Hai..salam ceria semua.. Alhamdulillah kali ni saya nak share sedikit tips travel. Tips ni dari pengalaman saya sendiri. Saya bukan jenis suka travel sana sini sangat pun sebab malas nak menguruskan hal packing baju nak pergi dan bila dah balik tu nanti hahaha.. tak senonoh kan.
Tips travel by Ana Awang |
Dulu, biarpun tak suka travel tapi bila dikira-kira banyak kali juga saya ke sana ke sini bawa murid. Selalunya saya ambil peluang bawa murid ni sebab kalau nak pergi sendiri memang tak sampai la jawabnya...huhu.. Bila pergi sendiri kebiasaannya akan jadi krik..krik.. sebab tak tahu nak buat aktiviti apa selain makan. hmmm.. sadisnya kan.
Bila tak biasa travel, pastinya bila nak packing baju tu rasa macam nak bawa semua je. Semuanya perlu. Padahal bila sampai, tak pakai sangat pun. So daripada berat-berat bawa beg tu baik la kita packing secara minimalis. Badan pun tak penat nak bawa beg berat dan banyak.
1. Bawa pakaian yang sesuai
Ini penting. Pakaian yang sesuai tu merangkumi la ikut musim, lokasi dan boleh dipakai berulang kali. Contohnya jika seluar jeans tu berat, tapi kita ada pilihan lain seluar slack ke lebih baik bawa seluar slack atau skirt. Lebih ringan dan mesra beg juga. Baju pun sama. Bawalah baju yang ringan (bukan jarang ya). Jika tak tahan sejuk, memadai bawa satu baju yang tebal seperti sweater / blazer / pashmina sahaja.
Pakaian yang ringan ni kelebihannya ialah mudah dibasuh dan cepat kering. So, korang boleh pakai berulang kali. Bayangkan jika korang travel tu seminggu. Tak ke haru nak bawa 7-8 pasang. Itu baru pakaian, belum lagi yang lain.
2. Makanan
Jika korang jenis yang cepat lapar bila bangun pagi, saya sarankan korang bawa makanan yang membantu korang dapat instant tenaga dan dapat atasi masalaha lapar tu dengan segera. Tambah pula bagi yang ada gastrik, benda ni memang tak boleh nak buat main. Kan?
Dulu, saya sering bawa biskut ke mana sahaja saya pergi. Dalam beg wajibada bekalan biskut yang packing kecil-kecil tu. Ada orang akan bawa coklat atau gula-gula. Tapi saya pula tak boleh nak hadam benda tu pagi-pagi haha.. tapi biskut ni selalu hancur. Bila buka je bungkusannya, terus kena makan macam makan nestum pula. Haru betul kiki..
Tips travel; makanan wajib saya bawa ke mana sahaja |
Now, saya dah ada solution yang lebih baik dan saya nak share tips travel nan satu ni untuk korang yang mungkin sedang tercari-cari solution yang paling win. Saya akan pastikan saya bawa ESP bersama. Masa ESP ni dikeluarkan dalam bentuk pek yang mudah dibawa, sayalah antara yang paling happy sekali. Tapi bila dah tak ada dikeluarkan, saya jadi murung sekejap huhu..
Tapi tak apa, apa yang penting saya masih lagi dapat menikmati ESP ni dengan penuh kesyukuran. Saya balik kampung pun tetap bawa ESP yang saya packing semula dalam bekas yang lebih kecil dan mudah untuk saya nikmati. Apa yang penting kenyang lebih lama, beri tenaga dan buat saya lebih happy. Happy tummy make your day happy..hahaha..
3. Set minda untuk memaksimakan pengalaman melancong
Ini penting! Jangan asyik sangat nak update media sosial sampaikan korang tak menikmati masa korang berada sekarang. Apa tujuan korang melancong? Nak menikmati percutian atau nak ootd dan update status je?
Enjoy guys! Simpan kenangan dan pengalaman banyak-banyak |
Haha..bukan marah, tapi bila balik nanti korang pasti akan missed apa yang korang terlepas kat sana. Pastikan roh dan jasad korang ada dalam tempoh percutian tu. Nikmati sebaiknya masa korang di sana adalah salah satu cara bersyukur juga. Kan?
Percutian berbayar atau percutian percuma..kedua-duanya wajib dinikmati. Ambillah sebanyak mana pun gambar atau video. Simpan dahulu dan nikmati semua yang ada di depan mata sebaiknya. Bila korang dah balik nanti boleh buat video ke tiktok ke dan share di media sosial supaya korang dapat share pula tips dan pemandangan di sana untuk rujukan rakan-rakan yang lain pula.
So korang yang nak pergi travel di masa akan datang boleh aplikasikan tips travel yang saya share kan ni ya. Lepas tu nanti korang pula share pengalaman korang dan tambah lagi 1 atau 2 tips yang memberi manfaat kepada orang lain pula.
Apa yang penting, jaga kesihatan sebelum, semasa dan selepas travel. Caranya? Bawalah vitamin dan ubat-ubatan yang basic bersama. Sampai kat tempat asing tu nanti, terutama bagi yang travel luar negara pasti korang akan perlukan semua ni. Vitamin bantu badan kita dapat nutrisi yang sebaiknya. Nak melancong ni kena fit juga kan. Badan tak sihat, tak dapat la korang nak jalan sana sini. Baru jalan sikit, badan dah sakit-sakit. Kaki lenguh, sudahnya banyak duduk dari menikmati suasana. Gitewww..hehe..
Korang nak vitamin yang sesuai untuk kaki travel boleh contact saya ok. Jangan stress-stress.. chill aje.
No comments:
Post a Comment