9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Bila memilih bisnes, apa yang anda pandang? Kerana wang? Itu memanglah kan. Sebab itulah kita berbisnes.

Namun, di sebalik kerana pendapatan, mesti kita nak suasana kerja yang harmoni. Sama juga bila kita bekerja makan gaji. Suasana tempat bekerja memainkan peranan penting agar kita dapat bertahan lama bekerja di sana.


Hanya kerana bermula dengan inginkan kesihatan yang lebih baik, saya akhirnya ingin berkongsi peluang yang sama dengan orang lain.

Kerana apa? Kerana upline saya juga berkongsikan perkara yang sama dengan saya. Tak kira upline, sideline mahupun downline, semua orang dalam bisnes ini mahu berjaya. 

Dalam komuniti Shaklee, semua orang saling memberi inspirasi sesama kami. Tipulah tak rasa lelah tapi kami semua seakan faham, terasa seperti ditarik-tarik untuk saling membantu dan akhirnya tak jadi nak down! Seronok kan? Tak sempat nak down lama-lama..haha..

Dalam komuniti ini juga semua orang saling lengkap melengkapi. Tak tahu? Kami belajar bersama-sama. Tak tahu mana nak belajar? Tak perlu pergi jauh-jauh, kami belajar melalui pengalaman orang lain, ilmu yang sedikit dikongsi akhirnya tak habis-habis kami belajar. 

Contoh paling dekat, belajar menulis blog ini. Master Norita dan Master Salwa upline yang sangat jauh. Nun tinggi di atas sana, namun saya masih terasa dekat kerana ilmu Allah ini. Alhamdulillah syukur ditemukan, berukhuwah kerana Allah. Malah tidak dikenakan bayaran sesen pun untuk menuntut ilmu berharga ini.

Circle positif yang saya dapat melalui bisnes ini menjadikan saya lebih kuat. Kuat kerana pengalaman mereka buat saya cepat belajar. Mereka tidak benarkan kami yang baru nak bermula ini rasa terkapai-kapai tak tahu apa nak dicapai, ke mana nak dituju. Bahkan sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar.

Pernah tak anda terfikir, ada orang belanja anda makan angin? Ya, secara percuma. Bukan sehari bahkan berhari-hari. Itulah yang saya idamkan. Malah Shaklee belum pernah gagal membawa leader Shaklee yang layak untuk Trip ke luar negara

Trip Shaklee ke Swirtzerland yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee


Bagi anda yang sudah biasa ke luar negara makan angin, mungkin rasa biasa sahaja namun jika diberi peluang makan angin secara percuma dengan layanan VIP mesti anda pun teruja kan? haha..

Dalam komuniti Shaklee ni bukan semua orang ada background yang sama. Kami dari pelbagai latar belakang namun semua tu tak menghalang kami saling bekerjasama. Ada yang pernah bekerja dalam bidang profesional seperti Engineer, Peguam, Doktor, Guru, Akauntan dan tak kurang juga surirumah sepenuh masa. 

Jika anda mohon bekerja, resume akan dibaca dan diteliti untu disesuaikan dengan posisi yang kita mohon. Namun tidak doi dalam Shaklee. Semua orang punya peluang yang sama. Kita sama-sama ingin berjaya dan sama-sama nak upgrade diri dan keluarga agar menjadi lebih baik dan capai impian masing-masing.

Dalam Shaklee jangan rasa diri terlalu naif daripada orang lain. Semuanya sama sahaja. Sebab itulah saya sangat sayangkan komuniti Shaklee ni. Semua orang bermula dari titik permulaan yang sama

Shaklee juga menyediakan platform untuk semua orang belajar. Sistem website yang mudah difahami dan kelas-kelas nutrisi juga disediakan. Bahkan jika anda bukan datang dari latar belakang perubatan juga mudah faham. 

Pendek kata, jangan biarkan diri kita sendiri merendahkan potensi diri. Komuniti Shaklee tidak pernah mengecewakan. Bagi anda yang masih tercari-cari komuniti yang sesuai dan ukhuwah yang erat, selamat datang ke keluarga Shaklee yang besar dan penuh dengan kasih sayang. Jangan cari lain lagi, semua ada di sini.

#PROJEKMEGABLOG
#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETHRIUMPH2023
#PENGEDARSHAKLEEBENTONG




No comments:

Post a Comment