Feedback & Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ; rezeki bergolek

Saya bukanlah seorang yang sangat suka menulis. Apatah lagi menulis panjang di blog. Haha..agaknya dulu jika siapkan tugasan karangan yang diberikan cikgu, perasaannya cuma sekadar menyiapkan tugasan sahaja. 

Sungguh saya tak pandai. Karang surat cinta pun saya tak pandai! hihi..

Namun, saya suka membaca blog. Banyak input yang saya dapat. Pengalaman, info, tips dan banyak lagi, Malah resepi pun saya suka baca di blog.

Bila melibatkan diri dalm dunia bisnes, dan super duper upline saya pula membuka peluang kepada kami semua untuk belajar menulis blog, saya nampak peluang yang sangat bagus untuk saya belajar. 

Allah tak datangkan sesuatu kepada kita hanya kebetulan. Ia adalah rezeki. Syukur Alhamdulillah. Biarpun masih terkedek-kedek menapak, namun saya ambil ia sebagai ruang dan peluang untuk belajar. 


#blogmegashaklee1.0 pada saya projek yang sangat memberikan impak positif kepada saya yang baharu menapak dalam dunia blogger. Banyak tips, trick yang saya belajar untuk memperkenalkan blog saya kepada dunia.

Nak mula, perit sungguh rasa. Puas perah otak apa nak tulis. Idea ada tapi tak pandai nak luahkan. Bila baca entry kawan-kawan, sama je macam yang ada dalam fikiran saya, namun terjemahan kami berbeza. Nampak mudah je masing-masing luahkan semuanya dalam bentuk penulisan tapi saya? 

Akhirnya, apabila kecut perut dengan dateline yang diberikan saya berjaya juga selesaikan tugasan. Manusia ni begitu kan, nak kena ada sesuatu yang menekan diri, mengejar barulah rasa mencicit kerana dikejar. Haha..dengar macam lucu tapi itulah yang sebenar berlaku. 

Agaknya jika master Norita tak letakkan dateline semuanya lemau. Lemah gemalai je siapkan tugasan. Dah macam kena kejar dengan bos. Namun, saya bersyukur sangat dapat belajar perkara yang sangat berharga.

Nak tahu apa saya menang? Tadaa..


Saya menang Nutriferon! Korang tahu tak berapa harga Nutriferon ni? RM198 sekotak tau. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kehebatan Nutriferon ni? 

Nutriferon ni berfungsi sebagai alarm untuk membantu antibodi badan kita bertindak pantas. Saya suka Nutriferon ni bukan hanya kerana rasa yang sedap tapi kerana membantu tubuh saya lebih sihat.



Namun, bila kita dapat ilmu yang sangat sangat berharga, bukanlah hadiah itu yang jadi ukurannya. Betul tak? Ada hadiah yang lebih mahal ditawarkan oleh Master Norita. Tapi tidak semahal peluang dan ruang yang diwujudkan buat kami untuk belajar ni. 

Jemput baca entry yang saya tulis sebelum ini berkaitan INTERMITTENT FASTING dan SET KURUS SHAKLEE

Master Norita dan Master Salwa sangat baik, buka lagi peluang untuk kami upgrade lagi ilmu berkaitan blog. InshaAllah #blogmegashaklee2.0 pula akan menyusul. Tak sabar nak belajar ilmu baharu lagi.

Di samping upgrade ilmu dalam diri, saya juga berazam untuk menambah baik penulisan agar pembaca blog saya juga mendapat manfaat daripada blog saya ini.

Nantikan entry saya seterusnya ya.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG






No comments:

Post a Comment