Bila diumumkan pekerja swasta dan kerajaan masing-masing dapat bonus sebagai insentif tambahan kita pun tumpang seronok kan?
Wajib la gembira atas kegembiraan dan kejayaan orang lain juga. Barulah hidup harmoni. Kita doakan kebaikan ke atas orang lain, doa yang sama juga akan berbalik kepada kita.
Tapi...sebagai SID Shaklee, syarikat tak bagi apa-apa ke? Eh, siapa kata tak ada. Baru-baru ni Shaklee umumkan program Insentif Shaklee Malaysia di mana semua SID yang berjaya capai syarat yang ditetapkan akan berpeluang capai bonus sehingga RM6000 dalam masa 3 bulan tau.
Insentif Shaklee Malaysia |
Saya yang kerja kerajaan ni, dapat insentif RM700 pun dah syukur sangat, apalagi dapat Rm6000. Alhamdulillah boleh penuhkan tabungan. Hehehe..
Tugas kita cuma pastikan kita kekal layak untuk dapatkan Insentif Shaklee ni. Mudah kan? Ikut je step yang saya bagi ni.
Cara nak dapatkan Insentif Shaklee Malaysia
Kelayakan paling basic, mestilah kena jadi Ahli Shaklee dulu. Macam mana nak register?
- Daftar keahlian dengan membayar Yuran Keahlian RM35 atau
- Buat pembelian Produk Shaklee minima RM350 di mana korang layak dapat keahlian PERCUMA
Macam mana nak daftar? Boleh DAFTAR SENDIRI atau contact saya untuk saya bantu ya.
Senang je kan syarat paling basic ni. Lepas tu? Apa lagi nak buat?Potensi bonus yang boleh dicapai |
Kuasa bayangan
Jangan takut nak pasang impian. Ok, jom kita berangan jap. Haha..berangan memang best kan. Bukan berangan sebenarnya, kita pasang impian.
Bayangkan dapat bonus ni banyak ni,apa nak buat? Kata mentor saya, kalau kita tak tahu apa nak buat dengan duit banyak tu, alamatnya lambat lagi la Allah nak bagi. Hah! Cepat fikir. Hahaha..
Apa sahaja impian korang, tuliskan sahaja. Biar diri sendiri teruja banyak kali pun tak apa. Manusia ni mudah lupa. Hari ini berkobar, macam-macam impian nak dicapai. Esok dah lupa. Cara begini boleh bantu kekalkan semangat nak capai target tau.
Korang nampak sikit ke banyak RM6000 Insentif Shaklee nak bagi tu? Banyak atau sikit bergantung kepada diri sendiri juga. Pada saya, insentif shaklee bagi banyak tu nilainya besar. Macam-macam boleh buat tau. Beli kereta terpakai secara cash pun boleh dapat.
Suami saya pernah buat bisnes jual beli kereta terpakai. Kereta yang saya nampak usang dan nak roboh pun masih ada yang beli. Bayangkan, lantainya berlubang sana sini. Pintu nak tutup pun berbunyi kreek. Tapi enjinya masih padu. Saya pernah bawa kereta tu ke sekolah. Wah, jangan sangka kereta usang tiada nilai tau. Seronok bawa kereta tu. Enjinnya masih pick up. Selamba je naik bukit masuk kawasan sekolah. Haha..
Jadi, korang yang baru nak mulakan bisnes Shaklee ni, pertama sekali jangan sesekali pandang rendah dengan kebolehan diri sendiri. Penuhkan excitement dalam diri. Pasang impian siap-siap.
Sebagai orang baharu, kita perlukan mentor (upline) untuk bantu kita kenal selok belok perniagaan. Berbincang dengan mentor adalah langkah pertama yang perlu diambil. Jangan lupa tu tau.
Jom semua. Mulakan bisnes Shaklee sekarang. Pastikan korang daftar sebagai ahli ya. Nak daftar ahli untuk makan sendiri dahulu pun boleh tapi berikan peluang juga kepada diri sendiri untuk dapat lebih baik. Jika boleh dapat bonus lebih, why not kan.
Jangan segan silu contact saya ok. InshaAllah saya bantu korang.
SID Shaklee Bentong
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
No comments:
Post a Comment