Dikuasakan oleh Alam Semula Jadi, Dibuktikan oleh Sains.
Kami mendapat inspirasi daripada visi pengasas kami dan pencipta multivitamin yang pertama di A.S., Dr. Forrest C. Shaklee. Falsafah beliau adalah untuk mencipta produk-produk yang mengutamakan kehidupan harmoni bersama Alam Semulajadi (In Harmony with Nature®). Kami komited untuk menyediakan bahan kandungan paling tulen dan terbaik daripada alam semula jadi dan mengguna piawaian saintifik kami yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal — memberikan hasil klinikal tanpa kompromi. Konsep holistik ini telah membantu berjuta-juta orang Hidup dan Kelihatan Lebih Muda selama lebih daripada 60 tahun.
Kata-kata ini saya petik dari laman web Shaklee di mana ia menjadi tempat rujukan kami keluarga Shaklee.
Dulu, saya ada juga sesekali beli viitamin di farmasi. Beli yang mampu milik je. Itupun bukan konsisten setiap bulan. Makan apabila saya perasan keperluan badan tidak mencukupi.
-Kadang kala susah nak membuang (sembelit)
-Kadangkala kulit terlalu kering sehingga bersisik
-Kadangkala badan selalu sakit, terutama di belikat. Lenguh kaki sampai mengganggu tidur dan rutin harian.
-Kerap pening kepala. Lambat makan, angin kus kus satu badan sampai pening.
Sebelum dan selepas konsisten amalkan vitamin Shaklee |
Saya juga penggemar kafein. Tambah pula makan apa sahaja dan kurang minum air kosong serta sayur. Hmm..datang mana la nutrisi untuk badan kan. Kesian badan saya masa tu. Mood pun selalu swing dan cepat marah.
Bila diperkenalkan Shaklee oleh kakak saya, saya ragu-ragu juga. Sama je kot semua vitamin. Padahal tidak. Teringat adaa rakan serumah dulu amalkan vitamin C Shaklee sejak berzaman. Setia pada yang satu je.
Akhirnya saya belajar dan dapati Shaklee ni punya keistimewaan tersendiri. Terasa rugi pula tak jumpa Shaklee lebih awal. Padahal masa tu abah yang ada sakit gout dan jantung juga cari vitamin untuk pulihkan kesihatan.
Tapi tak mengapa. Kepada anda yang juga seperti saya, terlewat sikit tidak mengapa kerana akhirnya kita bertemu juga. Saya dan suami paling suka dengan Set Kurus Shaklee. Saya boleh maintain berat badan dan suami saya pula dalam proses mencapai berat badan ideal.
Ok, saya kongsikan di sini kelebihan produk Shaklee yang mungkin ramai tercari-cari.
Shaklee memberi jaminan dan komited ;
Kami komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.
- Produk kami bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
- Produk kami mematuhi standard keselamatan tertinggi.
- Produk kami lembut pada persekitaran.
- Setiap satu daripada produk kami adalah bebas gluten.
- Kami tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan kami bebas dari penganiayaan.
Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.
SELAMAT
Shaklee sangat menjaga dan memastikan produknya selamat. Malah Shaklee juga mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk untuk pengguna.
TERBUKTI
“Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. ”
DR. ELIZABETH BLACKBURN
Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase |
Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.
BERKESAN
Saya bagi contoh Performance Drink Shaklee. Performance Drink telah dihasilkan buat kali pertama pada 1980an. Idea penghasilan minuman bertenaga yang bebas gas ini adalah hasil kerjasama para Sanitis Shaklee dengan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme).
Penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan sehingga kini.
Ia merupakan salah satu rekod dan bukti kehebatan Performance Drink.
Selain itu, Performance Drink Shaklee ini juga merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat.
Performance Drink juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.
Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara termuka juga memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga pilihan utama mereka.
Kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan. Hebat kan!
Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan.
Syarikat Shaklee juga telah dinobatkan oleh
Malaysia's Trusted Brand sebagai Syarikat Kesihatan dan Supplemen
(Gold Award Winner) melalui survey yang dilakukan oleh pengguna Malaysia bagi
tahun 2021 dan 2022. Tahniah Shaklee.
Semakin ramai yang mempercayai dan menggunakan produk Shaklee. Jika tidak Selamat, Terbukti dan Berkesan masakan ramai yang setia dengannya kan?
Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya di sini ya.
No comments:
Post a Comment