Showing posts with label BISNES MUDAH. Show all posts
Showing posts with label BISNES MUDAH. Show all posts

SHAKLEE Fun Day

Bila ada event mesti ada acara dan diskaun menarik kan? Shaklee selalu menghargai dan memberi peluang kepada semua ahlinya untuk menikmati penjimatan berganda tau.

Dah la setiap bulan pasti ada je promo menarik. Tambah lagi dengan extra promo dan aktiviti menarik yang diadakan di Home Office dan branch. Jadi, ahli baharu dan ahli sedia ada berpeluang nak datang branch dan pilih sendiri produk yang mereka suka. 

Nak ceritanya kat sini, 18 Mac 2023 (Sabtu) yang lepas, Shaklee telah mengadakan Shaklee Fun Day di Home Office, Branch Kota Bahru, Branch Kuala Lumpur dan Branch Johor Bahru. Happening giler guys!.



Seronok masing-masing memborong Produk Youth (produk penjagaan kulit muka) terpilih. Licin rak haha. Apa taknya, banyak freebies disediakan oleh Shaklee. Beli produk boleh dapat freebies comel dan berbaloi.

Bukan tu je, semua yang datang boleh bawa anak juga. Ada aktiviti untuk anak-anak. So, sambil mak-mak shopping, anak-anak boleh sertai aktiviti menarik juga. 

Bisnes Shaklee ni mudah je guys. Bisnes yang fun dan mesra keluarga. Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes Shaklee ni la yang saya belajar banyak perkara dari hal marketing hinggalah kerohanian dan kekeluargaan.




Antara produk Youth yang diborong 

Berkotak-kotak. Mana SID yang tak sempat nak hadir cepat-cepat kirim haha

Pembelian set yang sangat berbaloi. Nak raya ni kan, kena la cantikkan diri

Dapat minuman percuma. Minum secawan pun dah kenyang

Shaklee buatkan minuman percuma nni untuk ketiga-tiga perisa. Coklat, Latte dan Vanila. Semua sedap!


-
Legakan tekak yang dahaga. Cuaca kat luar panas, masuk dalam terus segar...hihi


Ok guys. Jangan sedih-sedih jika anda masih belum menjadi ahli Shaklee. Jom daftar sekarang. Masih ada lagi Promo bulan ni yang melayakkan anda menikmati keahlian secara percuma.

Nak duit raya? Dengan bisnes Shaklee pun boleh dapat tau. Klik link untuk tahu lebih lanjut.


Contact saya ya

Ana Awang
019-6465550

#Shakleetriumph2023
#Shakleethrive2023
#projekblogmega
#shakleebentong

Duit Raya Awal Dari Shaklee

Dulu bila tiba Hari Raya, seronok betul nak jalan semua rumah jiran sebab nak kumpul duit raya. Hanya 1-2 rumah je saya suka pergi atas sebab suka nak makan kuih raya yang sedap. haha...

Bila dah besar sikit, kami selalu ubah-ubah cara pemberian duit raya pada budak-budak yang datang. Pernah bagi duit sahaja. Kadang kala isi duit dan gula-gula dalam plastik. Tapi diorang tetap suka duit. Siap cakap tak nak gula-gula 😂 Jujur sangat kau dik.


Korang yang bekerja makan gaji, bila tiba musim perayaan mesti excited kan bila gaji masuk awal. Dah terbayang gaji masuk nanti nak shopping barang keperluan dan baju raya di mana. Masa tu la ramainya rakyat Malaysia keluar pada hari yang sama. Sebab apa? Sebab mereka pun sama macam kita. Tunggu duit masuk baru la dapat nak berbelanja.

Bagi yang bekerja sendiri pula boleh planning hari lain. Hari yang tak ramai orang. Bagi yang ada anak kecil, mudah la sikit kan nak shopping bersama anak. Belum lagi anak trantrum semasa proses shopping tu. Aduhai..bertabah la ibu ya.

Bagi SID Shaklee pun sama juga. Biasanya memang bonus akan masuk awal. Di tengah bulan. Bulan ni? Mungkin awal sikit lagi. Amiin...hahaha.. So, dapat la duit raya awal dari Shaklee. 

Apa persediaan raya yang memang korang tak boleh nak tinggalkan?


Biasanya kuih muih dan juadah raya, baju raya dan duit raya. Betul kan? Bukan sqya je excited cerita pasal duit raya ni. Boleh klik tu nak baca story mereka pula.

Boleh jadi murung juga ya jika tak dapat nak sediakan apa-apa terutama jika ada anak. 

Macam saya, belum ada anak tapi orang tua kami masih ada. Jadi, sedikit sebanyak kami akan sedaya upaya nak berikan yang terbaik agar mereka gembira. Nak raikan hari raya bersama anak cucu dan keluarga.

Bulan lepas saya bawa mak keluar jalan-jalan. Katanya nak beli baju raya awal. Dah puasa nanti dia tak nak ke mana-mana lagi dah. Biar fokus puasa di rumah sahaja kerana tak nak keletihan nak Solat Terawih pada malamnya.

Ok lah kan, kita bawa. Pusing 4 shopping kompleks untuk dia cari baju dan tudung yang dia berkenan. Dah la banyak kedai tutup. Kesian mak pusing sana-sini.

Tup-tup bila adik balik baru ni, dia minta lagi adik bawa jalan. Rupanya nak cari lagi baju untuk pergi terawih pula 😂 

Boleh mak, apa sahaja yang buatkan mak gembira. Anak-anak semua dah duduk luar, tak ada yang menemani. So, kami layankan aje la mak nak beli apa. Lagipun dia nak beli untuk ke masjid. Kami tumpang pahala mak cari baju untuk ke masjid ya mak.

Semoga apabila kita gembirakan orang tersayang, maka Allah akan membalaslebih lagi rezeki buat kita. Rezeki bukan hanya wang ringgit tapi kesihatan dan dikelilingi orang yang baik-baik juga rezeki.

Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki yang melimpa ruah agar dapat bantu dankongsi rezeki dengan saudara lain juga. InshaAllah

Reward saya beli untuk diri sendiri setelah berjaya capai C ke-2 dalam Shaklee


Seronok kan baru 8 hari dah berjaya dapat bonus banyak ni?

Bonus Shaklee infiniti. Selagi anda berusaha, anda layak dapat bonus yang setimpal. 

Nak duit raya dari Shaklee juga? Boleh contact saya ya.


#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023





9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Bila memilih bisnes, apa yang anda pandang? Kerana wang? Itu memanglah kan. Sebab itulah kita berbisnes.

Namun, di sebalik kerana pendapatan, mesti kita nak suasana kerja yang harmoni. Sama juga bila kita bekerja makan gaji. Suasana tempat bekerja memainkan peranan penting agar kita dapat bertahan lama bekerja di sana.


Hanya kerana bermula dengan inginkan kesihatan yang lebih baik, saya akhirnya ingin berkongsi peluang yang sama dengan orang lain.

Kerana apa? Kerana upline saya juga berkongsikan perkara yang sama dengan saya. Tak kira upline, sideline mahupun downline, semua orang dalam bisnes ini mahu berjaya. 

Dalam komuniti Shaklee, semua orang saling memberi inspirasi sesama kami. Tipulah tak rasa lelah tapi kami semua seakan faham, terasa seperti ditarik-tarik untuk saling membantu dan akhirnya tak jadi nak down! Seronok kan? Tak sempat nak down lama-lama..haha..

Dalam komuniti ini juga semua orang saling lengkap melengkapi. Tak tahu? Kami belajar bersama-sama. Tak tahu mana nak belajar? Tak perlu pergi jauh-jauh, kami belajar melalui pengalaman orang lain, ilmu yang sedikit dikongsi akhirnya tak habis-habis kami belajar. 

Contoh paling dekat, belajar menulis blog ini. Master Norita dan Master Salwa upline yang sangat jauh. Nun tinggi di atas sana, namun saya masih terasa dekat kerana ilmu Allah ini. Alhamdulillah syukur ditemukan, berukhuwah kerana Allah. Malah tidak dikenakan bayaran sesen pun untuk menuntut ilmu berharga ini.

Circle positif yang saya dapat melalui bisnes ini menjadikan saya lebih kuat. Kuat kerana pengalaman mereka buat saya cepat belajar. Mereka tidak benarkan kami yang baru nak bermula ini rasa terkapai-kapai tak tahu apa nak dicapai, ke mana nak dituju. Bahkan sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar.

Pernah tak anda terfikir, ada orang belanja anda makan angin? Ya, secara percuma. Bukan sehari bahkan berhari-hari. Itulah yang saya idamkan. Malah Shaklee belum pernah gagal membawa leader Shaklee yang layak untuk Trip ke luar negara

Trip Shaklee ke Swirtzerland yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee


Bagi anda yang sudah biasa ke luar negara makan angin, mungkin rasa biasa sahaja namun jika diberi peluang makan angin secara percuma dengan layanan VIP mesti anda pun teruja kan? haha..

Dalam komuniti Shaklee ni bukan semua orang ada background yang sama. Kami dari pelbagai latar belakang namun semua tu tak menghalang kami saling bekerjasama. Ada yang pernah bekerja dalam bidang profesional seperti Engineer, Peguam, Doktor, Guru, Akauntan dan tak kurang juga surirumah sepenuh masa. 

Jika anda mohon bekerja, resume akan dibaca dan diteliti untu disesuaikan dengan posisi yang kita mohon. Namun tidak doi dalam Shaklee. Semua orang punya peluang yang sama. Kita sama-sama ingin berjaya dan sama-sama nak upgrade diri dan keluarga agar menjadi lebih baik dan capai impian masing-masing.

Dalam Shaklee jangan rasa diri terlalu naif daripada orang lain. Semuanya sama sahaja. Sebab itulah saya sangat sayangkan komuniti Shaklee ni. Semua orang bermula dari titik permulaan yang sama

Shaklee juga menyediakan platform untuk semua orang belajar. Sistem website yang mudah difahami dan kelas-kelas nutrisi juga disediakan. Bahkan jika anda bukan datang dari latar belakang perubatan juga mudah faham. 

Pendek kata, jangan biarkan diri kita sendiri merendahkan potensi diri. Komuniti Shaklee tidak pernah mengecewakan. Bagi anda yang masih tercari-cari komuniti yang sesuai dan ukhuwah yang erat, selamat datang ke keluarga Shaklee yang besar dan penuh dengan kasih sayang. Jangan cari lain lagi, semua ada di sini.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG




SAYA MENTOR TERBAIK YANG ANDA CARI

Assalamualaikum

Hai korang... ok jom kita cerita pasal mentor pula.

Haaaa...MENTOR??? Kenapa kena ada mentor?

Eh, kena la ada. Baru la kita akan berada di jalan yang lurusss...hehe... 

Sebenarnya mentor ni penting tau sebab dia adalah pakar rujuk kita, orang yang kita cari di kala kita stuck dalam bisnes, orang yang kita cari di kala kita perlukan kata-kata motivasi.

Penting tak? Penting la kan... mereka di berada dalam bisnes ni lebih lama dari kita dan dah lalui semua yang kita lalui.

Kita akan lalui proses yang sama juga.

Jatuh bangun bisnes ni dah biasa. Kenapa saya kata biasa? Sebab ada masa kita di atas, ada mana kita di bawah tapi bila kita berada di bawah tidak semestinya kita akan berada di situ selamanya....masa ni la kita perlukan booster supaya dapat menaikkan semangat kita semula.

Haaa...macam tu tau!

Saya pun ada mentor. Anda pun perlukan mentor.

Tak tahu mana nak mula? Mentor kan ada...

Pernah tengok rancangan hiburan MENTOR tu tak? Lebih kurang macam tu la...

KIta rasa kita bagus dah, sampaikan tak nampak apa silap kita atau apa yang kita buat ni akan menyebabkan kita kecundang nanti.

Rupanya mentor nampak, boleh hidu tau...bukan la nak kata dia tu ada power...tapi oleh kerana dia dah lalui semua tu, makan kita bertuah sebab dia akan cuit kita dan tunjukkan kita laluan yang lebih baik.

Jadi...kenapa saya adalah mentor terbaik korang?

1. Saya penerima 4 angka bonus sebulan. Jom saya tunjukkan bonus saya bulan lepas. 


Jika saya boleh dapat income banyak tu, saya percaya anda pun boleh dapat juga.

2. Saya seorang yang cepat respon apabila anda memerlukan saya. Anda contact saya tengah malam, inshaApllah awal pagi akan saya balas.

Jika saya cakap jawab juga tengah malam tipu la kan...hehehe...
InshaAllah awal pagi saya akan reply dengan segera jika saya boleh jawab terus. 
Jika tidak, saya akan rujuk dahulu dengan mentor saya.



3. Seorang yang sedia menerima pandangan dan memberi tunjuk ajar. 
Kita tak boleh nak lokek ilmu, kerana ilmu itu milik Allah...
Jadi, inshaAllah saya kana cuba sehabis baik turunkan ilmu yang saya ada untuk korang dalam team saya.

Ok, jom contact saya segera ya.

Ana Awang
Team Projek FTL




 BISNES PALING MUDAH KETIKA MUSIM COVID-19

Assalamualaikum... Alhamdulillah saya masih lagi diberi kekuatan untuk menulis hari ini.

Haha...sebenarnya dari semalam saya memikirkan apakah 'karangan' paling sesuai saya tulis untuk 'hari esok'.. hari ni la tu...hahaha...



Saya nak share sikit tentang satu kisah Bos Susu.

Haa...pernah dengar? Bos Susu ni kalau tengok Gegar Vaganza kenal la...hihi.. saya tak tengok sangat pun tapi saya cari apakah kisah menarik tentang perniagaan yang boleh menjadi inspirasi kepada diri sendiri.

Sebelum 'membela susu', dia bersama rakannya telah 'membela' buah naga namun malangnya buah-buah tersebut mati akibat diserang kulat.

Mereka kemudian berniaga ikan pula tapi perniagaan ini pun kecundang kerana kolam pecah akibat banjir. Akhir sekali, Bos Susu dan rakannya ini terjun dalam bisnes menjual susu kambing dan melalui pelbagai kesukaran seperti terpaksa menjualnya menggunakan bas ekspress.

Bos susu ni bagi tips, buat peniaga yang ingin berjaya kita tak boleh ada mindset NAK CEPAT KAYA dan kita juga perlu BERKONGSI REZEKI.

Hahaha...macam mana tu?

Ni bukan skim cepat kaya tau!!! 😂





Saya suka bab berkongsi rezeki tu. Sebab apa? Saya yakin dengan rezeki Allah... bak kata salah seorang mentor saya. Allah parking sekejap rezeki ni dengan kita. Dalam rezeki kita ni ada juga rezeki orang lain.

Jadi, apa yang saya boleh kongsikan dengan korang kat sini kan adalah PELUANG. 

Bumi Allah ni luas. Rezeki melimpah ruah tau...

Jangan anggap PELUANG tu cuma peluang dan bukannya REZEKI!

Ba kata Pak Anas, macam mana kita nak dapat rezeki yang banyak jika tidak dibuka bungkusannya. PELUANG yang Allah berikan itu bungkusannya, jika tidak diambil, dibuka mana nak dapat rezekinya...betul tak?

Nak tahu tak apa peluang tu? 

Musim Covid ni...peluang apa je yang ada?

Haaa....baca dulu, lihat dulu apa yang saya nak sampaikan. 

Kita bukan nak ambil kesempatan tapi nak kongsi rezeki, nak kongsi kebaikan supaya semua orang dapat manfaat kan.

Macam saya cakap di entry SIDE INCOME sebelum ni. SIHAT dapat CANTIK dapat DUIT pun dapat!

Masa ni la kita semua perlu jaga kesihatan sebaiknya. Jaga diri supaya sistem imun tubuh kita berada di tahap paling tinggi. 

Kenapa?

Supaya dapat melawan penyakit yang datang menyerang. 

Jadi, bisnes yang paling mudah ketika sekarang ini ialah bisnes berkaitan kesihatan.

Semua orang nak sihat. Semua orang nak jaga diri dan keluarga agar kekal sihat. 

Memang, hidup dan mati di tangan Allah. Namun, kita juga kena berusaha. Allah bagi tubuh badan yang sihat kepada kita, kenapa kita tak nak jaga?

Betul tak?

Projek FTL yang akan saya kupaskan nanti ni sebenarnya berkaitan dengan kesihatan kita.

Saya dan team semuanya dah amalkan produk-produk dari projek FTL ni. Kami dah rasa kebaikan, manfaat darinya. Jadi....sebab tu kami nak kongsikan dengan lebih ramai orang tentang produk yang sangat memberikan manfaat ini.

Disamping kita jaga kesihatan diri sendiri, kita bantu juga semua team dan bakal team kita untuk jana pendapatan dan hidup dengan lebih selesa.

Tunggu apa lagi?

Saya dapat rasakan keterujaan korang tu untuk join team saya dan kita sama-sama jana pendapatan untuk keluarga.

Jom contact saya ya. Kita jumpa dipuncak kejayaan!!!

Giteeewwww...