Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

TESTIMONI SHAKLEE SAYA ; BAIKI TONA KULIT

Salam semua... Sebelum saya kongsikan testimoni Shaklee saya, saya nak ucapkan tahniah buat semua calon SPM 2022/23 yang mengambil keputusan hari ini. Apa pun keputusan yang anda peroleh semuanya telah diaturkan olehNya, setiap satu apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. So, jangan rasa stress sangat tau. 

Ok, saya nak share satu cerita dengan korang. Kisah tentang kulit muka saya. Cerita pasal orang lain buat apa kan, kita cerita kisah sendiri je kali ni..haha..

Dulu vs sekarang

Saya ni jenis harung je apa saja. Jaga beria sangat tida, tak kisah langsung tu takde la juga kan. Redha je apa yang berlaku. Taknak susahkan hati sendiri nak fikir. Maka saya pun tak ada la kisah sangat tentang kulit muka saya. Apa yang penting, saya ok dan selesa.

Mulanya cuba juga jaga kulit muka ni. Pakai bedak la, tepek itu ini la. Sudahnya takl bertahan lama. Saya rasa stress pula bila nak kena jaga dan topup bedak muka bila muka start berpeluh. Lap peluh pakai sapu tangan. Korang bayangkan la apa jadi kat bedak tu 😂

Akirnya saya kata, tak apalah. Teruskan je hidup macam biasa. Muka macam ni pun ada je yang mengorat! hahaha...perasan kan. Sampai lah satu hari tu, kawan sekerja tegur kulit muka saya hitam. Nampak lebam dan tak berseri katanya.

"Ko ni Ana, jaga la sikit muka tu. Pakai la bedak ke, lipstik ke"

Saya? Peduli apa. Saya rimas nak nampak macam gegirl sangat ni sebab gegirl yang saya kenal kebanyakannya jalan ayu sangat sampai lambat betul nak setel kerja 😅So, saya kata "I love my style". Degil kan?

Satu hari tu ntah macam mana, saya belek muka lepas cuba pencuci muka Youth. Dah sebulan cuba rasanya, so saya nak tengok kering ke tidak kulit muka saya. Amazingly, kulit muka saya nampak ok je. Saya selesa sebab dah kurang berminyak, kulit pun tak kering. I am happy gile waktu tu. Haa...tu baru sikit je testimoni Shaklee saya.

Tapi! Apa yang buat saya terkejut, saya nampak kulit muka saya 

  • sunburn teruk
  • ada panau
  • banyak jeragat yang makin ketara
Masa tu, tiba-tiba saya rasa risau. Umur dah masuk 40 tahun, tapi muka saya dah macam umur 50 tahun. Menyesal pula biarkan kulit muka saya tak berjaga elok. 

Satu malam tu, saya dengar kelas tentang produk Youth yang disampaikan oleh Nutritionist Shaklee iaitu Puan Sarah. Saya dengar dan catat dengan teliti apa yang Pn. Sarah sampaikan. Masa tu saya rasa WOW sangat.  Hebat sungguh produk Shaklee ni. Dah la bahan premium Anggur Muscadine pun ada dalam produk Youth! Setiap satu produk tu punya kelebihan tersendiri dan boleh bantu baiki kulit yang bermasalah macam saya ni. Apa yang pentingbebas daripada 1500 bahan merbahaya untuk kulit. 

Testimoni Youth Radiance C+E


Selain pencuci dan toner, saya nekad nak cuba Radiance C+E. Saya pakai setiap malam tanpa missed tau. Dalam hati berdoa juga moga Allah kira usaha saya untuk pulihkan semula kulit muka yang saya dah abaikan ni. Allah bagi kulit muka cantik masa saya lahir, saya pula tak jaga. Rasa bersalah pula.

Untuk pengetahuan korang, dalam Radiance C+E ni ada 20% vitamin C tulen tau. Ada vitamin E dengan ekstrak raspberi juga untuk bantu anjalkan kulit, cerahkan kulit dan kurangkan garis halus dan kedutan. Ini Nutritionist sendiri yang bagitau. 

Jika diamalkan secara konsisten, korang akan rasa kulit lebih sihat, muda dan licinkan tekstur kulit. Paling best bila tona kulit jadi lebih sekata. Pakai malam je tau. Sebab vitamin C tulen ni jika dipakai siang sensitif dengan cahaya matahari. Kalau tak nak kulit muka korang ada jeragat yang lebih teruk, sila pakai malam sahaja ya. Lepas solat Isyak tu boleh la pakai.

Saya pakai setiap malam sampai habis sebekas tu. Bila buka bekas kedua baru la saya selang hari. Tapi memang sangat membantu kurangkan jeragat, baiki tona kulit dan jadikan kulit muka saya lebih berseri. Yakin ke? Ya! Saya sangat yakin sebab orang yang sama tegur saya selepas saya pakai produk ni.

"Ha..baru la nampak cerah sikit muka ko. Nampak lebih berseri"

Masa tu, kembang semangkuk rasa diri ni. hahahaha..tak sia-sia saya konsisten pakai tau. Syukur sangat Allah hantar dia untuk tegur direct macam tu. Alhamdulillah juga Allah temukan saya dengan produk yang tepat.

Tanpa make up

Sekarang saya hanya maintain gunakan produk Youth je. Tak ada dah nak tukar produk lain. Lagipun produk Youth ni tahan lama tau. Pencuci muka tu jika pakai sorang dan ikut sukatan yang betul memang boleh jimat sehingga hampir setahun! Best sangat kan 😁

Korang suka tak dengan testimoni Shaklee saya ni? Sebenarnya team kami ada buat sedikit contest tentang share testimoni Shaklee ni tau. 30 artikel terbaik akan dapat hadiah daripada penganjur! Aduh..bestnya... moga saya dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com

Jika korang nak Boleh juga search di Google testimoni Shaklee yang lain boleh klik link ya.

Korang nak cuba produk Youth boleh contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Pengalaman Hari Raya dengan Shaklee

Hari Raya tak lengkap tanpa tips cantik-cantik ni kan? Alaa..jangan la serius sangat. Bukan la kata hari lain tak perlu nak cantik tapi entry ini khas untuk yang memang sedang mencari tips cantik, gorgoues di hari raya.

Hari ni masih lagi bulan April. Berita baiknya bulan April ni masih ada promosi Set Rahmah si Vitamin Kulit tau! Ha, boleh klik link entry tu ya kalau nak tahu lebih lanjut.

Itu cara nak cantik dari dalam. Sel kulit kita ni, bila sihat dari dalam, InshaAllah di luar pun nampak serinya. Tapi jangan la mengelak pula dari nak jaga kulit muka luaran ni. Satu bonus besar la orang kata bila kita jaga luaran dan dalaman. Lagi tambah serinya.Haaa gitew..

Sebelum gunakan produk Youth

Tengok gambar ni. Rasa macam cantik sangat dah masa tu. Tak sedar muka kusam, siap ada tampok panau lagi. Jeragat jangan cakap la..penuh di tulang pipi tu. Anak murid saya tegur barui la saya tahu rupanya ketara betul jeragat tu sampaikan orang lain pun nampak. Aish..malunya.

So, langkah pertama saya ambil masa tu cuma gunakan pelbagai produk. Ada produk yang buat kulit muka saya putih melepak, padahal tangan hitam. Tak boleh jadi ni, saya pun stop pakai. Tambahan pula kulit jadi kemerehan dan sensitif. Sakit bila disentuh.

Kemudian, saya cuba pakai pula produk berjenama. Baru habis 1 tiub cleanser saya tak boleh nak teruskan lagi dah sebab kulit jadi gatal dan kering. Rasa tegang sampai mulut pun susah nak buka.

Akhirnya saya cuba juga cleanser Youth. Rasa biasa saja, tak ada rasa tegang, hmm ok kot saya fikir. Kemudian tambah lagi gunakan toner dan Day Cream untuk elakkan kulit muka kering. Kulit muka saya ni jenis kombinasi. Rasa best sangat muka. Lembut dan rasa bersih. 

Kemudian baru saya cuba pakai Radiance C+E untuk baiki kulit muka yang sunburn, kusam dan berpanau. Masa tu Nutritionist berikan penerangan bagi setiap produk penjagaan muka Youth. Saya memang terus nekad nak cuba produk yang ni. Tambahan pula masa tu memang dah jatuh cinta dengan Shaklee sebab bantu badan saya sihat dan saya kata apa salahnya cuba rangkaian produk Youth pula.

Hari pertama pakai, saya excited sungguh. Lepas cuci muka, gunakan toner saya start pakai Radiance C+E ni. Muka saya takde la besar sangat, jadi krim tu ada lebihan. Saya sapukan juga ke muka suami haha.. masa mula pakai tu, pedih sikit la sebab kulit memang ada masalah kan. Tapi lepas beberapa hari pakai, dah tak pedih. Bangun pagi je saya rasa best je sebab kulit muka rasa lembuuutttt je.

Lepas sebulan saya perasan kulit muka saya dah semakin baik. Rakan di tempat kerja pun tegur kuliyt muka saya nampak lebih cerah, berseri. Alhamdulillah saya dah jumpa produk yang betul. Suka sangat!

Bila nak keluar bekerja, saya pakai Youth

Now, saya dah gunakan hampir semua rangkaian produk Youth ni. Semua best. Bermula dengan pencuci muka yang tak mengeringkan kulit sehinggalah krim malam yang sangat awesome! Bangun pagi asyik nak raba kulit muka je hahaha...

Untuk dalaman pula, saya amalkan ESP, Vitamin C, Vivix, Kolagen. Haa...ini produk premium yang bantu kulit cepat elok dan cantik. Nutritionist pernah pesan, jika dalaman kita sihat, sel badan sihat maka akan nampak sampai ke luaran dimana kulit kita akan nampak berseri dan sihat. 

Baru la raya ni nampak berseri je kan. Tak perlu nak make up pun dah nampak cantik. Tambah pula, saya ni bukan la kaki make up pun. Sekadar pakai BB Cream dan seoles pelembap bibir je. 

So korang yang ada masalah kulit muka yang tak berapa syok ni kan, boleh la try produk Youth ni tau. Recomended! Bahan dalam Produk Youth ni semua premium. Korang  yang ada lingkaran gelap bawah mata boleh juga try Eye Treatment Youth. 

Korang tahu tak, mentor saya ada share harga untuk treatment lingkaran mata ni mencecah RM1800 tau. Eye Treatment Youth harganya cuma RM199 sahaja. Jauh sangat beza! 


So apa lagi? Jom la pakai Youth untuk hari raya.. 

Bulan ni ada promosi Youth Shaklee tau. Meh nak share promo ni. Harga serius murah sangat.

Promo Youth Radiance C+E

Promo Youth Night Cream

Macam mana? Best kan? So, jangan lupa nak nak dapatkan harga super duper jimat ni boleh contact saya tau. Kita cantik sama-sama jom.

Sesiapa yang buat pembelian set Youth ni dengan saya bulan ni, saya ada extra BONUS nak bagi. Korang mesti suka punya la. Jom order sekarang 

Ana Awang
SID Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia ; Selamat. Terbukti. Berkesan.

Dikuasakan oleh Alam Semula Jadi, Dibuktikan oleh Sains.

Kami mendapat inspirasi daripada visi pengasas kami dan pencipta multivitamin yang pertama di A.S., Dr. Forrest C. Shaklee. Falsafah beliau adalah untuk mencipta produk-produk yang mengutamakan kehidupan harmoni bersama Alam Semulajadi (In Harmony with Nature®). Kami komited untuk menyediakan bahan kandungan paling tulen dan terbaik daripada alam semula jadi dan mengguna piawaian saintifik kami yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal — memberikan hasil klinikal tanpa kompromi. Konsep holistik ini telah membantu berjuta-juta orang Hidup dan Kelihatan Lebih Muda selama lebih daripada 60 tahun.


Kata-kata ini saya petik dari laman web Shaklee di mana ia menjadi tempat rujukan kami keluarga Shaklee. 



Dulu, saya ada juga sesekali beli viitamin di farmasi. Beli yang mampu milik je. Itupun bukan konsisten setiap bulan. Makan apabila saya perasan keperluan badan tidak mencukupi. 

-Kadang kala susah nak membuang (sembelit)

-Kadangkala kulit terlalu kering sehingga bersisik

-Kadangkala badan selalu sakit, terutama di belikat. Lenguh kaki sampai mengganggu tidur dan rutin harian.

-Kerap pening kepala. Lambat makan, angin kus kus satu badan sampai pening.

Sebelum dan selepas konsisten amalkan vitamin Shaklee

Setelah mengamalkan vitamin Shaklee
Setelah setahun kami konsisten dengan produk Shaklee 


Saya juga penggemar kafein. Tambah pula makan apa sahaja dan kurang minum air kosong serta sayur. Hmm..datang mana la nutrisi untuk badan kan. Kesian badan saya masa tu. Mood pun selalu swing dan cepat marah.

Bila diperkenalkan Shaklee oleh kakak saya, saya ragu-ragu juga. Sama je kot semua vitamin. Padahal tidak. Teringat adaa rakan serumah dulu amalkan vitamin C Shaklee sejak berzaman. Setia pada yang satu je.

Akhirnya saya belajar dan dapati Shaklee ni punya keistimewaan tersendiri. Terasa rugi pula tak jumpa Shaklee lebih awal.  Padahal masa tu abah yang ada sakit gout dan jantung juga cari vitamin untuk pulihkan kesihatan.

Tapi tak mengapa. Kepada anda yang juga seperti saya, terlewat sikit tidak mengapa kerana akhirnya kita bertemu juga. Saya dan suami paling suka dengan Set Kurus Shaklee. Saya boleh maintain berat badan dan suami saya pula dalam proses mencapai berat badan ideal.

Ok, saya kongsikan di sini kelebihan produk Shaklee yang mungkin ramai tercari-cari.

Shaklee memberi jaminan dan komited ;

Kami komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk kami bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk kami mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk kami lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk kami adalah bebas gluten.
  • Kami tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan kami bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.


SELAMAT

Shaklee sangat menjaga dan memastikan produknya selamat. Malah Shaklee juga mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk untuk pengguna. 


TERBUKTI

“Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. ” 

DR. ELIZABETH BLACKBURN

Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom
dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009











Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.


BERKESAN

Saya bagi contoh Performance Drink Shaklee. Performance Drink telah dihasilkan buat kali pertama pada 1980an. Idea penghasilan minuman bertenaga yang bebas gas ini adalah hasil kerjasama para Sanitis Shaklee dengan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme).

Penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan sehingga kini. 

Ia merupakan salah satu rekod dan bukti kehebatan Performance Drink.



Selain itu, Performance Drink Shaklee ini juga merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat.

Performance Drink juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.

Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara termuka juga memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga pilihan utama mereka.

Kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan. Hebat kan!



Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan.

Jika nak baca detail tentang pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet ini boleh klik sini.


Syarikat Shaklee juga telah dinobatkan oleh Malaysia's Trusted Brand sebagai Syarikat Kesihatan dan Supplemen (Gold Award Winner) melalui survey yang dilakukan oleh pengguna Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022. Tahniah Shaklee.


Semakin ramai yang mempercayai dan menggunakan produk Shaklee. Jika tidak Selamat, Terbukti dan Berkesan masakan ramai yang setia dengannya kan?

Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya di sini ya.

https://linktr.ee/anaawang

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023