3 PETUA HILANGKAN JERAGAT HANYA DENGAN BAKING SODA

Salam semua.. siapa kat sini ada jeragat? Tau tak jeragat tu macam mana? Nak tak saya share petua nak hilangkan jeragat?

Ada orang kata jeragat ni keturunan. Betul ke? Tapi mak saya ada jeragat. Dalam family saya, kakak dan saya la yang paling nampak sangat jeragat tu. Tambah pula kami la yang paling tak menjaga muka, memang padan la kan..haha

Petua hilangkan jeragat

Sebenarnya 90% punca jeragat ni adalah berpunca daripada sinaran UV. Mana punca sinaran UV ni ya? 😕 Sinaran UV ni bukan hanya berpunca daripada matahari je tau.
  • Lampu
  • Laptop
  • Handphone
  • Television
Semua ni pun penyumbang sinaran UV kepada kita. Hah..macam mana? Scary juga kan. Semuanya kita guna hari-hari. Dalam rumah pula tu. Bila keluar, berperang pula dengan dengan matahari..huhu..

Satu fakta yang kita semua wajib tahu
Jeragat mengambil masa yang lama untuk terbentuk.

Jeragat juga mengambil masa yang lama untuk dipudarkan.

 Petua Hilangkan Jeragat

Petua yang saya nak kongsikan ni semuanya mudah didapati di rumah je. Jom kita tengok satu per satu

#1 Baking Soda


  • Ambil lebih kurang 2 sudu baking soda dan larutkan dengan air. Jangan pekat sangat, dan jangan cair sangat.
  • Gaul sebati kemudian sapukan di kawasan yang ada masalah jeragat
  • Urut-urut manja dan biarkan seketika
  • Basuh dan lap dengan kain bersih
  • Lakukan 2 minggu sekali

#2 Baking Soda dan Yogurt

Baking soda boleh menggelupaskan kulit, manakala yogurt pula mengandungi enzim aktif yang memutihkan kulit secara semulajadi. So, gabungan 2 bahan ini dapat memudarkan jeragat dan bintik-bintik gelap dengan mudah.

#3 Baking Soda dan Kentang

Eh! Biar betul. Kentang? 

Kentang ni berupaya mengurangkan pigmen gelap pada kulit tau. Campurkan jus kentang dengan baking soda dan step seterusnya sama je macam cara yang pertama tadi.

Berkesan ke?



Cara tradisional yang saya kongsikan tadi mungkin berkesan kepada sesetengah orang. Mungkin sahaja tidak kepada yang lain. Jangan cepat melatah, ia hanyalah petua sahaja. Macam yang saya dah ingatkan tadi, jeragat ni mengambil masa yang lama untuk dipudarkan.

Setengah kulit mungkin akan mengalami keradangan kerana alah dengan baking soda. So, sebaiknya cuba sedikit dahulu untuk mengelakkan masalah lain pula yang timbul ya. 

Cara lain yang lebih selamat

Ada je cara lain yang lebih selamat untuk melindungi dan memperbaiki kulit wajah. Pastikan kulit wajah kita ni menerima nutrien yang mencukupi agar lebih sihat dan berupaya untuk melindungi sel kulit daripada rosak.

Jom tengok apa yang produk Youth ada untuk bantu masalah kulit ni. 

Tadi saya maklumkan jeragat ni terjadi akibat kulit terdedah dengan cahaya matahari juga kan. So, memakai sunscreen adalah jalan terbaik. Mencegah lebih baik daripada merawat. 
✅Broadband Spectrum
✅SPF 50 – dalam julat SPF yang dicadangkan 
✅Anti Ageing Formula – mengandungi polifenol daripada Muscadine Grape Extract

Semua ciri yang ada dalam Youth SPF-50 ni cukup membantu dalam menjaga dan merawat kulit. So, moh ler kita pakai. 




Bagi yang belum ada jeragat, saya saya cadangkan supaya cegah dari peringkat awal lagi. Sinaran UV di mana-mana, jangan culas pakai SPF50 tau.

Bagi yang dah ada jeragat macam saya ni, bawa bersabar ya. Kuncinya ialah sabar, konsisten dalam merawat dan dalam masa yang sama teruska langkah pencegahan tau.

Saya amalkan juga supplement untuk merawat dari dalam. Maklumkan la, kata orang jeragat ni "berakar". Sebenarnya ia bermula daripada lapisan bawah kulit. Juga berkaitan dengan hormon. So, jaga kesihatan dalaman dan juga luaran. 

Nak dapatkan petua hilangkan jeragat yang lain boleh je contact saya. 

Nak dapatkan set produk Shaklee untuk mencegah dan merawat jeragat ni pun boleh contact juga.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

 









AMALAN GAYA HIDUP SIHAT; SEJAUH MANA KITA KONSISTEN?

Salam semua.. bila nak cerita tentang amalan gaya hidup sihat ni kan, agak seram sikit rasa. Bukan seram apa, seram nak konsisten tu hihi..

Sihat ni bukan setakat kita amalkan vitamin sihat je tau. Tapi keseluruhan gaya hidup kita juga tau. 

  • Apa yang kita makan
  • Apa rutin seharian 
  • Persekitaran kita
Sebab tu tak hairan ramai yang berimpian nak kawasan tempat tinggal yang di kawasan yang punya landskap yang tenang dan bersih. Bukan sahaja bersih dalam rumah, luar rumah bahkan tempat yang punya kualiti udara yang tinggi. Jauh daripada pencemaran.

Amalan Gaya Hidup Sihat Saranan oleh KKM

Makan ikut keperluan kalori

Keperluan kalori setiap orang tak sama. Yelah, pekerjaan kita tak sama. Rutin harian kita juga tak sama. Ibu yang menguruskan anak 8 tak sama dengan ibu yang menguruskan anak 2. Apa lagi bagi yang menguruskan ibu bapa yang uzur kan. 

Jadi, kenali keperluan badan kita sendiri. Topup keperluan nutrisi yang lompang tu dengan vitamin yang sesuai agar badan kita mendapat tenaga dan pulih daripada simptom tak sihat dengan segera.

Ambil Sumber Protein dan Antioksidan 

Kenapa protein penting? Kerana makanan sel ialah protein. Protein ni adalah keperluan asas dan antioksidan pula dapat melilndungi sel badan kita daripada kerosakan akibat radikal bebas. 

Minum Air Kosong Secukupnya





Badan kita bukan sahaja perlukan air untuk kekal hidrat untuk mengoptimumkan fungsi badan tapi perlukan elektrolit juga. 

Antara cara untuk badan kita kekal hidrat sepanjang hari adalah dengan mengambil 8 gelas air kosong sehari atau mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air atau pundengan hanya minum Performance Drink Shaklee dimana ia mengandungi rumusan Opti-Lyte proprietary yang membekalkan elektrolit. Ia membolehkan badan anda untuk menghasilkan tenaga segera yang berkekalan bagi membolehkan anda kekal aktif sepanjang hari.

Kekal Aktif Setiap Hari

Ada orang jarang bersenam, tak kurang juga yang terlalu aktif bersenam. Ikutklah keselesaan korang namun kena pastikan juga badan aktif ya. Jika pekerjaan korang lebih banyak duduk sepanjang hari, pastikan setiap 20 minit bangun dan buat sedikit regangan. 

Perasan tak, jika korang duduk dalam posisi yang sama dalam tempoh tertentu korang akan rasa kebas. Masa kecik dulu mak selalu kata darah tak jalan. Betul juga kan. Peredaran darah yang lancar juga penting untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan. 

Cara saya yang jarang bersenam ni, saya akan pastikan ambil protein sebelum bersenam supaya otot saya tak stress dan "sakit badan" selepas bersenam. Tengok orang pergi gym tu, mereka pun minum protein kan. Kita ni bukan la nak bina badan tapi nak sihatkan badan je..hehe..

Elakkan Stress

Stress tak bagus untuk kesihatan. Ada kala diri sendiri tak perasan dia stress tau. Tiba-tiba dah kena gerd dan enxeity. Amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan, pengurusan diri dan pengurusan stress yang baik dapat membantu kita hidup lebih sihat.

Elakkan diri daripada berada di tempat yang banyak pencemaran. Pencemaran udara contohnya, bukan hanya akibat asap kenderaan dan kilang je tau. Asap rokok juga adalah pembunuh dalam senyap. 

So, korang jangan perlekehkan soal kesihatan diri sendiri. Jangan biarkan badan kita recovery sendiri sedangkan sebenarnya kita perlukan lebih daripada itu. 

"nanti baik la tu. Sakit sikit je.."
"badan ni tak boleh dimanjakan sangat"
"tak apa tak berpantang pun, elok je ni"

Berikan yang terbaik untuk diri sendiri supaya kita dapat jaga keluarga kita sebaiknya. Saya sendiri tidak punya rezeki ada zuriat tapi saya dan suami masih punya ibu bapa. Masih punya tanggungjawab yang perlu kami lunaskan selagi ada hayat di kandung badan. Jika kami tak sihat, macam mana nak jaga ibu bapa kami yang semakin dimamah usia? Kan?

Jom sama-sama sihat dan amalkan gaya hidup sihat 💃

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

PENGEDAR SHAKLEE AREA BENTONG DAN KARAK

Salam Madani kepada semua terutama penduduk Bentong dan Karak.. Maybe ada yang masih belum kenal saya dan saya pun masih belum semua penduduk Bentong dan Karak. Tambah pula yang sedang mencari Pengedar Shaklee yang terdekat kan.



Jom Berkenalan

Semua pengedar Shaklee diberikan latihan oleh syarikat Shaklee melalui latihan, bengkel dan kelas secara online dan offline.

Semua kelas ni disampaikan oleh pakar Nutrisi Shaklee yang bertauliah dan berdaftar tau. Tapi bukan tu sahaja, kami juga pengguna produk Shaklee. Pakai makan dan kami kongsikan manfaatnya kepada semua. 

So, korang yang nak dapatkan produk Shaklee dan consultant percuma dari kami, boleh la hubungi senarai pengedar yang saya letakan di bawah ni. Namun, jangan risau, kami boleh hantar ke seluruh Malaysia inshaAllah. 

Produk yang di hantar melalui website Shaklee juga adalah dalam jaminan pihak Shaklee. Jika produk yang sampai tu rosak, pihak Shaklee akan gantikan dengan yang baharu secara percuma tau. Jadi, sangatlah penting untuk korang dapatkan produk daripada pengedar sah dan bukan daripada laman dagang ya. 

Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact salah seorang daripada kami ni.

Pengedar Shaklee Bentong, Karak


Marziyana Awang (Ana Awang)
No.tel : 019-6465550
Website : https://anasaudagarshaklee.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ana.awang

Pengedar Shaklee Layang-layang, Johor

Nurhuda Bukhori
No.tel : 013-6594432
Facebook : https://www.facebook.com/huda.bukhori


Pengedar Shaklee Kuantan

Nurul Asmida Zamzuri
No.tel : 014-3423866


So, korang yang dapatkan produk kesihatan organik untuk 
  • Anti penuaan (Vivix dan resV)
  • Program ibu (TTC, hamil dan postnatal)
  • Set penjagaan kulit (skincare)
  • Program pengurusan berat badan
Bahkan juga untuk menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee dan Mobile Spa juga boleh contact kami.

Jangan lupa ya, pastikan korang dapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee yang sah supaya korang mendapat consultant percuma daripada kami. 

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA ; BAIKI TONA KULIT

Salam semua... Sebelum saya kongsikan testimoni Shaklee saya, saya nak ucapkan tahniah buat semua calon SPM 2022/23 yang mengambil keputusan hari ini. Apa pun keputusan yang anda peroleh semuanya telah diaturkan olehNya, setiap satu apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. So, jangan rasa stress sangat tau. 

Ok, saya nak share satu cerita dengan korang. Kisah tentang kulit muka saya. Cerita pasal orang lain buat apa kan, kita cerita kisah sendiri je kali ni..haha..

Dulu vs sekarang

Saya ni jenis harung je apa saja. Jaga beria sangat tida, tak kisah langsung tu takde la juga kan. Redha je apa yang berlaku. Taknak susahkan hati sendiri nak fikir. Maka saya pun tak ada la kisah sangat tentang kulit muka saya. Apa yang penting, saya ok dan selesa.

Mulanya cuba juga jaga kulit muka ni. Pakai bedak la, tepek itu ini la. Sudahnya takl bertahan lama. Saya rasa stress pula bila nak kena jaga dan topup bedak muka bila muka start berpeluh. Lap peluh pakai sapu tangan. Korang bayangkan la apa jadi kat bedak tu 😂

Akirnya saya kata, tak apalah. Teruskan je hidup macam biasa. Muka macam ni pun ada je yang mengorat! hahaha...perasan kan. Sampai lah satu hari tu, kawan sekerja tegur kulit muka saya hitam. Nampak lebam dan tak berseri katanya.

"Ko ni Ana, jaga la sikit muka tu. Pakai la bedak ke, lipstik ke"

Saya? Peduli apa. Saya rimas nak nampak macam gegirl sangat ni sebab gegirl yang saya kenal kebanyakannya jalan ayu sangat sampai lambat betul nak setel kerja 😅So, saya kata "I love my style". Degil kan?

Satu hari tu ntah macam mana, saya belek muka lepas cuba pencuci muka Youth. Dah sebulan cuba rasanya, so saya nak tengok kering ke tidak kulit muka saya. Amazingly, kulit muka saya nampak ok je. Saya selesa sebab dah kurang berminyak, kulit pun tak kering. I am happy gile waktu tu. Haa...tu baru sikit je testimoni Shaklee saya.

Tapi! Apa yang buat saya terkejut, saya nampak kulit muka saya 

  • sunburn teruk
  • ada panau
  • banyak jeragat yang makin ketara
Masa tu, tiba-tiba saya rasa risau. Umur dah masuk 40 tahun, tapi muka saya dah macam umur 50 tahun. Menyesal pula biarkan kulit muka saya tak berjaga elok. 

Satu malam tu, saya dengar kelas tentang produk Youth yang disampaikan oleh Nutritionist Shaklee iaitu Puan Sarah. Saya dengar dan catat dengan teliti apa yang Pn. Sarah sampaikan. Masa tu saya rasa WOW sangat.  Hebat sungguh produk Shaklee ni. Dah la bahan premium Anggur Muscadine pun ada dalam produk Youth! Setiap satu produk tu punya kelebihan tersendiri dan boleh bantu baiki kulit yang bermasalah macam saya ni. Apa yang pentingbebas daripada 1500 bahan merbahaya untuk kulit. 

Testimoni Youth Radiance C+E


Selain pencuci dan toner, saya nekad nak cuba Radiance C+E. Saya pakai setiap malam tanpa missed tau. Dalam hati berdoa juga moga Allah kira usaha saya untuk pulihkan semula kulit muka yang saya dah abaikan ni. Allah bagi kulit muka cantik masa saya lahir, saya pula tak jaga. Rasa bersalah pula.

Untuk pengetahuan korang, dalam Radiance C+E ni ada 20% vitamin C tulen tau. Ada vitamin E dengan ekstrak raspberi juga untuk bantu anjalkan kulit, cerahkan kulit dan kurangkan garis halus dan kedutan. Ini Nutritionist sendiri yang bagitau. 

Jika diamalkan secara konsisten, korang akan rasa kulit lebih sihat, muda dan licinkan tekstur kulit. Paling best bila tona kulit jadi lebih sekata. Pakai malam je tau. Sebab vitamin C tulen ni jika dipakai siang sensitif dengan cahaya matahari. Kalau tak nak kulit muka korang ada jeragat yang lebih teruk, sila pakai malam sahaja ya. Lepas solat Isyak tu boleh la pakai.

Saya pakai setiap malam sampai habis sebekas tu. Bila buka bekas kedua baru la saya selang hari. Tapi memang sangat membantu kurangkan jeragat, baiki tona kulit dan jadikan kulit muka saya lebih berseri. Yakin ke? Ya! Saya sangat yakin sebab orang yang sama tegur saya selepas saya pakai produk ni.

"Ha..baru la nampak cerah sikit muka ko. Nampak lebih berseri"

Masa tu, kembang semangkuk rasa diri ni. hahahaha..tak sia-sia saya konsisten pakai tau. Syukur sangat Allah hantar dia untuk tegur direct macam tu. Alhamdulillah juga Allah temukan saya dengan produk yang tepat.

Tanpa make up

Sekarang saya hanya maintain gunakan produk Youth je. Tak ada dah nak tukar produk lain. Lagipun produk Youth ni tahan lama tau. Pencuci muka tu jika pakai sorang dan ikut sukatan yang betul memang boleh jimat sehingga hampir setahun! Best sangat kan 😁

Korang suka tak dengan testimoni Shaklee saya ni? Sebenarnya team kami ada buat sedikit contest tentang share testimoni Shaklee ni tau. 30 artikel terbaik akan dapat hadiah daripada penganjur! Aduh..bestnya... moga saya dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com

Jika korang nak Boleh juga search di Google testimoni Shaklee yang lain boleh klik link ya.

Korang nak cuba produk Youth boleh contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

VITA-LIZE MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

Macam nama orang! Comel je nama baru Multivitamin Shaklee ni. Sekali dengar terus rasa teruja, rasa segar dan tak sabar nak beli. 

Korang tau tak sejarah multivitamin Shaklee ni? Masa mula dicipta pada 1915 oleh Dr. Forest C Shaklee, ia berbentuk cecair dengan nama Vitalized Minerals.  Lebih menarik lagi perkataan VITAMIN itu sendiri berasal daripada gabungan vitamin pertama Shaklee ini dan diepndekkan menjadi VITA-MIN. 



Kemudian ia ditambah baik sehingga namanya bertukar kepada Via-Lea / Vitalea yang kita makan sekarang dan pada bulan Jun ini Shaklee bakal keluarkan dengan nama baru iaitu Vita-Lize. 





Jom dapatkan mutivitamin ni nanti ya. Tak lama je lagi akan dikeluarkan. Stay tuned.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023




KATA KATA MOTIVASI KEGEMARAN SAYA

Salam semua..mood ok hari ni? Perlukan kata-kata motivasi untuk mulakan hari?

Kita ni kan, dalam menjalani kehidupan seharian perlukan kata-kata moivasi untuk memberikan motivasi dan  semangat. Ada hari kita rasa tak bersemangat, ada hari kita ada semangat dan energy yang kebih sehingga boleh salurkan kepada orang lain juga. 


Saya suka berada dalam circle yang sentiasa buat saya rasa bersemangat.

  • Bersemangat untuk bekerja
  • Bersemangat untuk selesaikan tugasan harian
  • Bersemangat untuk bantu orang lain bersemangat juga
Penting tau motivasi ni. Motivasi bantu kita untuk bergerak. Apa tujuan hidup kita? Nak dapatkan syurga Allah kan? Jadi, apa sahaja yang kita lakukan mestilah nak buat yang terbaik agar mendapat redha Allah dan dapat masuk syurga Allah dengan mudah. 

Saya ni bukanlah seorang yang pandai nak berkata-kata. Jika korang baca entry saya yang lain sebelum ni pun ayatnya tak berbunga. Tak pandai la saya haha.. Tapi tujuan saya tulis entry ni adalah untuk kongsi dengan korang kata-kata motivasi yang saya suka. Mana tau, korang juga suka kan. Dapat la sama-sama ambil semangat dari kata-kata tersebut.

Sebenarnya orang yang berbisnes juga perlukan kata-kata motivasi. Bukan pelajar yang nak ambil SPM je perlu. Bila ada rasa semangat yang luntkur sikit je, saya akan berbual dengan suami topik berkaitan bisnes. Dia pun mulakah mencari kata-kata semangat untuk saya baca, hadam dan akhirnya ceria semula..hehe..


Ini adalah antara yang dikongsikan oleh suami saya baru-baru ni. Tak sangka juga dia boleh bantu saya naikkan semangat dengan cara macam ni. Terharu..

So, korang boleh cari orang yang paling rapat dengan korang untuk bantu korang dapatkan -semula semangat di kala korang sedih, senyum dan gembira di kala korang ada berita gembira nak dikongsikan atau teman untuk apa saja asalkan membawa ke arah kebaikan.

Sebab tu pentingnya circle yang positif. Group support yang sama aliran, sama circle supaya lebih saling memahami. Pasangan kita, sudah semestinya masuk dalam list tapi circle lain juga perlu untuk kita kembangkan idea.

Saya doakan kita semua KAYA dan BERJAYA.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023