10 PRODUK SHAKLEE YANG PALING HOT "ALL THE TIME"

Salam semua.. entry sebelum ni dah cerita tentang penyakit kronik kan. Now kita nak cerita tentang vitamin shaklee pula. Pernah dengar tentang Shaklee? Produk Shaklee ni Beyond Organic tau.


Selalu bila dengar radio, diorang ada carta lagu kan. Lagu mana paling top. Paling pendengar suka nak dengar. Bila buat permintaan lagu pun kebanyakannya akan minta lagu ni. Haa.. sama la juga dengan Shaklee. Shaklee ada banyak produk tapi ada beberapa produk yang paling hot kata orang. Best Seller!

Top 10 Produk Shaklee

 1. Vivix dan resV

Vivix dan resV

Dua beradik ni memang tak disangkalkan lagi. Memang layak berada di tangga teratas. Mak abah dan mertua saya pun sangat sukakan Vivix dan resV ni. Produk yang tinggi Polifenol dan resveratrol ni memang palig laris kerana khasiatnya.

Pengambilan Polifenol secara kerap boleh membantu 

  • Peningkatan tenaga sel dengan cara meningkatkan jumlah mitokondria (dinamo) dalam sel
  • Membantu mengembalikan dan memperbaharui sel supaya dapat merangsang prestasi sel untuk tenaga dan kecergasan.
Apabila sel badan sihat, cergas makan badan kita juga akan sihat, otak cergas dan meningkatkan kesihatan reproduktif.

2. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

ESP ni ialah protein soya yang berperisa vanila. Sedap! Dah sedap, bebas pula asid transfat dan merupakan sumber makanan tambahan yang bebas daripada kolestrol. Sangat sesuai untuk semua samada yang nak sihat, nak cantik dan nak kurangkan berat badan. 

Kandungan Index Glesimek (GI) ESP ni rendah, hanya 39 je. So ia bantu kita kenyang lebih lama. Sebab tu la sesuai untuk yang ada gastrik juga. ESP ni dihasilkan daripada soya NON GMO (selamat daripada risiko toksin) dan mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan.

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • Anti radang
  • Anti alergi
  • Anti virus
  • Anti kanser

Kecil-kecil cili padi, biarpun kecil tapi boleh jaga diri. Haa..semua pun tahu kepentingan vitamin C. Manusia tak boleh nak hasilkan vitamin C sendiri. Kalau boleh, kita pun akan jadi macam arnab tu. Gebu gebas! Haha..

Uniknya vitamin C Shaklee ni boleh bantu cerahkan kulit? Saya ni dulu memang kaki berjemur. Sebab tu kulit muka kusam dan sunburn memang tak pernah hilang 😅. Sampaikan ada seorang rakan sepejabat selalu tegur tentang penampilan saya. Suruh tukar cermin mata la, suruh cerahkan kulit la.. macam-macam, tapi saya buat tak peduli je.

Sampai la saya consume vitamin C Shaklee ni untuk tingkatkan imun diri. Vitamin basic kan. So tetap la ambil setiap hari. Nak jadikan cerita, sekolah bercuti panjang dan bila habis cuti dia tegur saya semakin cerah. Mak aih..saya pun tak perasan. Dia kata nampak beza sebab cerah dan kulit makin berseri. Masa tu, kembang kuncup mak hahaha..

Sebenarnya ramai yang tak tahu, dan bila pengalaman ni terjadi kat diri sendiri baru lah saya tahu ang dalam vitamin C ni ada Hesperidin yang boleh membantu cerahkan kulit. Bukan putihkan kulit ya. Jangan salah faham pula. Vitamin Shaklee tak ada produk putihkan kulit. So, tona kulit saya jadi lebih cerah. Alhamdulillah..makan vitamin untuk sihat dapat extra pula kan..hehe

4. Omega Guard

Siapa kat sini tak suka makan ikan? Rugilah, kurang satu sumber Omega 3 yang penting untuk elakkan kita ni jadi nyanyuk.

Satu sajian Omega Gurad membekalkan 1080mg asid lemak Omega 3, 540mg EPA dan 36mg DHA. Bagus untuk kesihatan jantung, sendi dan fungsi otak.

5. Ostenutrix

Dulu namanya Ostematrix. Now dah tukar nama seiring dengan formulanya yang ditambah baik. Ostenutrix ni pun antara produk yang saya amalkan pada awal saya berkenalan dengan Shaklee. Masalah sakit belikat. Selalu sangat sampaikan hampir setiap hari minta suami sapukan minyak panas dan pernah juga sampai tak boleh nak gerakkan badan langsung sebab sakit.






Keperluan kalsium untuk badan sangat penting. Agak-agak cukup tak kalsium yang dibekalkan melalui diet makanan seharian kita? Tambahan pula jika korang tak suka minum susu. Saya tak boleh nak minum susu banyak sangat, mana nak minum air kosong lagi. Setiap hari perlu repeat rutin yang sama. Itu belum lagi vitamin lain yang diperlukan oleh tubuh kita kan.

6. Nutriferon

Rasanya yang manis dan bila makan rasa macam makan jajan 😁. Serbuk berwarna kuning dan halus je. Tapi, khasiatnya jauh ke dalam dan sangat powerful.

Terima kasih Allah kerana ilhamkan Dr. Yasuhiko Kajima, ahli imunologi terkenal di dunia untuk mencipta produk yang dapat mengaktifkan perisai semulajadi badan dan menjadikan sistem pertahanan badan lebih kuat. 

Nutriferon ni mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga japanese honeysuckle. 4 bahan ni secara tradisinya memang digunakan untuk mengekalkan kesihatan dan menguatkan badan.

7. Youth Luminous Gel Oil Cleanser

Kelebihan Youth Cleanser ni yang mungkin ramai tak perasan ialah Muscadine Grape Extract. Bahan ini ada dalam Vivix dan resV tau. Punyalah premium produk ni. Kaya dengan Polofenol untuk melindungi dan membaiki DNA sel dan dalam amsa yang sama boleh menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Jangan terkejut pula bila korang nampak perubahan ketara kepada si pamakai. Bukanpakai susuk tau tapi pakai cleanser yangada bahan premium. Haaa...giteww 😄


8. Vita-lea Iron Plus

Apa akan jadi bila kekurangan vitamin? 
  • Kebas-kebas jari dan degupan jantung yang tidak normal ; tanda kekurangan kalsium
  • Kelahiran yang tidak normal, cirit-birit, sakit perut ; tanda kekurangan folate
  • Sakit tulang, moody ; tanda kekurangan vitamin D
  • keletihan melampau, sukar untuk bernafas, mudah rasa sejuk tangan dan kaki, kuku rapuh ; tanda kekurangan iron
Now, Vita-lea dah ditukarkan namanya sesuai dengan formulasi baru. Nama barunya ialah Vita-Lize. InshaAllah akan masuk stok pada Jun 2023 ni ya. So, stay tune.

9. Vitamin-E

Ini antara produk kegemaran saya juga. Saya amalkan Vitamin E untuk membantu baik pulih kulit saya yang saya rasa sangat teruk. Tak selesa bila kulit tak sihat. 

Vitamin Shaklee nan satu ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah parut, kulit kering, bekas jerawat, kulit berjerawat dan berjeragat. 

10. Alfalfa Complex

Korang ada resdung? Alfalfa ni sangat bagus membantu detox darah. Suami saya pun resdung. Bila resdung ni, kadang ada bau yang tidak menyenangkan. Betul tak? Bukan setakat diri sendiri je tak selesa, orang sebelah pun akan rasa tak selesa juga.

Alhamdulillah Alfalfa membantu kurangkan kegatalan, bau yang tak menyenangkan dan bantu kecutkan jerawat juga. Satu lagi, yang bestnya boleh bantu buang angin dalam badan dan juga bagus untuk ibu menyusu. Sebab tu Alfalfa ni ada dalam  set untuk ibu menyusu. Korang rasa sendiri perbezaannya.

Ok. Cukup dah 10 produk yang menduduki tangga teratas carta produk Shaklee. Vitamin Shaklee ni semuanya organik. Malah Beyond Organic. Kata pengasas Shaklee, "Living Harmony with nature "

falsafah Dr Forrest Shaklee

Korang yang nak dapatkan produk Shaklee jangan segan, jangan malu contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Pahang
019-6465550

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnesdarirumah
#bisnesmoalrendah
#bisnesshaklee







10 PENYAKIT POPULAR DI MALAYSIA; NO.9 TU PALING RAMAI

Salam semua... entry kalini saya nak ajak korang sembang tentang PENYAKIT KRONIK. Bila sebut tentang penyakit kronik ni, terus auto seram. Kenapa? Sebab ahli keluarga terdekat saya ada yang pernah menghidap penyakit kronik ni. 



Saya dan suami sentiasa saling mengingatkan agar menjaga kesihatan. Dah la kami ni berdua je. Tak ada siapa nak jaga kami bila sakit nanti. Tergolek-golek la berdua jaga sesama sendiri..haha..

Ok, tanpa membuang masa, mari kita baca checklist ni satu-satu. Bukan apa, nak tengok ada tak antara penyakit yang tersenarai ni menjengah keluarga kita kan. Tambah pula penyakit yang boleh diwarisi. Minta dijauhkan.

1. Kencing Manis



Ini kalau saya tak cerita kat sini pun mesti korang memanng dah dapat agak akan masuk list, kan? Penyakit kencing manis ni dikira kategori penyakit kronik sebab antara terpopular di Malaysia ni. Penyakit 3 serangkai kata orang. Rangkai yang pertama ini lah dia.

Jika ada penyakit kencing manis ni, tak kira la jenis apa itu bermakna terlalu banyak glokusa yang terapung dalam darah. Dulu saya ingatkan bila kencing manis je mesti kena potong. Rupanya ia sejenis penyakit yang merosakkan salulr darah dan seterusnya boleh juga jadikan penghidapnya buta, terlalu kurus, terlalu gemuk dan paling teruk luka lambat sembuh sehingga terpaksa dibuang bahagian anggota badan yang rosak teruk. 

2. Sakit Jantung

Ini juga popular. Lebih sedih bila kita tak sedar pun kita ada penyakit ni. Macam abah saya, doktor sahkan hampir separuh jantung abah 'mati'. Maka abah dimasukkan alat Defibrilator Kardioverter Boleh Implan (ICD). Alat ni akan bantu memantau irama jantung. Jika ada yang tak kena, ia akan berikan 'kejutan elektrik'. Jika tiada apa, ia tak akan aktif la. 

Alat ni dipasang dalam dada, dekat dengan jantung. Boleh nampak alat tu dengan mata kasar. Jika diukur denngan tangan, ada la sebesar penumbuk tapi saiz sebenar kat dalam tu saya pun tak pasti. Seram aihhh.. sebabalat tu ada bateri. Jika ia aktif, baterinya kan berkurangan. Caj? Tak boleh la. Kena beli baru. Harganya??? Buat kami terkesima juga la sebab kena bayar sendiri.

Sakit jantung ni termasuk dalam kategori keturunan. Maka hati-hati la ya siapa yang ada sejarah family ada sakit jantung. Saya la tu. Kena jaga makan, bersenam, amalkan lifestyle sihat.

3. Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Penyakit ni berkaitan paru-paru. Saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut. Simptom? Batuk yang lama (lebih sebulan), berkahak yang banyak dan tercungap-cungap.

Puncanya ialah tindak balas keradangan tisu paru-paru akibat terdedah dengan pencemaran udara, asap rokok dan pemanas kayu atau arang batu di rumah. 

4. Kanser Pankreas

Pankreas ni adalah organ badan yang penting juga tau. Bukan kata jantung, buah pinggang je penting. Kenapa? Sebab pankreas ni la yang menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang tingkat gula dalam darah. Amacam? Penting kan? 

Awas ya korang yang merokok. Kerana merokok adalah satu faktor juga selain daripada genetik dan obesiti.

5.  Strok

Strok ni berlaku apabila saluran darah utama dalam otak tersumbat. Bila saluran darah ni tersumbat dengan darah beku atau pecah, maka bekalan darah ke sel-sel otak akan terhenti dan akhirnya akan menyebabkan tisu otak yang mengawal fungsi badan tertentu akan mati. 

Puncanya? Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolestrol dan obesiti.

6. Tekanan darah tinggi

Usia, genetik, lifestyle, pemakanan, stress danminum alkohol adalah antar penyebab utama yang menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi ni. Cairan dalam tubuh yang menekan dinding arteri dengan kuat sehingga menyebabkan masalah kesihatanlain seperti sakit jantung.

7. Kanser Prostat

Penyakit ini selalunya menyerang lelaki yang berumur 70 tahun ke atas. Bapa mertua saya pernah menghidap penyakit ni. Tak boleh nak buang air kecil sampai rasa sakit sangat. Lama juga abah terpaksa gunakan tiub dan berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan. 

Tak pasti penyebab utamanya namun ia berkait rapat dengan diet lemak yang tinggi dan peningkatan hormon testosteron.

8. Batu Karang

Jangan ingat kaum wanita tak ada yang menghidapi penyakit ni tau. Kata orang tua-tua, jangan ditahan kencing nanti akan dapat penyakit batu karang. Batu karang ni terjadi apabila ada mendakan mineral dalam air kencing. 

Cara nak elak? Banyakkan minum air kosong, jaga pemakanan dan bersenam. Kencing manis, darah tinggi juga antara penyebab juga ya.

9.  Gout

Gout; elakkan makanan yang tinggi purin dalam diet seharian


Gout pun salah satu penyakit kronik yang paling ramai hidapi. Kita tak sangka kan? Abah saya dulu pun kena sakit gout. Punya seksa nak bergerak, sampai mengesot guna kusyen. Kaki tak boleh nak sentuh langsung. Kena angin pun sakit tau. Kesian abah. Alhamdulillah sekarang abah dah tak kena gout. Sejak amalkan resV dan vitamin lain. Asalnya untuk kesihatan jantung tapi gout pun hilang sekali.

Gout ni terjadi apabila asid urik berlebihan dalam badan. Asid urik tu apa? Asid urik ni bahan kumuhan yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita kan buang kumuhan ni melalui air kencing. Tapi apabila asid urik yang berlebihan ni tak dibuang dan terkumpul di sendi, itu yang menyebabkan gout. 

Apa yang boleh kita lakukan? Amalkan diet yang sihat dan kurangkan makan yang tinggi purin seperti daging, minuman termasuk jus buah yang tinggi gula. 

10. Obesiti

Berat badan berlebihan lebih dikaitkan dengan obesiti. Jika dikira dalam BMI, obesiti ada beberapa tahap. Jadi korang kena waspada la bila BMI menunjukkan berat badan berlebihan agar tak termasuk dalam obesiti tahap 1 atau tahap 2.

Rakyat Malaysia ni suka makan. Makanan di Malaysia ni macam-macam, syurga makanan haha.. namun jagalah kesihatan. Obesiti boleh mengundang pelbagai penyakit kronik yang menakutkan. Marilah kita bersenam atau bersukan paling kurang 2 kali seminggu. Hanya peruntukkan masa 20 minit pun sudah memadai. Bukan nak jadi jaguh sukan, tapi nak bantu badan kita sihat dan cergas.

So, ayuh semua, kita jalani hidup yang sihat. Jika korang rasa apa yang korang makan tu tak memadai untuk bantu diri sendiri dapat nutrisi yang mencukupi, carilah vitamin sihat. Tak salah melabur sedikit untuk sihat. Dah sakit sampai kena ulang alik ke hospital nanti siapa yang susah? Sendiri juga yang susah.

Nak cari vitamin boleh contact saya ok. Kita amalkan vitamin organik sama-sama.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnesdarirumah
#bisnesmoalrendah
#bisnesshaklee

MENGAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT

Salam semua.. apa khabar hari ni? Semoga kita semua KAYA dan BERJAYA! Sifat orang kaya dan berjaya adalah suka menulis. So, hari ni saya menulis lagi. Cerita tentang pengalaman sendiri agar tak lupa kelak. Cerita tentang Vitamin Sihat.


Saya antara individu yang menolak supplement suatu ketika dulu. Saya rasa badan saya sihat, masih muda dan tak perlukan semua makanan tambahan yang pada saya merosakkan diri. Sampailah abah saya kena serangan jantung dan mula ambil supplement untuk bantu badan sihat dan bertenaga semula. 

Masa tu minda saya terbuka sikit tentang kepentingan supplement. Tambahan pula masa tu saya hanya "makan apa yang ada" sahaja. Vitamin sihat? Tak ada guys. Berat saya tak pernah cecah 50kg sehingga umur saya 32 tahun. Apa yang saya makan? 

  • Sarapan hanya sekadar air kopi secawan, kuih 3 ketul atau nasi lemak bungkus yang kecil. Saiz murid sekolah rendah tu la sebab beli di kantin sekolah haha.. (dulu saya kerani sekolah).
  • Makan tengah hari? Jika ada je. Kebanyakannya memang tak makan sebab nak jimat duit. Gaji ciput.
  • Makan malam? Biskut kering 5 keping dicicah dengan air milo atau air kopi.
Hmm..mana datang zat nya kan? Saya hanya akan makan nasi apabila ada kawan sepejabat belanja dan jika saya berada di Kem PLKN sahaja. Masa tu saya jurulatih PLKN. Di kem, makan ditanggung. Dapat la saya makan makanan berkhasiat sikit. Tapi sebab dah biasa makan sikit, saya tetap hanya makan ala kadar sahaja.

VITAMIN SIHAT

Korang mungkin akan kata, "itu awak. awak yang tak makan. Saya amalkan diet seimbang setiap hari"

Alhamdulillah, rezeki masing-masing kan dapat makan makanan sihat, bersih setiap hari. Namun, kena check juga ya sumber makanan yang kita makan. Jika kita makan sayuran, buah-buahan yang ditanam sendiri menggunakan baja organik yang dibuat sendiri ok la kan. 

Tapi, cukup ke jumlahnya untuk diet seharian? Kita tengok ni ya

1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan 7.5 biji oren


Makan 7.5 biji buah oren sehari. Wow.. mau ke tandas tak berhenti haha.. Jenis saya pula tak suka buah yang masam. Lagi la saya tak akan makan buah oren ni banyak-banyak. Kajian juga menunjukkan 94% rakyat Malaysia tak makan secukupnya buah dan sayuran setiap hari. Hmm..


Tumbuhan (sayuran dan buah-buahan) yang kita makan ni dari mana datang khasiatnya? Mesti la dari mineral yang diserap dari dalam tanah kan. Dengan keadaan tanah kita yang kurang subur berbanding dengan 20-30 tahun dulu adakah korang pasti kita masih boleh dapat khasiat yang sama? 

Tambah pula sayuran dan buah-buahan yang ditanam sekarang menggunakan banyak racun serangga dan baja kimia. Petani moden dan teknologi moden. Kita yang tak menanam ni, terpaksa juga la makan sayuran yang dijual oleh mereka.


Bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi, teknologi sekarang banyak digunakan untuk menghasilkan GMO Food, iaitu makanan yang diubahsuai dari segi genetik bagi memastikan makanan terseu tidak mudah rosak. Contoh? Anggur tiada biji, tembikai tiada biji, bahkan raja buah juga ada pelbagai nama dah sekarang kan?

Bila demam? Korang makan ubat tak? Of course la makan kan. Ya, ada orang dia bukan demam setiap hari. Tapi ada orang yang bergantung dengan ubat setiap hari. Baru-baru ni saya bawa abah dan mak ziarah bapa saudara yang kurang sihat. Anaknya cakap, abah makan 4 biji panadol setiap hari. Itu baru panadol, bila rasa adan tak selesa terus makan panadol. Belum lagi ubat-ubatan lain untuk darah tinggi dan sebagainya. Makan nasi? Sangat kurang kerana dia tak ada selera nak makan. Seram pula saya dengar. Makan ubat macam makan nasi!


Badan kita juga tak dapat nak menyerap nutrisi daripada makanan dengan baik apabila kita mengambil ubat-ubatan yang berlebihan. Amalan diet yang mengandungi kafien, lemak, garam dan gula yang tinggi juga boleh mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

Sebenarnya bukan makanan je sebab utama kita perlu ambil supplement tau. Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Bila rutin harian kita super duper busy, secara automatik kita kan mengambil langkah mudah iaitu order sahaja makanan di luar. Tak perlu masak, boleh jimat masa. Tak gitu?

Saya tak salahkan peniaga di luar sana. Kehendak pelanggan yang nakkan makanan yang sedap sehingga menjilat jari, maka mereka menggunakan segala bahan perasa (MSG) yang boleh menaikkan aroma dan rasa makanan. Kita sendiri boleh memilih untuk masak di rumah. Sekarang ni dah bermacam-macam gajet dapur ada untuk memudahkan kita kan...hehe..

Siapa di sini suka tidur lewat? Rutin tidur lewat pun tak bagus untuk kesihatan tau. Stress, terlalu lama tengok gadget (telefon, komputer), pencemaran udara dan minum air yang tidak bersih pun boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita. 

Jangan lupa, keperluan vitamin sihat kepada individu juga tidak sama. Bergantung juga kepada aktiviti harian korang. Ibu hamil, pekerjaan yang banyak menggunakan tenaga, umur dan tahap kesihatan semua mempengaruhi keperluan nutrisi. So, nutrisi yang kita di ambil hanya daripada pemakanan sahaja tidak mencukupi. Sebab tu la kita perlukan supplement ni. 

Sebagai contoh, ibu hamil memerlukan vitamin C lebih daripada wanita dewasa lain yang tidak hamil. Kenapa? Kerana ibu perlukan vitamin C yang lebih untuk melindungi sang ibu dan anak yang dikandung. 

Tambahan pula, zat makanan ni mudah hilang atau rosak dalam proses pengangkutan, penyediaan dan penyimpanan makanan itu tadi. 

Ok, satu lagi korang perasan kan sekarang macam-macam penyakit yang timbul. Penyakit sedia ada dan penyakit / virus baharu seakan-akan berlumba-lumba menyerang. So, kita perlukan vitamin yang mencukupi untuk boost immune system kita. 

So, setelah baca sebab-sebab mengapa kita perlu ambil supplement ni, apa pula pandangan korang? Boleh la komen kat sini untuk kita bertukar-tukar pandangan.

Jika korang nak dapatkan Vitamin Sihat Shaklee boleh contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnesdarirumah
#bisnesmoalrendah
#bisnesshaklee







MUDAH JE NAK RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP

Hai semua.. entry kali ni saya nak ajar korang cara mudah nak renew Shaklee Membership.

Dari dulu lagi saya suka jadi ahli mana-mana shopping mall, kedai bahkan stesen minyak juga. Yela kan, ada member card boleh dapat macam-macam keistimewaan.

Tapi, kena ingat la nak renew membership, sebagai tanda korang masih aktif dan masih menggunakan produk / perkhidmatan syarikat tersebut. 

Macam mana pula dengan Shaklee? Ya. Shaklee pun ada keahlian (membership) juga. Dengan hanya RM35 korang dah boleh register sebagai ahli Shaklee. Nak free pun boleh. Caranya? Pembelian 100uv dah layak jadi ahli Shaklee secara percuma.

RENEW MEMBERSHIP

Dulu, Shaklee menetapkan pembelian 200uv untuk renew keahlian. Sekarang, hanya dengan pembelian mana-mana produk Shaklee je korang dah boleh renew keahlian. Best kan.

Renew keahlian ni boleh buat di laman web Shaklee je. Follow je step yang saya berikan ni ya.


  1. Login menggunakan ID dan password korang sendiri. Jika terlupa password boleh klik "forgot password"


Haa..nampak tak ni? Bila Login dah keluar reminder ni tanda korang kena renew dah.

2. Pilih produk apa yang korang nak beli.
Contohnya saya pilih Set Rahmah A ni sebab ada promo hehe...

3. Kemudian pilih Go to Cart sebab nak klik butang SELF-RENEWAL

4. Dah klik butang tu, boleh la nak PAY NOW. Boleh nak bayar guna FPX atau Mastercard / Visa.

Yeay...dah siap. Tahniah...dah renew membership. Senang kan? Klik-klik je. Bukan nak kena beratur kat HQ macam dulu-dulu. Semuanya di hujung jari je. 

So korang boleh dah la buat bisnes Shaklee dan nikmati banyaaakkkk sangat benefit yang ditawarkan oleh Shaklee. Jika korang belum lagi register ahli, jangan risau. Klik SINI. Nanti saya bantu korang.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

MAKAN VITAMIN PERCUMA? TAK MUSTAHIL DENGAN CASH REBATE SHAKLEE

Makan vitamin secara percuma semua orang suka. Betul kan? Kali ni saya nak share macam mana Cash Rebate boleh bantu kita dapat makan vitamin secara percuma.

Teringat dulu masa mula abah di diagnos sebagai pesakit jantung. Saya pun tak percaya macam mana abah boleh ada sakit jantung? 
  • Tak merokok
  • Berat badan ideal
  • Bekerja kampung biarpun tidak bersenam
  • Jaga makan (tak makan banyak)
Abah mula cari alternatif lain untuk bantu dia sihat. Ada kenalan yang cadangkan abah ambil vitamin. Ya, makanan tambahan. Harganya boleh tahan. RM150 untuk 15 hari sahaja. Duit pada waktu tu memang mengalir laju. Adik-adik masih ramai yang belajar. Abah pun perlukan vitamin untuk pulihkan tenaga dan bantu dia sihat. Tambah pula, abah ada gout. Pantang silap makan sikit alamatnya memang mengesot la sampai seminggu.

Akhirnya, abah tak mampu nak teruskan untuk beli makanan tambahan tu sebab perlukan belanja yang besar. Saya pula, tak mampu nak bantu banyak. Sedih. 

Sehinggalah abah perlu di operate untuk masukkan alat bantuan (ICD). Walaupun anak abah ramai yang kerja kerajaan namun perlu juga keluarkan modal untuk alat. Ke sana ke sini kami berusaha cukupkan duit. GL? Hanya boleh pakai untuk rawatan sahaja.

Sekarang, saya mampu belikan abah vitamin. Asbab belikan abah dan mak vitamin setiap bulan, saya dapat makan vitamin secara PERCUMA! 

Eh, macam mana pula? Siapa belanja? Tak ada siapa belanja. Siapa nak belanja saya makan vitamin percuma setiap bulan..hehe.. 

CASH REBATE

Selalunya, bila cerita tentang Cash Rebate ni, apa yang terlintas dalam fikiran korang? Dapat cash kan? Lebih kurang macam tu la Cash Rebate yang ditawarkan oleh Shaklee ni. Baca sampai habis ya, saya terangkan.

Paling penting sekali, Cash Rebate ni ekslusif tau. Hanya untuk ahli Shaklee sahaja. Sebab tu la bila korang buat pembelian, daftarlah menjadi ahli Shaklee. Dapatkan ID sendiri. Belum daftar lagi? Boleh klik sini ya untuk buat pendaftaran sendiri - DAFTAR AHLI.

Ok bila dah daftar, apa pula yang perlu dilakukan? Korang boleh shopping vitamin di website Shaklee. Sebagai ahli Shaklee, pastikan korang gunakan sebaiknya kelebihan ahli. Antaranya ialah

  1. Layak dapat harga ahli setiap kali pembelian.
  2. Pembelian RM300 atau 100uv dalam satu resit layak dapat penghantaran percuma.
  3. Pembelian 150uv ke atas layak dapat CASH REBATE
Macam mana nak tengok Cash Rebate tu? Ok, korang boleh rujuk jadual di bawah ni.

Anggaran bonus yang boleh dicapai dalam Shaklee

Bonus ni la yang disebut Cash Rebate. Dengan bonus ni juga korang boleh beli vitamin untuk diri sendiri pada bulan berikutnya. Jangan sangka hanya setakat ni je tau. Bonus boleh dicapai lebih lagi jika korang rajin tau.

Jom la buat bisnes Shaklee. Jika hanya makan sendiri je, mungkin hanya 5% hingga 8% sahaja bonus yang korang dapat. Dengan buat bisnes, lebih dari tu boleh dapat tau. 

Bonus yang dicapai oleh ahli Shaklee

Ini antara bonus yang pernah dicapai oleh team kami. Syok kan dapat bonus besar macam ni. Bukan hanya dapat makan vitamin secara percuma, malah boleh gunakan duit bonus untuk keperluan harian dan capai impian juga. 

So, korang nak makan vitamin secara percuma juga? Boleh contact saya ya. Saya guide korang untuk dapat bonus yang besar juga.

Ana Awang
019-6465550
Pengedar Shaklee Bentong

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

'NEW VERSION OF ME' WITH SET HELLO NEW YOU

Pernah tak tengok cerita Korea yang transform jadi cantik sebab kecewa dengan suaminya yang curang tu? Movie n ditayangkan pada 2014. Lama dah tapi baru-baru ni saya lihat keluar semula di Tiktok. Akhirnya saya yang dah pernah tengok movie ni pun terjebak sekali lagi..haha..

Tajuk movie ni ; Birth Of Beauty (2014)


Cerita ni best. Transform dari tubuh yang besar. Badan bila besar kadang boleh jadi susah nak kawal. Salah imbang sikit je terus tergolek. Namun, bagusnya dia tetap yakin dengan diri sendiri. Sehinggalah dia tahu suaminya curang dan ada affair dengan pembaca berita yang cantik.

Saya bukan la nak suruh korang buat pembedahan plastik dan sedut lemak pula kan. Kos tinggi tuuu.. bagi rakyat marhaen macam saya ni, saya prefer produk kesihatan yang diyakini untuk sihat, cantik dan bertenaga. Bukan ubat kurus ya...tapi produk kesihatan.

MAKAN NASI SEPINGGAN PENUH 

Korang boleh bayangkan biarpun makan sepinggan nasi penuh, masih boleh maintain kurus? Kena tahu caranya baru la boleh dapat hasil yang cun.

Saya ada ikuti salah seorang Master dalam Shaklee ni share journey dia kurus hanya dengan jaga pemakanan di samping bantuan Set Hello New You untuk pastikan badan dapat nutrisi yang mencukupi.  Amazing kan. 

Tak dinafikan, dia juga pernah alami berat badan yang statik tapi tak mustahil tau untuk buat timbangan tu bergerak lagi. Kita kena target untuk jadi lebih aktif untuk tingkatkan kadar metabilsme badan. Vitamin pula untuk cukupkan nutrisi yang kurang akibat pemakanan tadi supaya badan dapat bakar lemak lebih banyak dan kurangkan kolestrol.

PENTING KE DETOX?

Ramai juga yang abaikan detox. Ingat dulu masa di zaman sekolah menengah sehinggalah zaman di Universiti, ada satu teh detox ni sangat glamour. Tapi saya takut nak minum sebab tak sanggup nak menahan perut yang memulas tu. Dibuatnya tercicir semasa kelas nanti naya saya..haha.. Punyalah bersungguh-sunguh kawan-kawan amalkan teh ni sebab nak kurus. Saya yang bodo-bodo alang masa tu tak fikir pun bab nak cantikkan diri. Balun je makan semuanya. Naif betul. 

Testimoni Herblax

Herblax bantu masalah jerawat dan berat badan

Dalam Set Hello New You ni pun ada produk Herblax yang bagus untuk detox. Apa yang bagusnya detox ni? Detox boleh bantu penyerapan nuntrisi yang lebih efektif dan juga mengawal selera makan. Suka tak? Antara kandungannya ialah daun senna yang khasiatnya ada disebut dalam hadis Nabi tau.

Bagi yang ada masalah pembuangan (lawas) ni elok la amalkan Herblax ni. Kita makan hari-hari, tapi tak lawas hari-hari. Bayangkan lah ada benda expired dalam usus kita tu. Jika dibiar lama-lama akan menyebabkan badan kita banyak toksin. Usus pun tak dapat nak jalankan tugas dengan baik akhirnya perut nampak buncit dan berat susah nak turun. Uiii...scary.

MENGGELEBEH, SELEKEH Aihhh!

Pernah tengok orang yang berjaya turunkan berat badan tapi ada bahagian yang menggelebeh? Nampak tak cantik kan? Kena pula fikirkan cara nak hilangkan kulit yang nampak tak cantik tu. Tapi dalam set ni, jangan risau. Ada supplement yang memang membantu buang water retention yang buatkan kita nampak menggelebeh dan selekeh.

Flabby yang mecacatkan pandangan mata sendiri

Di sinilah pentingnya ambi Luicine. Luicine ni membantu badan kita membakar lemak, jaga otot dan body shaping. Mana nak dapat Luicine? Dalam Cinch Shake Shaklee ada Luicine. Cinch Shake ni meal replacement yang kaya multivitamin dan mineral dan membantu kita kenyang lebih lama. Multivitamin ni membantu badan kita dapat nutrisi yang cukup supaya kita tak craving tau. 

Macam mana boleh craving? Bila badan tak cukup nutrisi akibat dari pemakanan yang kita sekat tu, badan akan minta nutrisi. So, kita akan rasa nak makan je. Dah makan pun masih lapar lagi tapi bukan nak makan nasi, makan pula benda-benda manis atau tinggi kalori. 

Hati-hati ya memilih meal replacement. Tak semua meal replacement yang ada kat luar sana ada Luicine. Kebanyakannya akan bakar lemak dan bakar otot. Sudahnya kita kurus tapi macam papan. Habis semua aset kita dibakar. Apa yang tinggal? 😅

Ada dua (2) lagi produk dalam Set ini ialah Omega Guard dan Lecithin.

Omega 3 dalam Omega Guard ni penting tau. Banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat. Kalau nak cerita, akan jadi panjang pula. So, saya fokuskan dengan target kita nak kurus je. Omega 3 ni nama glamournya ialah fats that burn fats. Dalam Omega ada lemak baik, tugasnya ialah membakar lemak jahat dana tubuh kita terutama di sekitar perut. Lemak yang membaluti organ-organ kita tu. Bahaya kan jika terlalu banyak lemak yang membaluti organ, boleh mengundang pelbagai penyakit seperti sakit jantung.

Omega 3 kurangkan risiko sakit jantung

Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan. So dia akan bekerja walaupun bukan diwaktu kita bersenam.  Bantu juga badan kita kurangkan craving. Ia akan mengurangkan hormon lapar dan meningkatkan hormon kenyang lebih lama.

Lecithin pula ialah Natural Fat Emulsifier. Tugasnya PECAHKAN LEMAK-LEMAK terutama di bawah kulit ni. Wow! Best kan. Sambil baring pun ada yang tolong kita pecahkan lemak 😜 Boleh la bantu kurangkan timbunan lemak tu. Timbunan baju yang tak berlipat pun dah buat kita rimas, apa lagi timbunan lemak. Alhamdulillah ada pembantu cik Lecithin ni hah. Lega mak...hehehe

Now, nampak dah macam mana item-item dalam Set Hello New You ni membantu korang kurus cepat dengan lebih sihat? Kurus tapi aset tetap terjaga, body shaping pun cun. Siapa tak nak kan?

Eh, jap jap. Ada satu lagi produk yang sangat power untuk korang cinsume juga selain Set yang saya ceritakan di atas. Namanya Vivix. Tak nak cakap banyak, jom tonton video ni. Kak Anah bantu berikan penerangan lebih jelas. Biar senang faham, ok.


Mana nak dapatkan set ni? Jangan risau, boleh contact saya untuk order dan consultation. InshaAllah saya sedia membantu. 

Jom kurus, sihat dan cantik sama-sama

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-64655550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

10 CADANGAN MENU OPEN HOUSE RAYA

Kita ada Open House Raya petang ni. Encik suami tiba-tiba muncul di dapur.

Err..nak gembira atau nak sedih ni? Haha.. Lauk dah siap masak, tinggal nak masak nasi je. Tak apa, syukur dulu. Alhamdulillah, rezeki Allah kirim. Terima dengan gembira.

Lepas lunch nanti semua baki lauk kena simpan dalam peti ais. Esok sambung makan menu yang sama. Setel.

Kadang kala, bila open house atau kenduri kendara saya akan termenung sekejap. Antara soalan paling famous yang bermain di fikiran saya ialah

  1. Nak pakai baju apa?
  2. Nak pergi dengan siapa?
Menghadiri Open House Raya anjuran syarikat insurans

Perrgghh.. bagi orang yang introvert macam saya, sebenarnya bukan masalah nak pergi dengan siapa. Tapip bila sampai di sana nanti, saya akan rasa canggung sangat. Tak tahu nak duduk makan di mana, nak borak apa dan sesuai ke siap makan terus balik je? Hahaha... Sebab tu masa bujang dulu, saya lebih suka pergi dengan kawan yang boleh teman saya atau berjanji jumpa di sana jam berapa.

Tapi...jika tuan rumah ada menu yang saya suka, semua tu bisa diatur hihi.. inshaAllah boleh je saya bawa diri dengan baik. Pergi kenduri pun macam tu juga. Saya suka bawa mak abah pergi kenduri. Mereka akan beramah mesra dengan tuan rumah dan tetamu lain. Tugas saya, bantu mereka ambil makanan je. Selebihnya saya boleh makan dan tunggu je bila mak abah nak balik. Bijak kan..kiki..

Bila dah kahwin, suami saya pun lebih kurang sama je. Aturan Allah hebat kan. Kalau suami saya ni jenis peramah luar biasa, mau tak terikut pula saya nak ke sana ke sini. 

Bila cerita bab menu open house, apa menu favourite korang? Sebenarnya bila buat open house ni, tuan rumah pun pening juga nak fikir menu. Nak jamu orang makan, kena jamu dengan makan yang mereka suka. Bukan makanan yang kita sahaja suka semata-mata. 

So, boleh je korang minta pandangan dan cadangan kawan-kawan tentang menu yang sesuai. Tak adalah tepu fikir sorang-sorang kan? Jika tak mampu nak masak semuanya sendiri boleh kongsi rezeki dengan orang lain juga. Pasti ada je seller yang dicadangkan berdasarkan pengalaman mereka sebagai food hunter. haha..

Ok, ini saya cuba senaraikan menu yang sesuai dan biasa ada di Open House Raya. Maybe ada 1 atau 2 menu terselit ni adalah menu kegemaran saya. Sebab tu saya senaraikan. Jangan marah ya...

1. Mee Kari. Menu ni memang biasa ada sebab ramai peminat.

2. Lontong. Ini favourite nombor satu. Resepi mak memang sedap. 



3. Bakso. Nak tukar dengan Mihun Sup pun ok. Bakso sebagai pengganti untuk yang sukakan daging. 


4. Pulut Kuning dan rendang. Nak ganti dengan lemang pun ok jika senang nak dapatkan.



5. Nasi Impit dan Kuah Kacang. Menu legend yang sentiasa ada

6. Spaghetti. Anak-anak suka speghetti kan




7. Roti Jala dan Kari Ayam. Yang ini memang kesukaanku



8. Nasi Kerabu. Saya kurang minat tapi nasi kerabu ni ramai peminat.



9. Laksa Penang. Buat raso-raso. Menu yang light je.



10. Puding sebagai desert. Nak tukar desert lain seperti kek pun ok.

Gambar ; kredit Google

Semua menu ni hanya cadangan je. Nak resepi? Saya ada blog yang saya suka resepi diorang sebab sedap. Ada la beberapa resepi yang saya cuba dan menarik perhatian saya. Korang boleh klik link ni ya
Semua nampak sedap tapi biasa la kan, masakan melayu memang kebanyakannya kalori tinggi. Dilema kejap nak makan ke tak...hahaha.. Korang jangan risau la. saya share tips sikit ya.
  1. Sebelum keluar, jangan lupa alas perut dahulu. Bukan nak suruh makan banyak pula di rumah tapi boleh ambil alternatif lain seperti ESP. Ini yang saya amalkan dan Alhamdulillah berat saya masih mantain lagi dan berjaya kawal nafsu makan agar tidak berlebihan.
  2. Bila berada di open house nanti, jangan la pula semua menu kita makan banyak. Ambil sedikit-sedikit jika menunya banyak. So, boleh la rasa semua makanan kan. Makan sikit tapi banyak menu, akhirnya kenyang juga. 
  3. Elakkan makan makanan manis terlalu banyak. Bila gula dalam darah tinggi buatkan kita craving. Balik rumah, lapar lagi. Macam mana tu? Hihi..
  4. Bawa air kosong jika perlu. Jenis saya memang suka bawa air kosong ke sana ke mari. Sekurang-kurangnya standby dalam kereta. Dengan cara ni boleh juga nak elakkan minum minuman manis juga. Sekarang kan musim panas, lebih bagus jika minum air kosong secukupnya. Tuan rumah juga boleh sediakanair kosong untuk tetamu. Yela kan, tak perlu nak serve. Tetamu boleh ambil sendiri. Kita pula boleh layan tetamu lain juga.
Ok, diharapkan sedikit perkongsian ini dapat bantu korang yang mencari menu yang sesuai untuk open house nanti. Jangan lupa jemput saya ya... hahaha... gurau je.

Nak cari Shaklee boleh contact saya

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023