Showing posts with label tips kurus. Show all posts
Showing posts with label tips kurus. Show all posts

10 CADANGAN MENU OPEN HOUSE RAYA

Kita ada Open House Raya petang ni. Encik suami tiba-tiba muncul di dapur.

Err..nak gembira atau nak sedih ni? Haha.. Lauk dah siap masak, tinggal nak masak nasi je. Tak apa, syukur dulu. Alhamdulillah, rezeki Allah kirim. Terima dengan gembira.

Lepas lunch nanti semua baki lauk kena simpan dalam peti ais. Esok sambung makan menu yang sama. Setel.

Kadang kala, bila open house atau kenduri kendara saya akan termenung sekejap. Antara soalan paling famous yang bermain di fikiran saya ialah

  1. Nak pakai baju apa?
  2. Nak pergi dengan siapa?
Menghadiri Open House Raya anjuran syarikat insurans

Perrgghh.. bagi orang yang introvert macam saya, sebenarnya bukan masalah nak pergi dengan siapa. Tapip bila sampai di sana nanti, saya akan rasa canggung sangat. Tak tahu nak duduk makan di mana, nak borak apa dan sesuai ke siap makan terus balik je? Hahaha... Sebab tu masa bujang dulu, saya lebih suka pergi dengan kawan yang boleh teman saya atau berjanji jumpa di sana jam berapa.

Tapi...jika tuan rumah ada menu yang saya suka, semua tu bisa diatur hihi.. inshaAllah boleh je saya bawa diri dengan baik. Pergi kenduri pun macam tu juga. Saya suka bawa mak abah pergi kenduri. Mereka akan beramah mesra dengan tuan rumah dan tetamu lain. Tugas saya, bantu mereka ambil makanan je. Selebihnya saya boleh makan dan tunggu je bila mak abah nak balik. Bijak kan..kiki..

Bila dah kahwin, suami saya pun lebih kurang sama je. Aturan Allah hebat kan. Kalau suami saya ni jenis peramah luar biasa, mau tak terikut pula saya nak ke sana ke sini. 

Bila cerita bab menu open house, apa menu favourite korang? Sebenarnya bila buat open house ni, tuan rumah pun pening juga nak fikir menu. Nak jamu orang makan, kena jamu dengan makan yang mereka suka. Bukan makanan yang kita sahaja suka semata-mata. 

So, boleh je korang minta pandangan dan cadangan kawan-kawan tentang menu yang sesuai. Tak adalah tepu fikir sorang-sorang kan? Jika tak mampu nak masak semuanya sendiri boleh kongsi rezeki dengan orang lain juga. Pasti ada je seller yang dicadangkan berdasarkan pengalaman mereka sebagai food hunter. haha..

Ok, ini saya cuba senaraikan menu yang sesuai dan biasa ada di Open House Raya. Maybe ada 1 atau 2 menu terselit ni adalah menu kegemaran saya. Sebab tu saya senaraikan. Jangan marah ya...

1. Mee Kari. Menu ni memang biasa ada sebab ramai peminat.

2. Lontong. Ini favourite nombor satu. Resepi mak memang sedap. 



3. Bakso. Nak tukar dengan Mihun Sup pun ok. Bakso sebagai pengganti untuk yang sukakan daging. 


4. Pulut Kuning dan rendang. Nak ganti dengan lemang pun ok jika senang nak dapatkan.



5. Nasi Impit dan Kuah Kacang. Menu legend yang sentiasa ada

6. Spaghetti. Anak-anak suka speghetti kan




7. Roti Jala dan Kari Ayam. Yang ini memang kesukaanku



8. Nasi Kerabu. Saya kurang minat tapi nasi kerabu ni ramai peminat.



9. Laksa Penang. Buat raso-raso. Menu yang light je.



10. Puding sebagai desert. Nak tukar desert lain seperti kek pun ok.

Gambar ; kredit Google

Semua menu ni hanya cadangan je. Nak resepi? Saya ada blog yang saya suka resepi diorang sebab sedap. Ada la beberapa resepi yang saya cuba dan menarik perhatian saya. Korang boleh klik link ni ya
Semua nampak sedap tapi biasa la kan, masakan melayu memang kebanyakannya kalori tinggi. Dilema kejap nak makan ke tak...hahaha.. Korang jangan risau la. saya share tips sikit ya.
  1. Sebelum keluar, jangan lupa alas perut dahulu. Bukan nak suruh makan banyak pula di rumah tapi boleh ambil alternatif lain seperti ESP. Ini yang saya amalkan dan Alhamdulillah berat saya masih mantain lagi dan berjaya kawal nafsu makan agar tidak berlebihan.
  2. Bila berada di open house nanti, jangan la pula semua menu kita makan banyak. Ambil sedikit-sedikit jika menunya banyak. So, boleh la rasa semua makanan kan. Makan sikit tapi banyak menu, akhirnya kenyang juga. 
  3. Elakkan makan makanan manis terlalu banyak. Bila gula dalam darah tinggi buatkan kita craving. Balik rumah, lapar lagi. Macam mana tu? Hihi..
  4. Bawa air kosong jika perlu. Jenis saya memang suka bawa air kosong ke sana ke mari. Sekurang-kurangnya standby dalam kereta. Dengan cara ni boleh juga nak elakkan minum minuman manis juga. Sekarang kan musim panas, lebih bagus jika minum air kosong secukupnya. Tuan rumah juga boleh sediakanair kosong untuk tetamu. Yela kan, tak perlu nak serve. Tetamu boleh ambil sendiri. Kita pula boleh layan tetamu lain juga.
Ok, diharapkan sedikit perkongsian ini dapat bantu korang yang mencari menu yang sesuai untuk open house nanti. Jangan lupa jemput saya ya... hahaha... gurau je.

Nak cari Shaklee boleh contact saya

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Tips Kurus Dengan Cepat

Korang cakna dengan BMI tak? 
Atau hanya cakna dengan angka timbangan je? 

Saya pasti selain dari angka timbangan, mesti korang pun ada target nak mansuhkan lelemak degil di peha, pinggul, perut dan lengan juga kan. Nak kurus dengan cepat! Korang nak tips? Baca sampai habis ya.

Nak kurus dengan cepat?

Bukan apa, lemak degil kat sini la biasanya akan mematikan niat nak beli baju lawa-lawa di luar sana. 

Scroll je fb, tiktok, IG terus mata terpaku tengok baju yang digayakan sang model. Aduss..mencabar iman betul. Nampak lawa je dia pakai. Malangnya dia pakai saiz S, aku pakai nanti saiz XL 😭

Macam mana nak buat ni? Raya dah tak lama 😞

Korang, saya kan sepanjang Ramadan ni memang tak craving langsung. Saya boleh abaikan sebarang resepi, menu yang orang share dari bazar atau yang mereka mengidam nak makan tu. 

Saya pun pelik. Kenapa ya? Saya perasan, sejak Ramadan tahun lepas saya ada perasaan macam tu. 

Sebelum puasa, kami memang target nak turunkan berat badan. Bukan sebab nak pakai baju raya tapi sebab suami saya dah masuk kategori obesiti! Wajib kurus dengan cepat sebelum masalah lain pula timbul.

Korang bayangkan, suami yang dulu beratnya cuma 56kg pada tahun 2011 (mula kahwin) dah jadi 100kg tahun 2023 ni 😬

Aduhai..saya ke yang bersalah? Ajar dia minum air manis, makan banyak. Tambah pula dia selalu tolong habiskan makanan yang saya tak mampu nak habiskan. Ampun abang!

Paling penting avoid air manis. Itu masalah utama yang saya nampak. Sebab, sebelum kahwin kakak ipar saya cakap nak ajak makan di rumah pun susah. Nak minum air manis memang jarang sekali. 

Bermula sebulan sebelum puasa, saya dan suami kurangkan minum air manis. Kalau tak, memang muka kami la hari-hari di Oldtown Bentong tu tau. Bukan setakat Oldtown tapi siap pakej Tealive juga. Haha..

Kali ni saya nak share dulu journey saya turunkan berat badan sambil menjadi peneman dan suppoter suami. Sebagai isteri mithali, kena la berikan sokongan penuh, kan? Lagipun senang. Masak dan makan menu yang sama. Nanti penat masak banyak kali, saya juga yang meroyan hmmm..

Sebelum kahwin, berat saya tak pernah pun mencecah 50kg. Dah kahwin ni, berat saya paling tinggi 58kg. Masa tu rasa Ya Allah...aku kah ini? Baju saiz S dah tak muat. Tak boleh jadi ni. Kena kurus cepat supaya semua baju sutera saya yangbaru sekali dua dipakai tu boleh disarungkan kembali. Sayang wooo...beli kain sahaja dah RM280.Belum lagi campur upah jahit.

So, apa yang saya buat ialah cek dulu BMI. Saya cek guna kalkulator online je. Macam ni hah.
BMI saya tahap normal tapi banyak benjolan yang tak cantik sana sini.

Bila dah dapat BMI, baru la mudah nak letak target. Boleh gunakan carta ni untuk bantu korang catat dan tampal kat dinding ya. Tampal tepi cermin pun bagus juga. Pastikan ada penimbang sekali di situ. Hehehe...just kidding. Buat je mana yang menjadi pembakar semangat korang.

Carta untuk letakkan ukuran terkini dan bioleh juga letakkan target nak capai.


Bila dah ada target, jangan habis sampai tu je tau. Kena ada next step pula. Jaga pemakanan. Semua penyakit berpunca dari perut, termasuk la penyakit berat badan ni hihi..

Rutin yang sihat akan menghasilkan badan yang sihat juga

Bila nak kurus, kita akan kurangkan kuantiti makanan. Betul kan? Sebab apa? Sebab kurus dengan cepat la. Tapi awas ya. Jangan sampai badan tak cukup nutrisi yang diperlukan.

Keperluan nutrisi setiap orang tak sama. Kenapa saya kata tak sama? Sebab aktiviti seharian kita berbeza
  • Ada yang bekerja di dalam office dan banyak duduk.
  • Ada yang bekerja turun naik tangga, siap pakej berkejaran lagi (macam cikgu hehe..)
  • Ada yang kerja di bawah sinaran matahari yang terik.
  • Ada yang kerja kerja kerja sampai tak sempat nak makan pun.
Apapun pekerjaan anda, pastikan nutrisi badan cukup supaya badan sihat dan ada tenaga untuk bekerja lagi esok hari ya. Jangan stress. Stress pun tak bagus untuk kesihatan. Tambah pula cepat nampak berusia dari umur sebenar.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Pastikan anda ambil supplement yang tepat. Kena tahu suppplement yang sesuai danmembantu anda kurus dengan cepat juga satu bonus.

Tengok la hasil yang saya dapat hanya dalam tempoh 3 hari. 

Hari 1

Hari 3

Alhamdulillah syukur sangat. Ambil peluang bulan puasa untuk kurus dengan cepat adalah satu keputusan yang sangat bagus untuk saya. Nak sihat, nak cantik, nak kurus. Nak semuaaa...hihi

Bila badan ringan, saya rasa mudah nak beribadah. Tak malas nak bergerak ke sana sini. Kalau tak, saya memang suka sangat duduk depan tv sambil kunyah jajan. Oh no.. sangat la tak bagus. 

Jadi, korang yang nak KURUS sebelum Raya ni masih sempat lagi tau. Saya dah bagitau ni, jangan nanti nangis tepi bucu katil pula di Hari Raya sebab baju raya tak muat 😜 

Semoga perkongsian ni dapat membantu korang ya. Next entry saya kan share journey kurus suami saya pula. InshaAllah.


#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023