MENGAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT

Salam semua.. apa khabar hari ni? Semoga kita semua KAYA dan BERJAYA! Sifat orang kaya dan berjaya adalah suka menulis. So, hari ni saya menulis lagi. Cerita tentang pengalaman sendiri agar tak lupa kelak. Cerita tentang Vitamin Sihat.


Saya antara individu yang menolak supplement suatu ketika dulu. Saya rasa badan saya sihat, masih muda dan tak perlukan semua makanan tambahan yang pada saya merosakkan diri. Sampailah abah saya kena serangan jantung dan mula ambil supplement untuk bantu badan sihat dan bertenaga semula. 

Masa tu minda saya terbuka sikit tentang kepentingan supplement. Tambahan pula masa tu saya hanya "makan apa yang ada" sahaja. Vitamin sihat? Tak ada guys. Berat saya tak pernah cecah 50kg sehingga umur saya 32 tahun. Apa yang saya makan? 

  • Sarapan hanya sekadar air kopi secawan, kuih 3 ketul atau nasi lemak bungkus yang kecil. Saiz murid sekolah rendah tu la sebab beli di kantin sekolah haha.. (dulu saya kerani sekolah).
  • Makan tengah hari? Jika ada je. Kebanyakannya memang tak makan sebab nak jimat duit. Gaji ciput.
  • Makan malam? Biskut kering 5 keping dicicah dengan air milo atau air kopi.
Hmm..mana datang zat nya kan? Saya hanya akan makan nasi apabila ada kawan sepejabat belanja dan jika saya berada di Kem PLKN sahaja. Masa tu saya jurulatih PLKN. Di kem, makan ditanggung. Dapat la saya makan makanan berkhasiat sikit. Tapi sebab dah biasa makan sikit, saya tetap hanya makan ala kadar sahaja.

VITAMIN SIHAT

Korang mungkin akan kata, "itu awak. awak yang tak makan. Saya amalkan diet seimbang setiap hari"

Alhamdulillah, rezeki masing-masing kan dapat makan makanan sihat, bersih setiap hari. Namun, kena check juga ya sumber makanan yang kita makan. Jika kita makan sayuran, buah-buahan yang ditanam sendiri menggunakan baja organik yang dibuat sendiri ok la kan. 

Tapi, cukup ke jumlahnya untuk diet seharian? Kita tengok ni ya

1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan 7.5 biji oren


Makan 7.5 biji buah oren sehari. Wow.. mau ke tandas tak berhenti haha.. Jenis saya pula tak suka buah yang masam. Lagi la saya tak akan makan buah oren ni banyak-banyak. Kajian juga menunjukkan 94% rakyat Malaysia tak makan secukupnya buah dan sayuran setiap hari. Hmm..


Tumbuhan (sayuran dan buah-buahan) yang kita makan ni dari mana datang khasiatnya? Mesti la dari mineral yang diserap dari dalam tanah kan. Dengan keadaan tanah kita yang kurang subur berbanding dengan 20-30 tahun dulu adakah korang pasti kita masih boleh dapat khasiat yang sama? 

Tambah pula sayuran dan buah-buahan yang ditanam sekarang menggunakan banyak racun serangga dan baja kimia. Petani moden dan teknologi moden. Kita yang tak menanam ni, terpaksa juga la makan sayuran yang dijual oleh mereka.


Bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi, teknologi sekarang banyak digunakan untuk menghasilkan GMO Food, iaitu makanan yang diubahsuai dari segi genetik bagi memastikan makanan terseu tidak mudah rosak. Contoh? Anggur tiada biji, tembikai tiada biji, bahkan raja buah juga ada pelbagai nama dah sekarang kan?

Bila demam? Korang makan ubat tak? Of course la makan kan. Ya, ada orang dia bukan demam setiap hari. Tapi ada orang yang bergantung dengan ubat setiap hari. Baru-baru ni saya bawa abah dan mak ziarah bapa saudara yang kurang sihat. Anaknya cakap, abah makan 4 biji panadol setiap hari. Itu baru panadol, bila rasa adan tak selesa terus makan panadol. Belum lagi ubat-ubatan lain untuk darah tinggi dan sebagainya. Makan nasi? Sangat kurang kerana dia tak ada selera nak makan. Seram pula saya dengar. Makan ubat macam makan nasi!


Badan kita juga tak dapat nak menyerap nutrisi daripada makanan dengan baik apabila kita mengambil ubat-ubatan yang berlebihan. Amalan diet yang mengandungi kafien, lemak, garam dan gula yang tinggi juga boleh mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

Sebenarnya bukan makanan je sebab utama kita perlu ambil supplement tau. Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Bila rutin harian kita super duper busy, secara automatik kita kan mengambil langkah mudah iaitu order sahaja makanan di luar. Tak perlu masak, boleh jimat masa. Tak gitu?

Saya tak salahkan peniaga di luar sana. Kehendak pelanggan yang nakkan makanan yang sedap sehingga menjilat jari, maka mereka menggunakan segala bahan perasa (MSG) yang boleh menaikkan aroma dan rasa makanan. Kita sendiri boleh memilih untuk masak di rumah. Sekarang ni dah bermacam-macam gajet dapur ada untuk memudahkan kita kan...hehe..

Siapa di sini suka tidur lewat? Rutin tidur lewat pun tak bagus untuk kesihatan tau. Stress, terlalu lama tengok gadget (telefon, komputer), pencemaran udara dan minum air yang tidak bersih pun boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita. 

Jangan lupa, keperluan vitamin sihat kepada individu juga tidak sama. Bergantung juga kepada aktiviti harian korang. Ibu hamil, pekerjaan yang banyak menggunakan tenaga, umur dan tahap kesihatan semua mempengaruhi keperluan nutrisi. So, nutrisi yang kita di ambil hanya daripada pemakanan sahaja tidak mencukupi. Sebab tu la kita perlukan supplement ni. 

Sebagai contoh, ibu hamil memerlukan vitamin C lebih daripada wanita dewasa lain yang tidak hamil. Kenapa? Kerana ibu perlukan vitamin C yang lebih untuk melindungi sang ibu dan anak yang dikandung. 

Tambahan pula, zat makanan ni mudah hilang atau rosak dalam proses pengangkutan, penyediaan dan penyimpanan makanan itu tadi. 

Ok, satu lagi korang perasan kan sekarang macam-macam penyakit yang timbul. Penyakit sedia ada dan penyakit / virus baharu seakan-akan berlumba-lumba menyerang. So, kita perlukan vitamin yang mencukupi untuk boost immune system kita. 

So, setelah baca sebab-sebab mengapa kita perlu ambil supplement ni, apa pula pandangan korang? Boleh la komen kat sini untuk kita bertukar-tukar pandangan.

Jika korang nak dapatkan Vitamin Sihat Shaklee boleh contact saya ya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnesdarirumah
#bisnesmoalrendah
#bisnesshaklee







No comments:

Post a Comment