Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

MAKAN VITAMIN PERCUMA? TAK MUSTAHIL DENGAN CASH REBATE SHAKLEE

Makan vitamin secara percuma semua orang suka. Betul kan? Kali ni saya nak share macam mana Cash Rebate boleh bantu kita dapat makan vitamin secara percuma.

Teringat dulu masa mula abah di diagnos sebagai pesakit jantung. Saya pun tak percaya macam mana abah boleh ada sakit jantung? 
  • Tak merokok
  • Berat badan ideal
  • Bekerja kampung biarpun tidak bersenam
  • Jaga makan (tak makan banyak)
Abah mula cari alternatif lain untuk bantu dia sihat. Ada kenalan yang cadangkan abah ambil vitamin. Ya, makanan tambahan. Harganya boleh tahan. RM150 untuk 15 hari sahaja. Duit pada waktu tu memang mengalir laju. Adik-adik masih ramai yang belajar. Abah pun perlukan vitamin untuk pulihkan tenaga dan bantu dia sihat. Tambah pula, abah ada gout. Pantang silap makan sikit alamatnya memang mengesot la sampai seminggu.

Akhirnya, abah tak mampu nak teruskan untuk beli makanan tambahan tu sebab perlukan belanja yang besar. Saya pula, tak mampu nak bantu banyak. Sedih. 

Sehinggalah abah perlu di operate untuk masukkan alat bantuan (ICD). Walaupun anak abah ramai yang kerja kerajaan namun perlu juga keluarkan modal untuk alat. Ke sana ke sini kami berusaha cukupkan duit. GL? Hanya boleh pakai untuk rawatan sahaja.

Sekarang, saya mampu belikan abah vitamin. Asbab belikan abah dan mak vitamin setiap bulan, saya dapat makan vitamin secara PERCUMA! 

Eh, macam mana pula? Siapa belanja? Tak ada siapa belanja. Siapa nak belanja saya makan vitamin percuma setiap bulan..hehe.. 

CASH REBATE

Selalunya, bila cerita tentang Cash Rebate ni, apa yang terlintas dalam fikiran korang? Dapat cash kan? Lebih kurang macam tu la Cash Rebate yang ditawarkan oleh Shaklee ni. Baca sampai habis ya, saya terangkan.

Paling penting sekali, Cash Rebate ni ekslusif tau. Hanya untuk ahli Shaklee sahaja. Sebab tu la bila korang buat pembelian, daftarlah menjadi ahli Shaklee. Dapatkan ID sendiri. Belum daftar lagi? Boleh klik sini ya untuk buat pendaftaran sendiri - DAFTAR AHLI.

Ok bila dah daftar, apa pula yang perlu dilakukan? Korang boleh shopping vitamin di website Shaklee. Sebagai ahli Shaklee, pastikan korang gunakan sebaiknya kelebihan ahli. Antaranya ialah

  1. Layak dapat harga ahli setiap kali pembelian.
  2. Pembelian RM300 atau 100uv dalam satu resit layak dapat penghantaran percuma.
  3. Pembelian 150uv ke atas layak dapat CASH REBATE
Macam mana nak tengok Cash Rebate tu? Ok, korang boleh rujuk jadual di bawah ni.

Anggaran bonus yang boleh dicapai dalam Shaklee

Bonus ni la yang disebut Cash Rebate. Dengan bonus ni juga korang boleh beli vitamin untuk diri sendiri pada bulan berikutnya. Jangan sangka hanya setakat ni je tau. Bonus boleh dicapai lebih lagi jika korang rajin tau.

Jom la buat bisnes Shaklee. Jika hanya makan sendiri je, mungkin hanya 5% hingga 8% sahaja bonus yang korang dapat. Dengan buat bisnes, lebih dari tu boleh dapat tau. 

Bonus yang dicapai oleh ahli Shaklee

Ini antara bonus yang pernah dicapai oleh team kami. Syok kan dapat bonus besar macam ni. Bukan hanya dapat makan vitamin secara percuma, malah boleh gunakan duit bonus untuk keperluan harian dan capai impian juga. 

So, korang nak makan vitamin secara percuma juga? Boleh contact saya ya. Saya guide korang untuk dapat bonus yang besar juga.

Ana Awang
019-6465550
Pengedar Shaklee Bentong

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Insentif Shaklee Malaysia Duit Tambahan Yang Lumayan

Bila diumumkan pekerja swasta dan kerajaan masing-masing dapat bonus sebagai insentif tambahan kita pun tumpang seronok kan?

Wajib la gembira atas kegembiraan dan kejayaan orang lain juga. Barulah hidup harmoni. Kita doakan kebaikan ke atas orang lain, doa yang sama juga akan berbalik kepada kita.

Tapi...sebagai SID Shaklee, syarikat tak bagi apa-apa ke? Eh, siapa kata tak ada. Baru-baru ni Shaklee  umumkan program Insentif Shaklee Malaysia di mana semua SID yang berjaya capai syarat yang ditetapkan akan berpeluang capai bonus sehingga RM6000 dalam masa 3 bulan tau.

Insentif Shaklee Malaysia


Serius best! Kena rebut peluang yang Shaklee dah sediakan ni. Mana boleh hanya tengok je orang lain dapat, kan? Siapa senang-senang nak bagi kita duit banyak tu? Dah alang-alang buat bisnes, kita mesti rebut semua peluang yang dah disediakan depan mata.

Saya yang kerja kerajaan ni, dapat insentif RM700 pun dah syukur sangat, apalagi dapat Rm6000. Alhamdulillah boleh penuhkan tabungan. Hehehe..



Tugas kita cuma pastikan kita kekal layak untuk dapatkan Insentif Shaklee ni. Mudah kan? Ikut je step yang saya bagi ni.

Cara nak dapatkan Insentif Shaklee Malaysia

Kelayakan paling basic, mestilah kena jadi Ahli Shaklee dulu. Macam mana nak register? 

  • Daftar keahlian dengan membayar Yuran Keahlian RM35 atau
  • Buat pembelian Produk Shaklee minima RM350 di mana korang layak dapat keahlian PERCUMA

Macam mana nak daftar? Boleh DAFTAR SENDIRI atau contact saya untuk saya bantu ya.

Senang je kan syarat paling basic ni. Lepas tu? Apa lagi nak buat?


Langkah seterusnya korang kena contact upline dan berbincang langkah-langkah seterusnya. Namun, apa yang penting mindset kena jaga la. Jangan awal-awal lagi dah tanam potensi diri. Tak perlu nak jadi ahli nujum, nak tilik nasib sendiri. 
Yakin diri dan jalan terus. 

Potensi bonus yang boleh dicapai

Kuasa bayangan

Jangan takut nak pasang impian. Ok, jom kita berangan jap. Haha..berangan memang best kan. Bukan berangan sebenarnya, kita pasang impian. 

Bayangkan dapat bonus ni banyak ni,apa nak buat? Kata mentor saya, kalau kita tak tahu apa nak buat dengan duit banyak tu, alamatnya lambat lagi la Allah nak bagi. Hah! Cepat fikir. Hahaha..


Apa sahaja impian korang, tuliskan sahaja. Biar diri sendiri teruja banyak kali pun tak apa. Manusia ni mudah lupa. Hari ini berkobar, macam-macam impian nak dicapai. Esok dah lupa. Cara begini boleh bantu kekalkan semangat nak capai target tau. 

Korang nampak sikit ke banyak RM6000 Insentif Shaklee nak bagi tu? Banyak atau sikit bergantung kepada diri sendiri juga. Pada saya, insentif shaklee bagi banyak tu nilainya besar. Macam-macam boleh buat tau. Beli kereta terpakai secara cash pun boleh dapat.

Suami saya pernah buat bisnes jual beli kereta terpakai. Kereta yang saya nampak usang dan nak roboh pun masih ada yang beli. Bayangkan, lantainya berlubang sana sini. Pintu nak tutup pun berbunyi kreek. Tapi enjinya masih padu. Saya pernah bawa kereta tu ke sekolah. Wah, jangan sangka kereta usang tiada nilai tau. Seronok bawa kereta tu. Enjinnya masih pick up. Selamba je naik bukit masuk kawasan sekolah. Haha..

Jadi, korang yang baru nak mulakan bisnes Shaklee ni, pertama sekali jangan sesekali pandang rendah dengan kebolehan diri sendiri. Penuhkan excitement dalam diri. Pasang impian siap-siap. 

Sebagai orang baharu, kita perlukan mentor (upline) untuk bantu kita kenal selok belok perniagaan. Berbincang dengan mentor adalah langkah pertama yang perlu diambil. Jangan lupa tu tau.

Jom semua. Mulakan bisnes Shaklee sekarang. Pastikan korang daftar sebagai ahli ya. Nak daftar ahli untuk makan sendiri dahulu pun boleh tapi berikan peluang juga kepada diri sendiri untuk dapat lebih baik. Jika boleh dapat bonus lebih, why not kan.

Jangan segan silu contact saya ok. InshaAllah saya bantu korang.

Ana Awang
SID Shaklee Bentong

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Duit Raya Awal Dari Shaklee

Dulu bila tiba Hari Raya, seronok betul nak jalan semua rumah jiran sebab nak kumpul duit raya. Hanya 1-2 rumah je saya suka pergi atas sebab suka nak makan kuih raya yang sedap. haha...

Bila dah besar sikit, kami selalu ubah-ubah cara pemberian duit raya pada budak-budak yang datang. Pernah bagi duit sahaja. Kadang kala isi duit dan gula-gula dalam plastik. Tapi diorang tetap suka duit. Siap cakap tak nak gula-gula 😂 Jujur sangat kau dik.


Korang yang bekerja makan gaji, bila tiba musim perayaan mesti excited kan bila gaji masuk awal. Dah terbayang gaji masuk nanti nak shopping barang keperluan dan baju raya di mana. Masa tu la ramainya rakyat Malaysia keluar pada hari yang sama. Sebab apa? Sebab mereka pun sama macam kita. Tunggu duit masuk baru la dapat nak berbelanja.

Bagi yang bekerja sendiri pula boleh planning hari lain. Hari yang tak ramai orang. Bagi yang ada anak kecil, mudah la sikit kan nak shopping bersama anak. Belum lagi anak trantrum semasa proses shopping tu. Aduhai..bertabah la ibu ya.

Bagi SID Shaklee pun sama juga. Biasanya memang bonus akan masuk awal. Di tengah bulan. Bulan ni? Mungkin awal sikit lagi. Amiin...hahaha.. So, dapat la duit raya awal dari Shaklee. 

Apa persediaan raya yang memang korang tak boleh nak tinggalkan?


Biasanya kuih muih dan juadah raya, baju raya dan duit raya. Betul kan? Bukan sqya je excited cerita pasal duit raya ni. Boleh klik tu nak baca story mereka pula.

Boleh jadi murung juga ya jika tak dapat nak sediakan apa-apa terutama jika ada anak. 

Macam saya, belum ada anak tapi orang tua kami masih ada. Jadi, sedikit sebanyak kami akan sedaya upaya nak berikan yang terbaik agar mereka gembira. Nak raikan hari raya bersama anak cucu dan keluarga.

Bulan lepas saya bawa mak keluar jalan-jalan. Katanya nak beli baju raya awal. Dah puasa nanti dia tak nak ke mana-mana lagi dah. Biar fokus puasa di rumah sahaja kerana tak nak keletihan nak Solat Terawih pada malamnya.

Ok lah kan, kita bawa. Pusing 4 shopping kompleks untuk dia cari baju dan tudung yang dia berkenan. Dah la banyak kedai tutup. Kesian mak pusing sana-sini.

Tup-tup bila adik balik baru ni, dia minta lagi adik bawa jalan. Rupanya nak cari lagi baju untuk pergi terawih pula 😂 

Boleh mak, apa sahaja yang buatkan mak gembira. Anak-anak semua dah duduk luar, tak ada yang menemani. So, kami layankan aje la mak nak beli apa. Lagipun dia nak beli untuk ke masjid. Kami tumpang pahala mak cari baju untuk ke masjid ya mak.

Semoga apabila kita gembirakan orang tersayang, maka Allah akan membalaslebih lagi rezeki buat kita. Rezeki bukan hanya wang ringgit tapi kesihatan dan dikelilingi orang yang baik-baik juga rezeki.

Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki yang melimpa ruah agar dapat bantu dankongsi rezeki dengan saudara lain juga. InshaAllah

Reward saya beli untuk diri sendiri setelah berjaya capai C ke-2 dalam Shaklee


Seronok kan baru 8 hari dah berjaya dapat bonus banyak ni?

Bonus Shaklee infiniti. Selagi anda berusaha, anda layak dapat bonus yang setimpal. 

Nak duit raya dari Shaklee juga? Boleh contact saya ya.


#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023