AMALAN GAYA HIDUP SIHAT; SEJAUH MANA KITA KONSISTEN?

Salam semua.. bila nak cerita tentang amalan gaya hidup sihat ni kan, agak seram sikit rasa. Bukan seram apa, seram nak konsisten tu hihi..

Sihat ni bukan setakat kita amalkan vitamin sihat je tau. Tapi keseluruhan gaya hidup kita juga tau. 

  • Apa yang kita makan
  • Apa rutin seharian 
  • Persekitaran kita
Sebab tu tak hairan ramai yang berimpian nak kawasan tempat tinggal yang di kawasan yang punya landskap yang tenang dan bersih. Bukan sahaja bersih dalam rumah, luar rumah bahkan tempat yang punya kualiti udara yang tinggi. Jauh daripada pencemaran.

Amalan Gaya Hidup Sihat Saranan oleh KKM

Makan ikut keperluan kalori

Keperluan kalori setiap orang tak sama. Yelah, pekerjaan kita tak sama. Rutin harian kita juga tak sama. Ibu yang menguruskan anak 8 tak sama dengan ibu yang menguruskan anak 2. Apa lagi bagi yang menguruskan ibu bapa yang uzur kan. 

Jadi, kenali keperluan badan kita sendiri. Topup keperluan nutrisi yang lompang tu dengan vitamin yang sesuai agar badan kita mendapat tenaga dan pulih daripada simptom tak sihat dengan segera.

Ambil Sumber Protein dan Antioksidan 

Kenapa protein penting? Kerana makanan sel ialah protein. Protein ni adalah keperluan asas dan antioksidan pula dapat melilndungi sel badan kita daripada kerosakan akibat radikal bebas. 

Minum Air Kosong Secukupnya





Badan kita bukan sahaja perlukan air untuk kekal hidrat untuk mengoptimumkan fungsi badan tapi perlukan elektrolit juga. 

Antara cara untuk badan kita kekal hidrat sepanjang hari adalah dengan mengambil 8 gelas air kosong sehari atau mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air atau pundengan hanya minum Performance Drink Shaklee dimana ia mengandungi rumusan Opti-Lyte proprietary yang membekalkan elektrolit. Ia membolehkan badan anda untuk menghasilkan tenaga segera yang berkekalan bagi membolehkan anda kekal aktif sepanjang hari.

Kekal Aktif Setiap Hari

Ada orang jarang bersenam, tak kurang juga yang terlalu aktif bersenam. Ikutklah keselesaan korang namun kena pastikan juga badan aktif ya. Jika pekerjaan korang lebih banyak duduk sepanjang hari, pastikan setiap 20 minit bangun dan buat sedikit regangan. 

Perasan tak, jika korang duduk dalam posisi yang sama dalam tempoh tertentu korang akan rasa kebas. Masa kecik dulu mak selalu kata darah tak jalan. Betul juga kan. Peredaran darah yang lancar juga penting untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan. 

Cara saya yang jarang bersenam ni, saya akan pastikan ambil protein sebelum bersenam supaya otot saya tak stress dan "sakit badan" selepas bersenam. Tengok orang pergi gym tu, mereka pun minum protein kan. Kita ni bukan la nak bina badan tapi nak sihatkan badan je..hehe..

Elakkan Stress

Stress tak bagus untuk kesihatan. Ada kala diri sendiri tak perasan dia stress tau. Tiba-tiba dah kena gerd dan enxeity. Amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan, pengurusan diri dan pengurusan stress yang baik dapat membantu kita hidup lebih sihat.

Elakkan diri daripada berada di tempat yang banyak pencemaran. Pencemaran udara contohnya, bukan hanya akibat asap kenderaan dan kilang je tau. Asap rokok juga adalah pembunuh dalam senyap. 

So, korang jangan perlekehkan soal kesihatan diri sendiri. Jangan biarkan badan kita recovery sendiri sedangkan sebenarnya kita perlukan lebih daripada itu. 

"nanti baik la tu. Sakit sikit je.."
"badan ni tak boleh dimanjakan sangat"
"tak apa tak berpantang pun, elok je ni"

Berikan yang terbaik untuk diri sendiri supaya kita dapat jaga keluarga kita sebaiknya. Saya sendiri tidak punya rezeki ada zuriat tapi saya dan suami masih punya ibu bapa. Masih punya tanggungjawab yang perlu kami lunaskan selagi ada hayat di kandung badan. Jika kami tak sihat, macam mana nak jaga ibu bapa kami yang semakin dimamah usia? Kan?

Jom sama-sama sihat dan amalkan gaya hidup sihat 💃

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

No comments:

Post a Comment