Showing posts with label semulajadi. Show all posts
Showing posts with label semulajadi. Show all posts

UNIKNYA VIVIX SHAKLEE

Salam semua.. Ya Allah lamanya rasa cuti Raya Haji. Dah macam awak pula yang pergi haji..hihi.. apapun, amiinnnn mudah-mudahan Allah rezekikan kita semua pergi menunaikan haji di kala kesihatan masih baik. Sekarang ni, ramai je saya tengok orang muda dapat pergi haji. Alhamdulillah. Rezeki. Kita? Jangan putus asa, teruskan berdoa dan berusaha untuk ke arah itu juga. 

Bila cerita tentang kesihatan ni, rata-rata yang pergi ke sana semua berikan tips yang sama. Pastikan kesihatan baik, badan fit sebab banyak berjalan dan standby vitamin supaya badan bertenaga dan sihat inshaAllah. So, saya nak kongsi cerita sikit tentang keunikan Vivix Shaklee la kali ni. Biar kita semua sama-sama dapat manfaat dan faham apa specialnya Vivix ni. Baru la bila makan Vivix tu kita akan lebih yakin dengan manfaat kesihatan yang bakal kita dapat.

Sel badan manusia


Manusia ni Allah ciptakan pun dah unik sangat. Saya sampaikan rasa macam tak percaya yang kulit ni pun organ. Organ manusia yang paling besar ialah kulit. Seluruh tubuh kita ni diliputi kulit kan. Dulu saya ingatkan organ ni dalaman je. Jantung, hati, buah pinggang... haa..ingatkan itu je organ kita. Rupanya tidak. 

Macam mana pula kita nak kata Vivix ni bantu badan kita lebih sihat? 

keunikan vivix ; sel sihat


Macam yang saya sebutkan dalam entry sebelum ni, Vivix ni kaya dengan Polifenol. Polifenol ni la yang membantu dan melindungi tubuh kita sehingga ke peringkat DNA. Dalam bahasa kampungnya, ia mampu nak cari dan baiki bahagian mana yang rosak dalam tubuh kita ni. 

Fungsi Polifenol

Saya perasan bila saya amalkan Vivix setiap hari, badan saya dapat berfungsi dengan baik. Rasa lebih cergas dan bertenaga je nak buat itu ini dalam tempoh pagi sampai petang. Bukan saya je rasa macam tu. Mak saya pun pengamal Vivix tegar juga. Mak pun cakap macam tu juga, sampaikan doktor asyik tegur mak setiap kali ada temujanji.

"Makcik ni cergas je. Makcik makan apa?"

Tapi mak saya ni tak pandai la nak promote. Hanya senyum-senyum simpul je..haha.. mak..mak..

Mesti ada yang kata, banyak je produk lain yang ada Polifenol. Tapi saya nak highlight keunikan Vivix di sini ialah ia kaya dengan Polifenol dan disokong oleh kajian klinikal. Kenapa saya kata kaya? Sebab dalam Vivix mengandungi gabungan proprietari polifenol tumbuhan daripada Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Japanese Knotweed dan Eldeberi European. 

Anggur Muscadine di dalam Vivix

Anggur Muscadine yang luar biasa

Pernah tengok Anggur Muscadine? Saya pun tak pernah lagi tengok secara nyata depan mata tapi ada upline saya yang dah pernah pegang dan makan Anggur Muscadine ni tau. Uniknya Anggur Muscadine ni kerana 

  • Ia boleh membiak dalam persekitaran yang merbahaya 
  • Ia mempunyai Phenolic Profile yang memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau.
  • Saiz yang besar, kulit dan biji yang tebal.
  • Mempunyai kromosom extra (mempunyai 20 kromosom sedangkan anggur biasa 19 kromosom)  sehingga ia mampu merawat dirinya apabila diserang serangga atau burung.
  • Jumlah Asid Ellagic yang tinggi yang mana ia penuh dengan sejenis polifenol
  • Anggur yang paling jarang ditemui, tahan lasak dan memberikan banyak manfaat kesihatan.
  • Ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak perlu racun perosak.
Gabungan istimewa semua tumbuhan organik ni menggunakan proses ekstrak berpatern tau. Ala..macam resepi original tula.So, company lain tak boleh sesuka hati nak tiru tau. Secret recipe giteww.

Kalau korang perasan (bagi yang dah cuba Vivix), Vivix ni tak akan meruap apabila diletakkan di atas permukaan pada suhu bilik. Paling awesome bila diletakkan dalam freezer, Vivix tak akan membeku. Cubalah! 

Keunikan Vivix nilah yang membuatkan ia sangat istimewa. Lebih terasa istimewa bila sendiri dapat manfaatnya tau. Jangan kata, saya tak sakit so saya tak perlukan Vivix. Vivix bukan ubat, ia adalah makanan kesihatan. Lagi pula, tak kan nak tunggu sakit baru nak cari penwar. Kan mencegah itu lebih baik daripada mengubati ✌ 

Bagi mereka yang sihat dan nak kekal sihat, awet muda dan maintain cantik kena la ambil Vivix ni. Biar Vivix yang bekerja untuk kita. Apa yang perlu kita buat? Jaga lifestyle yang sihat. Jangan la pula mentang-mentang dah ambil Vivix, boleh balun makan apa sahaja dan amalkan gaya hidup yang tak sihat..hehe..

Ok korang, jika nak dapatkan Vivix boleh contact saya ya.
Bulan ni (Julai 2023) ni masih ada lago promo Vivix tau. Boleh klik sini.

Nak dapatkan konsultant percuma boleh contact saya ya

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia ; Selamat. Terbukti. Berkesan.

Dikuasakan oleh Alam Semula Jadi, Dibuktikan oleh Sains.

Kami mendapat inspirasi daripada visi pengasas kami dan pencipta multivitamin yang pertama di A.S., Dr. Forrest C. Shaklee. Falsafah beliau adalah untuk mencipta produk-produk yang mengutamakan kehidupan harmoni bersama Alam Semulajadi (In Harmony with Nature®). Kami komited untuk menyediakan bahan kandungan paling tulen dan terbaik daripada alam semula jadi dan mengguna piawaian saintifik kami yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal — memberikan hasil klinikal tanpa kompromi. Konsep holistik ini telah membantu berjuta-juta orang Hidup dan Kelihatan Lebih Muda selama lebih daripada 60 tahun.


Kata-kata ini saya petik dari laman web Shaklee di mana ia menjadi tempat rujukan kami keluarga Shaklee. 



Dulu, saya ada juga sesekali beli viitamin di farmasi. Beli yang mampu milik je. Itupun bukan konsisten setiap bulan. Makan apabila saya perasan keperluan badan tidak mencukupi. 

-Kadang kala susah nak membuang (sembelit)

-Kadangkala kulit terlalu kering sehingga bersisik

-Kadangkala badan selalu sakit, terutama di belikat. Lenguh kaki sampai mengganggu tidur dan rutin harian.

-Kerap pening kepala. Lambat makan, angin kus kus satu badan sampai pening.

Sebelum dan selepas konsisten amalkan vitamin Shaklee

Setelah mengamalkan vitamin Shaklee
Setelah setahun kami konsisten dengan produk Shaklee 


Saya juga penggemar kafein. Tambah pula makan apa sahaja dan kurang minum air kosong serta sayur. Hmm..datang mana la nutrisi untuk badan kan. Kesian badan saya masa tu. Mood pun selalu swing dan cepat marah.

Bila diperkenalkan Shaklee oleh kakak saya, saya ragu-ragu juga. Sama je kot semua vitamin. Padahal tidak. Teringat adaa rakan serumah dulu amalkan vitamin C Shaklee sejak berzaman. Setia pada yang satu je.

Akhirnya saya belajar dan dapati Shaklee ni punya keistimewaan tersendiri. Terasa rugi pula tak jumpa Shaklee lebih awal.  Padahal masa tu abah yang ada sakit gout dan jantung juga cari vitamin untuk pulihkan kesihatan.

Tapi tak mengapa. Kepada anda yang juga seperti saya, terlewat sikit tidak mengapa kerana akhirnya kita bertemu juga. Saya dan suami paling suka dengan Set Kurus Shaklee. Saya boleh maintain berat badan dan suami saya pula dalam proses mencapai berat badan ideal.

Ok, saya kongsikan di sini kelebihan produk Shaklee yang mungkin ramai tercari-cari.

Shaklee memberi jaminan dan komited ;

Kami komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk kami bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk kami mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk kami lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk kami adalah bebas gluten.
  • Kami tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan kami bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.


SELAMAT

Shaklee sangat menjaga dan memastikan produknya selamat. Malah Shaklee juga mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk untuk pengguna. 


TERBUKTI

“Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. ” 

DR. ELIZABETH BLACKBURN

Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom
dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009











Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.


BERKESAN

Saya bagi contoh Performance Drink Shaklee. Performance Drink telah dihasilkan buat kali pertama pada 1980an. Idea penghasilan minuman bertenaga yang bebas gas ini adalah hasil kerjasama para Sanitis Shaklee dengan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme).

Penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan sehingga kini. 

Ia merupakan salah satu rekod dan bukti kehebatan Performance Drink.



Selain itu, Performance Drink Shaklee ini juga merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat.

Performance Drink juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.

Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara termuka juga memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga pilihan utama mereka.

Kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan. Hebat kan!



Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan.

Jika nak baca detail tentang pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet ini boleh klik sini.


Syarikat Shaklee juga telah dinobatkan oleh Malaysia's Trusted Brand sebagai Syarikat Kesihatan dan Supplemen (Gold Award Winner) melalui survey yang dilakukan oleh pengguna Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022. Tahniah Shaklee.


Semakin ramai yang mempercayai dan menggunakan produk Shaklee. Jika tidak Selamat, Terbukti dan Berkesan masakan ramai yang setia dengannya kan?

Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya di sini ya.

https://linktr.ee/anaawang

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023