Showing posts with label kelebihan. Show all posts
Showing posts with label kelebihan. Show all posts

KULIT CANTIK DENGAN HARGA RAHMAH

Wasap guys! 

Eh.. macam Khairul Aming pulak kan. Hehe..tak pela ek, sesekali. Bukan apa, tadi tertengok video dia tunjuk cara rakan suara untuk video masak. Menu ayam phad pet. Sedap pula tengok haha..

Ok. Dah masuk bulan baru ni, apa lagi..Shaklee ada menu baru. Eh..promo baru.. menu rahmah. Masa mula-mula saya nampak je promo tu. Awww...murah giler! Sebelum ni pernah ada promo 2 vitamin C dapat harga RM99 tapi kali ni lagi awesome tau! Korang tengok ek ni

Set A

Harga cuma RM99 je dah boleh dapat 1 tong ESP dan 1 botol Vitamin C.
Korang tengok ya harga asal ESP ni berapa. Serius murah yang ini kan?

Dengan pembelian set ni anda layak pula dapat PERCUMA KEAHLIAN (Tak perlu bayar RM35 atau beli barang 100uv). 

Korang yang baru join, layak beli 3 set. So, bleh la buat stok untuk 3 bulan ni kan. Vitamin C tu boleh makan satu family. Ini saya share kan harga dan penjimatan yang korang boleh dapat bila buat pembelian set ni.

Set B

Set C

Sebelum bulan puasa hari tu, ramai je saya tengok update demam tak kebah-kebah. Saya dan suami pun tak terkecuali tau. Seminggu demam. BIla dah ok, selera makan tak berapa ok. Badan lesu semacam. Kami cuma makan ESP je buat alas perut.

Bila kami dah sihat betul-betul, ingatkan tak ada dah yang kena demam. Rupa-rupanya bulan puasa ni pun ada juga. Lagi kesian, demam dalam bulan puasa. Tak boleh nak bayangkan tak larat tu macam mana tau. 

So korang, nak bagitau ni. Kesihatan itu sangat penting. KIta rasa kita kuat tapi bila Allah uji sikit terus rasa nikmat sihat itu sangat berharga. Kami ni tak missed makan vitamin C pun Allah uji sikit dengan kesihatan pun rasa tak larat sangat. Orang yang tak makan vitamin C apatah lagi. 

Badan kita tak boleh hasilkan vitamin C sendiri tau;. Kena ambil melalui pemakanan. Tapi bila badan sakit tak lalu nak makan, oren sebiji pun susah nak habiskan. Apatah lagi nak makan 7 biji buah oren untuk samakan dengan 1 tablet vitamin C?

Keistimewaan Vitamin C Shaklee


Saya pula bukan jenis suka makan oren sangat, kena tang masam tu...adeehhh boleh spoil mood tau haha.. Harga buah pula sekarang boleh tahan juga kan. Nak yang sedap dan manis kena bayar lebih la..

Kombinasi ESP dan Vitamin C ni memang awesome tau. Vitamin kulit namanya. Lebih terkenal dengan jolokan Set Cantik Basic. Kenapa basic? Sebab ini adalah vitamin paling asas yang dieprlukan oleh kulit kita. 

Kulit kita ni adalah gabungan sel paling besar tau. Makanan sel ialah protein. ESP ni bekalkan protein untuk sel badan. Haa..lebih kurang gitu la nak explain dengan bahasa kampung. 

Gabungan protein soya ni dengan Vitamin C memang cantik dah. Buat kulit kita sihat. Kulit sihat akan nampak berseri. Sebab tu la siapa yang consume set basic ni pun memang nampak berseri dah.

Teringat kata-kata kawan saya satu tempat kerja tu. Selalu dikatanya saya ni hitam, muka belang haha..

"Ko ni Ana, pakai la bedak sikit" Gitu la lebih kurang ayat dia. 

Selfie sendiri je. Masa ni baru pandai selfie haha


Saya pula jenis memang cepat berpeluh. So malas nak cara sangat bab penjagaan kulit muka ni. Kat sekolah pula kerjanya selalu ke hulu ke hilir bawa kamera masa tu. Di kelas, di perhimpunan, di padang.. memang setia dengan kamera la.

Baru berjinak-jinak dengan Shaklee. Nampak kulit muka pun berpanau. Adehhh...


Kerja saya banyak ambil gambar orang je. Gambar sendiri tak ada haha.. harapkan ehsan orang yang perasan saya dan ambilkan gambar je. Kesian kan.

Akhirnya bila saya dah consume 2 vitamin ni, nampak la sedikit perubahan. Sampai la satu hari tu dia tegur

"Nampak putih sikit muka kau"
Masa tu saya rasa berbunga-bunga betul. Alhamdulillah akhirnya Allah temukan jodoh saya dengan produk yang betul. Sejak tu saya consume sungguh-sungguh dan amalkan set premium pula. Set premium ni nanti saya cerita lain kali ya. Siap boleh pudarkan jeragat tau.

Alhamdulillah..hilang dah panau dan kulit makin baik


So korang, yang mana satu pilihan hati?
Set A, B atau C? Ke nak juga beli oren hari-hari?

Jom la beli Vitamin Kulit ni dengan saya. Saya akan guide korang cara makan yang sesuai dengan masalah yang korang hadapi.

Perlukan bantuan apa-apa atau nak tanya soalan boleh contact saya di sini ya

https://linktr.ee/anaawang

Nak register membership pon boleh buat sendiri.
Klik sini  shorturl.at/ehBGT

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023



Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia ; Selamat. Terbukti. Berkesan.

Dikuasakan oleh Alam Semula Jadi, Dibuktikan oleh Sains.

Kami mendapat inspirasi daripada visi pengasas kami dan pencipta multivitamin yang pertama di A.S., Dr. Forrest C. Shaklee. Falsafah beliau adalah untuk mencipta produk-produk yang mengutamakan kehidupan harmoni bersama Alam Semulajadi (In Harmony with Nature®). Kami komited untuk menyediakan bahan kandungan paling tulen dan terbaik daripada alam semula jadi dan mengguna piawaian saintifik kami yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal — memberikan hasil klinikal tanpa kompromi. Konsep holistik ini telah membantu berjuta-juta orang Hidup dan Kelihatan Lebih Muda selama lebih daripada 60 tahun.


Kata-kata ini saya petik dari laman web Shaklee di mana ia menjadi tempat rujukan kami keluarga Shaklee. 



Dulu, saya ada juga sesekali beli viitamin di farmasi. Beli yang mampu milik je. Itupun bukan konsisten setiap bulan. Makan apabila saya perasan keperluan badan tidak mencukupi. 

-Kadang kala susah nak membuang (sembelit)

-Kadangkala kulit terlalu kering sehingga bersisik

-Kadangkala badan selalu sakit, terutama di belikat. Lenguh kaki sampai mengganggu tidur dan rutin harian.

-Kerap pening kepala. Lambat makan, angin kus kus satu badan sampai pening.

Sebelum dan selepas konsisten amalkan vitamin Shaklee

Setelah mengamalkan vitamin Shaklee
Setelah setahun kami konsisten dengan produk Shaklee 


Saya juga penggemar kafein. Tambah pula makan apa sahaja dan kurang minum air kosong serta sayur. Hmm..datang mana la nutrisi untuk badan kan. Kesian badan saya masa tu. Mood pun selalu swing dan cepat marah.

Bila diperkenalkan Shaklee oleh kakak saya, saya ragu-ragu juga. Sama je kot semua vitamin. Padahal tidak. Teringat adaa rakan serumah dulu amalkan vitamin C Shaklee sejak berzaman. Setia pada yang satu je.

Akhirnya saya belajar dan dapati Shaklee ni punya keistimewaan tersendiri. Terasa rugi pula tak jumpa Shaklee lebih awal.  Padahal masa tu abah yang ada sakit gout dan jantung juga cari vitamin untuk pulihkan kesihatan.

Tapi tak mengapa. Kepada anda yang juga seperti saya, terlewat sikit tidak mengapa kerana akhirnya kita bertemu juga. Saya dan suami paling suka dengan Set Kurus Shaklee. Saya boleh maintain berat badan dan suami saya pula dalam proses mencapai berat badan ideal.

Ok, saya kongsikan di sini kelebihan produk Shaklee yang mungkin ramai tercari-cari.

Shaklee memberi jaminan dan komited ;

Kami komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk kami bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk kami mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk kami lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk kami adalah bebas gluten.
  • Kami tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan kami bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.


SELAMAT

Shaklee sangat menjaga dan memastikan produknya selamat. Malah Shaklee juga mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk untuk pengguna. 


TERBUKTI

“Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. ” 

DR. ELIZABETH BLACKBURN

Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom
dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009











Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.


BERKESAN

Saya bagi contoh Performance Drink Shaklee. Performance Drink telah dihasilkan buat kali pertama pada 1980an. Idea penghasilan minuman bertenaga yang bebas gas ini adalah hasil kerjasama para Sanitis Shaklee dengan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme).

Penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan sehingga kini. 

Ia merupakan salah satu rekod dan bukti kehebatan Performance Drink.



Selain itu, Performance Drink Shaklee ini juga merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat.

Performance Drink juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.

Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara termuka juga memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga pilihan utama mereka.

Kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan. Hebat kan!



Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan.

Jika nak baca detail tentang pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet ini boleh klik sini.


Syarikat Shaklee juga telah dinobatkan oleh Malaysia's Trusted Brand sebagai Syarikat Kesihatan dan Supplemen (Gold Award Winner) melalui survey yang dilakukan oleh pengguna Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022. Tahniah Shaklee.


Semakin ramai yang mempercayai dan menggunakan produk Shaklee. Jika tidak Selamat, Terbukti dan Berkesan masakan ramai yang setia dengannya kan?

Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya di sini ya.

https://linktr.ee/anaawang

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023