar kita dapat bertahan lama bekerja di sana.


Hanya kerana bermula dengan inginkan kesihatan yang lebih baik, saya akhirnya ingin berkongsi peluang yang sama dengan orang lain.

Kerana apa? Kerana upline saya juga berkongsikan perkara yang sama dengan saya. Tak kira upline, sideline mahupun downline, semua orang dalam bisnes ini mahu berjaya. 

Dalam komuniti Shaklee, semua orang saling memberi inspirasi sesama kami. Tipulah tak rasa lelah tapi kami semua seakan faham, terasa seperti ditarik-tarik untuk saling membantu dan akhirnya tak jadi nak down! Seronok kan? Tak sempat nak down lama-lama..haha..

Dalam komuniti ini juga semua orang saling lengkap melengkapi. Tak tahu? Kami belajar bersama-sama. Tak tahu mana nak belajar? Tak perlu pergi jauh-jauh, kami belajar melalui pengalaman orang lain, ilmu yang sedikit dikongsi akhirnya tak habis-habis kami belajar. 

Contoh paling dekat, belajar menulis blog ini. Master Norita dan Master Salwa upline yang sangat jauh. Nun tinggi di atas sana, namun saya masih terasa dekat kerana ilmu Allah ini. Alhamdulillah syukur ditemukan, berukhuwah kerana Allah. Malah tidak dikenakan bayaran sesen pun untuk menuntut ilmu berharga ini.

Circle positif yang saya dapat melalui bisnes ini menjadikan saya lebih kuat. Kuat kerana pengalaman mereka buat saya cepat belajar. Mereka tidak benarkan kami yang baru nak bermula ini rasa terkapai-kapai tak tahu apa nak dicapai, ke mana nak dituju. Bahkan sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar.

Pernah tak anda terfikir, ada orang belanja anda makan angin? Ya, secara percuma. Bukan sehari bahkan berhari-hari. Itulah yang saya idamkan. Malah Shaklee belum pernah gagal membawa leader Shaklee yang layak untuk Trip ke luar negara

Trip Shaklee ke Swirtzerland yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee


Bagi anda yang sudah biasa ke luar negara makan angin, mungkin rasa biasa sahaja namun jika diberi peluang makan angin secara percuma dengan layanan VIP mesti anda pun teruja kan? haha..

Dalam komuniti Shaklee ni bukan semua orang ada background yang sama. Kami dari pelbagai latar belakang namun semua tu tak menghalang kami saling bekerjasama. Ada yang pernah bekerja dalam bidang profesional seperti Engineer, Peguam, Doktor, Guru, Akauntan dan tak kurang juga surirumah sepenuh masa. 

Jika anda mohon bekerja, resume akan dibaca dan diteliti untu disesuaikan dengan posisi yang kita mohon. Namun tidak doi dalam Shaklee. Semua orang punya peluang yang sama. Kita sama-sama ingin berjaya dan sama-sama nak upgrade diri dan keluarga agar menjadi lebih baik dan capai impian masing-masing.

Dalam Shaklee jangan rasa diri terlalu naif daripada orang lain. Semuanya sama sahaja. Sebab itulah saya sangat sayangkan komuniti Shaklee ni. Semua orang bermula dari titik permulaan yang sama

Shaklee juga menyediakan platform untuk semua orang belajar. Sistem website yang mudah difahami dan kelas-kelas nutrisi juga disediakan. Bahkan jika anda bukan datang dari latar belakang perubatan juga mudah faham. 

Pendek kata, jangan biarkan diri kita sendiri merendahkan potensi diri. Komuniti Shaklee tidak pernah mengecewakan. Bagi anda yang masih tercari-cari komuniti yang sesuai dan ukhuwah yang erat, selamat datang ke keluarga Shaklee yang besar dan penuh dengan kasih sayang. Jangan cari lain lagi, semua ada di sini.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG