Tips Kurus Dengan Cepat

Korang cakna dengan BMI tak? 
Atau hanya cakna dengan angka timbangan je? 

Saya pasti selain dari angka timbangan, mesti korang pun ada target nak mansuhkan lelemak degil di peha, pinggul, perut dan lengan juga kan. Nak kurus dengan cepat! Korang nak tips? Baca sampai habis ya.

Nak kurus dengan cepat?

Bukan apa, lemak degil kat sini la biasanya akan mematikan niat nak beli baju lawa-lawa di luar sana. 

Scroll je fb, tiktok, IG terus mata terpaku tengok baju yang digayakan sang model. Aduss..mencabar iman betul. Nampak lawa je dia pakai. Malangnya dia pakai saiz S, aku pakai nanti saiz XL 😭

Macam mana nak buat ni? Raya dah tak lama 😞

Korang, saya kan sepanjang Ramadan ni memang tak craving langsung. Saya boleh abaikan sebarang resepi, menu yang orang share dari bazar atau yang mereka mengidam nak makan tu. 

Saya pun pelik. Kenapa ya? Saya perasan, sejak Ramadan tahun lepas saya ada perasaan macam tu. 

Sebelum puasa, kami memang target nak turunkan berat badan. Bukan sebab nak pakai baju raya tapi sebab suami saya dah masuk kategori obesiti! Wajib kurus dengan cepat sebelum masalah lain pula timbul.

Korang bayangkan, suami yang dulu beratnya cuma 56kg pada tahun 2011 (mula kahwin) dah jadi 100kg tahun 2023 ni 😬

Aduhai..saya ke yang bersalah? Ajar dia minum air manis, makan banyak. Tambah pula dia selalu tolong habiskan makanan yang saya tak mampu nak habiskan. Ampun abang!

Paling penting avoid air manis. Itu masalah utama yang saya nampak. Sebab, sebelum kahwin kakak ipar saya cakap nak ajak makan di rumah pun susah. Nak minum air manis memang jarang sekali. 

Bermula sebulan sebelum puasa, saya dan suami kurangkan minum air manis. Kalau tak, memang muka kami la hari-hari di Oldtown Bentong tu tau. Bukan setakat Oldtown tapi siap pakej Tealive juga. Haha..

Kali ni saya nak share dulu journey saya turunkan berat badan sambil menjadi peneman dan suppoter suami. Sebagai isteri mithali, kena la berikan sokongan penuh, kan? Lagipun senang. Masak dan makan menu yang sama. Nanti penat masak banyak kali, saya juga yang meroyan hmmm..

Sebelum kahwin, berat saya tak pernah pun mencecah 50kg. Dah kahwin ni, berat saya paling tinggi 58kg. Masa tu rasa Ya Allah...aku kah ini? Baju saiz S dah tak muat. Tak boleh jadi ni. Kena kurus cepat supaya semua baju sutera saya yangbaru sekali dua dipakai tu boleh disarungkan kembali. Sayang wooo...beli kain sahaja dah RM280.Belum lagi campur upah jahit.

So, apa yang saya buat ialah cek dulu BMI. Saya cek guna kalkulator online je. Macam ni hah.
BMI saya tahap normal tapi banyak benjolan yang tak cantik sana sini.

Bila dah dapat BMI, baru la mudah nak letak target. Boleh gunakan carta ni untuk bantu korang catat dan tampal kat dinding ya. Tampal tepi cermin pun bagus juga. Pastikan ada penimbang sekali di situ. Hehehe...just kidding. Buat je mana yang menjadi pembakar semangat korang.

Carta untuk letakkan ukuran terkini dan bioleh juga letakkan target nak capai.


Bila dah ada target, jangan habis sampai tu je tau. Kena ada next step pula. Jaga pemakanan. Semua penyakit berpunca dari perut, termasuk la penyakit berat badan ni hihi..

Rutin yang sihat akan menghasilkan badan yang sihat juga

Bila nak kurus, kita akan kurangkan kuantiti makanan. Betul kan? Sebab apa? Sebab kurus dengan cepat la. Tapi awas ya. Jangan sampai badan tak cukup nutrisi yang diperlukan.

Keperluan nutrisi setiap orang tak sama. Kenapa saya kata tak sama? Sebab aktiviti seharian kita berbeza
  • Ada yang bekerja di dalam office dan banyak duduk.
  • Ada yang bekerja turun naik tangga, siap pakej berkejaran lagi (macam cikgu hehe..)
  • Ada yang kerja di bawah sinaran matahari yang terik.
  • Ada yang kerja kerja kerja sampai tak sempat nak makan pun.
Apapun pekerjaan anda, pastikan nutrisi badan cukup supaya badan sihat dan ada tenaga untuk bekerja lagi esok hari ya. Jangan stress. Stress pun tak bagus untuk kesihatan. Tambah pula cepat nampak berusia dari umur sebenar.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Pastikan anda ambil supplement yang tepat. Kena tahu suppplement yang sesuai danmembantu anda kurus dengan cepat juga satu bonus.

Tengok la hasil yang saya dapat hanya dalam tempoh 3 hari. 

Hari 1

Hari 3

Alhamdulillah syukur sangat. Ambil peluang bulan puasa untuk kurus dengan cepat adalah satu keputusan yang sangat bagus untuk saya. Nak sihat, nak cantik, nak kurus. Nak semuaaa...hihi

Bila badan ringan, saya rasa mudah nak beribadah. Tak malas nak bergerak ke sana sini. Kalau tak, saya memang suka sangat duduk depan tv sambil kunyah jajan. Oh no.. sangat la tak bagus. 

Jadi, korang yang nak KURUS sebelum Raya ni masih sempat lagi tau. Saya dah bagitau ni, jangan nanti nangis tepi bucu katil pula di Hari Raya sebab baju raya tak muat 😜 

Semoga perkongsian ni dapat membantu korang ya. Next entry saya kan share journey kurus suami saya pula. InshaAllah.


#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

No comments:

Post a Comment