Duit Raya Awal Dari Shaklee

Dulu bila tiba Hari Raya, seronok betul nak jalan semua rumah jiran sebab nak kumpul duit raya. Hanya 1-2 rumah je saya suka pergi atas sebab suka nak makan kuih raya yang sedap. haha...

Bila dah besar sikit, kami selalu ubah-ubah cara pemberian duit raya pada budak-budak yang datang. Pernah bagi duit sahaja. Kadang kala isi duit dan gula-gula dalam plastik. Tapi diorang tetap suka duit. Siap cakap tak nak gula-gula 😂 Jujur sangat kau dik.


Korang yang bekerja makan gaji, bila tiba musim perayaan mesti excited kan bila gaji masuk awal. Dah terbayang gaji masuk nanti nak shopping barang keperluan dan baju raya di mana. Masa tu la ramainya rakyat Malaysia keluar pada hari yang sama. Sebab apa? Sebab mereka pun sama macam kita. Tunggu duit masuk baru la dapat nak berbelanja.

Bagi yang bekerja sendiri pula boleh planning hari lain. Hari yang tak ramai orang. Bagi yang ada anak kecil, mudah la sikit kan nak shopping bersama anak. Belum lagi anak trantrum semasa proses shopping tu. Aduhai..bertabah la ibu ya.

Bagi SID Shaklee pun sama juga. Biasanya memang bonus akan masuk awal. Di tengah bulan. Bulan ni? Mungkin awal sikit lagi. Amiin...hahaha.. So, dapat la duit raya awal dari Shaklee. 

Apa persediaan raya yang memang korang tak boleh nak tinggalkan?


Biasanya kuih muih dan juadah raya, baju raya dan duit raya. Betul kan? Bukan sqya je excited cerita pasal duit raya ni. Boleh klik tu nak baca story mereka pula.

Boleh jadi murung juga ya jika tak dapat nak sediakan apa-apa terutama jika ada anak. 

Macam saya, belum ada anak tapi orang tua kami masih ada. Jadi, sedikit sebanyak kami akan sedaya upaya nak berikan yang terbaik agar mereka gembira. Nak raikan hari raya bersama anak cucu dan keluarga.

Bulan lepas saya bawa mak keluar jalan-jalan. Katanya nak beli baju raya awal. Dah puasa nanti dia tak nak ke mana-mana lagi dah. Biar fokus puasa di rumah sahaja kerana tak nak keletihan nak Solat Terawih pada malamnya.

Ok lah kan, kita bawa. Pusing 4 shopping kompleks untuk dia cari baju dan tudung yang dia berkenan. Dah la banyak kedai tutup. Kesian mak pusing sana-sini.

Tup-tup bila adik balik baru ni, dia minta lagi adik bawa jalan. Rupanya nak cari lagi baju untuk pergi terawih pula 😂 

Boleh mak, apa sahaja yang buatkan mak gembira. Anak-anak semua dah duduk luar, tak ada yang menemani. So, kami layankan aje la mak nak beli apa. Lagipun dia nak beli untuk ke masjid. Kami tumpang pahala mak cari baju untuk ke masjid ya mak.

Semoga apabila kita gembirakan orang tersayang, maka Allah akan membalaslebih lagi rezeki buat kita. Rezeki bukan hanya wang ringgit tapi kesihatan dan dikelilingi orang yang baik-baik juga rezeki.

Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki yang melimpa ruah agar dapat bantu dankongsi rezeki dengan saudara lain juga. InshaAllah

Reward saya beli untuk diri sendiri setelah berjaya capai C ke-2 dalam Shaklee


Seronok kan baru 8 hari dah berjaya dapat bonus banyak ni?

Bonus Shaklee infiniti. Selagi anda berusaha, anda layak dapat bonus yang setimpal. 

Nak duit raya dari Shaklee juga? Boleh contact saya ya.


#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023





1 comment: