TIPS BISNES ONLINE

Korang dah baca entry saya berkaitan kerja dari rumah? Ok, kalau dah saya nak share sedikit tips untuk yang nak mulakan bisnes online. Tak kira la korang nak buat secara part time atau full time.

Tips bisnes online

1. Modal yang rendah
Ada orang memang sanggup je keluarkan modal yang sangat besar untuk memulakan perniagaan. Itu tak dinafikan. Tapi kena ingat satu perkara. Adakah korang memang ada ilmu tentang perniagaan tersebut?

Biasanya orang yang sanggup keluarkan modal yangbesar ni memounyai kedai fizikal. Jadi, atas permintaan pelanggan yang tinggi mereka keluarkan modal yang besar untuk deco kedai dan masukkan stok secukupnya.

Jika korang baru nak mulakan bisnes online ni, lebih baik tidak meletakkan risiko yang sangat tinggi sedangkan korang sendiri masih belum pasti pulangan yang korang akan dapat tu berbaloi atau tidak.

Banyak je bisnes online yang memerlukan modal yang sangat rendah. Saya berikan contoh bisnes Shaklee (sebab saya kan jual produk Shaklee). Kenapa saya pilih bisnes ni?
  • Modal serendah RM35 sahaja. Bahkan jika korang buat pembelian produk sehingga 100uv (lebih kurang RM350) dah tak perlu nakbayar RM35 tu. Jimat kan? Kos pos pun tak perlu bayar kerana memenuhi syarat pembelian RM300 ke atas percuma penghantaran tau.
Bisnes Shaklee ni juga tak perlu nak beli laptop semua tu. Cukup sekadar handphone yang korang pakai sekarang ni. Tak percaya? Ya..semua di hujung jari kan? Korang cuma buka website Shaklee je untuk buat order. Sambil tunggu kain di mesin dobi pun boleh jalankan bisnes dengan senang hati. Mudah kan?

2. Risiko yang rendah
Seperti yang saya katakan tadi la, jika korang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes sebaiknya carilah bisnes yang risiko rendah. Tak ada la patah hati teruk sangat jika hasil yang dapat tu tak seindah yang diharapkan.

Tips bisnes online yang kedua ni saya bagi contoh macam bisnes Shaklee ni, saya boleh katakan tak ada risiko kerugian pun. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab..

  • Korang kan tak keluarkan modal pun. Pembelian produk untuk korang makan sendiri pun boleh dapat cashback. Apa lagi kalau korang jalankan bisnes. Lagi la masyuk..

  • Tak perlu simpan stok. Semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee. Order, tracking, kiraan bonus semua ada lengkap di website. Ya hanya di website yang sama tu je. Untung ke untung banyak? Tak perlu susah payah nak keluar pergi pos barang.

  • Harga sama je walaupun korang beli banyak. Tak perlu nak jadi stokis pun. Beza harga hanya untuk yang mendaftar sebagai ahli dan bukan ahli. Nak lebih untung, jom daftar sebagai ahli Shaklee. Nak jadi pengguna sahaja atau nak buat bisnes terpulang kepada korang je.
  • Bisnes yang boleh diwarisi. Korang boleh wariskan bisnes ni kepada anak korang. Dah ada dah 3 generasi dalam Shaklee buat bisnes ni tau. Diwarisi dari nenek sehinggalah ke cucunya. Wow sangat kan.
3. Tak Perlu Buat Produk Sendiri
Ramai orang bercita-cita nak jadi founder. Founder produk viral makanan, pakaian, alat make up dan macam-macam lagi. Tak salah nak jadi founder tapi memang perlukan hati dan mental yang kuat.

Saya juga pernah buka butik pakaian bayi bersama suami. Jahit dan jual barut, bedung dan tilam bayi sendiri. Penatnya jangan cakap lah kan. Nak naikkan produk sendiri dari tak ada nama sampai lah dikenali penduduk setempat. Namun akhirnya terpaksa mengalah juga apabila tak mampu nak menampung kos yang tinggi.

Sekarang, saya jalankan bisnes Shaklee yang memang dikenali ramai, dijamin selamat dan terbukti selamat dan berkesan pun. Tak perlu nak bersusah payah buat ujian, marketing produk semua tu dah. Tugas saya cuma promote diri sendiri sebagai trusted seller yang menjual trusted brand. Mudah kan..

4. Tambahkan Ilmu
Jika korang belum mahir tentang produk, belajar dan dalami tentang produk. Jika korang belum mahir tentang ilmu pemasaran, belajar dan tambah kemahiran berkaitan pemasaran. Ilmu Allah ni luas. Belajar banyak mana pun takkan habis. 

So, jangan pernah anggap diri dah pandai sangat sampai tak nak dah belajar lagi dan lagi. Pengalaman adalah ilmu yang sangat berharga. Jika bukan pengalaman kita sendiri, pelajari daripada pengalaman orang lain. 

Bak kata salah seorang guru saya, datang dengan gelas yang terbuka (tidak terlangkup). Agar ilmu yang kita dapat tu, jika tidak digunakan untuk diri sendiri dapat juga diajar kepada orang lain. Deep sangat kan..

5. Fikir Untung Je? Jangan la..
Bukan tak boleh fikirkan untung tapi untung ini pun rezeki kan? Rezeki Allah luas. Rezeki kesihatan, rezeki kekayaan bahkan juga rezeki dapat kenalan. Niatkan dalam diri nak bantu orang lain juga. Eh, macam mana tu?

Dalam bisnes Shaklee, kami juga diajar agar niatkan untuk bantu orang lain sihat, bantu orang lain juga dapat pendapatan yang besar seperti apa yang kita dapat. Bahkan ada je downline yang dapat pendapatan lebih daripada upline mereka. Tak salah pun.Korang buat lebih, pasti akan dapat lebih.

Fokuskan berapa ramai yang korang boleh bantu untuk selesaikan masalah mereka. 
  • Masalah kesihatan
  • Masalah ilmu kewangan
  • Masalah mengenali potensi diri
Seronok kan bila kita dapat bantu orang lain. Tak dapat nak bantu hulur duit, tapi kita bantu dia macam mana nak cari duit. Haaa...macamtu la. Tapi kena ingatkan diri korang juga, kita ni buat bisnes bukan buat amal ya..hahaha.. 

Pendapatan team kami yang buat bisnes online

So, korang jangan segan silu nak belajar macam mana buat duit dengan bisnes online ni tau. Semoga tips bisnes online yang saya share ni dapat memberi manfaat kepada semua.

Nak join bisnes dengan saya? Jom saya bantu. Contact saya ya

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

No comments:

Post a Comment