KERJA DARI RUMAH BOLEH JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Korang suka kerja dari rumah atau keluar bekerja di office macam biasa? Tak kisah la office ke, sekolah ke, hospital ke, kedai ke, kilang ke..yang penting keluar bekerja. 



Baru-baru ni saya dan suami ada cuci mata tengok showhouse di Semenyih. Kebetulan masa tu kami pergi ke rumah upline Syuhaidah di Semenyih. Dalam perjalanan nak ke rumah dia, nampak la ada tanda arah showhouse kawasan berdekatan. Lepas tu, suami saya kata..

"Best juga kan pergi showhouse. Alang-alang dah sampai sini."

Dipendekkan cerita, kami semua keluar lunch sama-sama. Tiba-tiba Syu cakap

"Kami nak pergi showhouse lepas ni. Akak nak ikut ke?"

Upline saya Syuhaidah ni pun bekerja dari rumah je

Masa tu, terus rasa... eh..hihi.. mesti la nak. Pucuk dicita, ulam mendatang. Rezeki jangan ditolak. Tambah pula, kami ni kalau pergi showhouse mesti krik krik sendiri hahaha..

Bila masuk rumah yang pertama tu, saya rasa seronok dan teruja sangat. Cantik betul deco rumah ni. Rasa tak nak keluar je. Di bahagian bawah ada small office yang sangat selesa. Hmm..macam ni lagi la seronok nak bekerja dari rumah.

Kerja dari rumah dengan office macam ni, best kan?


Bila kami naik tingkat atas, Ya Allah...sangat la selesa dan cantik. Ruang tengahnya ada office cum bilik miting lagi. Teruja sungguh. Jika ada tetamu yang ramai, dinding kaca yang memisahkan ruang tu boleh dibuka luas. Terus jadi luas ruang tu untuk dijadikan tempat berehat. Saya suka! 

Office kedua di tingkat atas

Sekarang dah jadi fenomena pula bekerja dari rumah. Ramai dah yang ambil keputusan selepas PKP terus bekerja dari rumah. Macam best. Tapi nak kerja apa? Haa...besar persoalan ni tau.

Saya sendiri mengambil keputusan untuk berehat sebentar dalam dunia pendidikan dan bekerja dari rumah sepenuh masa. Apa yang saya buat? Mungkin boleh bantu korang untuk fikirkan bisnes yang sesuai la.

MOBILE SPA


Bisnes Mobile Spa ni saya memang dah lama jalankan. Hampir setahun dah saya menjadi beautician BOTG Mobile Spa dan saya sangat seronok dengan bisnes ni. Kenapa?

  • Masa kerja yang fleksibel
  • Menambah kemahiran diri
  • Pendapatan tanpa had (kerja lebih, dapat lebih la kan)
  • Lepas sign up terus boleh jalankan bisnes kerana semua alatan dan produk dah lengkap
Modal yang saya keluarkan juga rendah tau. Keluar modal sekali je tapi boleh gunakan kemahiran ni berkali-kali untuk dapat duit. Seronok kan? 

Saya jalankan bisnes ni dari rumah dan bergerak. Sesekali bergerak bagus juga, sambil ambil angin kata orang. Kerja pun tak susah kerana tak menggunakan alatan yang banyak kerana kekuatan pada produk itu sendiri. Produk yang berkualiti dan selamat.

Ex-peguam yang jalankan bisnes sepenuh masa dari rumah

Tengok la Pn. Sharipah ni, income lumayan biarpun bekerja dari rumah je. Beliau berhenti kerja kerana nak menjaga ibunya. Allah lorongkan jalan buat dia bekerja dari rumah dan masih berpeluang jana pendpatan lumayan. Alhamdulillah.


PRODUK MAKANAN

Siapa yang pandai masak boleh la nak ceburkan diri dalam bidang ni. Jalankan sedikit research nak tahu selera penduduk di kawasan korang tu. 

Bagi yang belum punya alatan dan bahan, mungkin akan makan modal lebih sikit la untuk permulaan. Tapi jika pandai pusing modal dan tawarkan harga yang berpatutan, satu kelebihan untuk korang.

Pada pendapata peribadi saya, berniaga makanan ni agak leceh sikit la kan. Banyak kerja, nak kena cuci, sediakan bahan, masak, COD atau buka stall dan tunggu sehingga makan habis baru boleh nak tutup kedai. Saya tak berapa rajin la bab ni..haha..


PRODUK KESIHATAN



Produk kesihatan ni memang tak lapuk dek zaman kerana kesihatan dan pendidikan ni memang sentiasa ada demand. Sama juga dengan produk makanan. Rakyat Malaysia ni kurang kesedaran untuk amalkan gaya hidup sihat. Semua orang boleh mulakan gaya hidup sihat, tapi susah nak konsisten. 

Produk kesihatan yang menjadi kepercayaan saya mesti la Shaklee. Produk yang selamat, terbukti dan berkesan. Produk pertama yang dikeluarkan oleh Dr. Shaklee juga sudah berusia 100 tahun. Setiap produk yang dihasilkan juga melalui proses yang ketat untuk memastikan ia selamat sebelum digunakan oleh orang ramai.

Sekarang pun dah senang. Bisnes Shaklee sendir tak memerlukan korang keluar rumah setiap hari untuk pos barang. Semuanya dihujung jari je. Ada permintaan dari customer, korangbantu order dan pihak Shaklee yang akan pos kepada customer. Senang je kan. Sambil buai anak pun boleh submit order.

Pn. Ainul

Ini pun salah seorang upline saya. Dulu Pn. Ainul bekerja sebagai Engineer tapi membuat keputusan untuk bekerja dari rumah dan jalankan bisnes Shaklee sepenuh masa sambil menjaga anak-anak.

Ok, ini antara produk atau bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan untuk korang yang nak bekerja dari rumah. Terpulang la korang nak pilih yang mana sesuai dengan minat, kos dan masa korang.

Kerja dari rumah ni ada bagusnya juga kan. Bagi wanita yang sudah berumah tangga, pastinya nak jaga anak sendiri. Biar anak membesar di depan mata. Nak uruskan rumah dan suami sendiri. Macam saya sendiri, saya tak berapa minat nak kerja keluar pagi balik malam ni. Apa lagi bekerja shift, saya tak boleh tahan...haha.. so, jika sudah berpencen pun mungkin tidak la pada saya nak bekerja di luar lagi. Biarlah tenang-tenang sahaja di rumah sendiri atau travel dengan suami atau dengan keluarga tercinta.

Syuhaidah bersama kereta BMW milik beliau

Jom. Bina kerjaya dari rumah untuk keselesaan di masa depan. Giteww.. Jangan pandang rendah tau orang yang bekerja dari rumah ni. Tengok la Syu ni, berjaya memiliki kereta BMW atas nama sendiri dengan menggunakan payslip Shaklee dan hanya bekerja dari rumah je.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang kerjaya dari rumah bersama Shaklee boleh contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

No comments:

Post a Comment