10 PENYAKIT POPULAR DI MALAYSIA; NO.9 TU PALING RAMAI

Salam semua... entry kalini saya nak ajak korang sembang tentang PENYAKIT KRONIK. Bila sebut tentang penyakit kronik ni, terus auto seram. Kenapa? Sebab ahli keluarga terdekat saya ada yang pernah menghidap penyakit kronik ni. 



Saya dan suami sentiasa saling mengingatkan agar menjaga kesihatan. Dah la kami ni berdua je. Tak ada siapa nak jaga kami bila sakit nanti. Tergolek-golek la berdua jaga sesama sendiri..haha..

Ok, tanpa membuang masa, mari kita baca checklist ni satu-satu. Bukan apa, nak tengok ada tak antara penyakit yang tersenarai ni menjengah keluarga kita kan. Tambah pula penyakit yang boleh diwarisi. Minta dijauhkan.

1. Kencing Manis



Ini kalau saya tak cerita kat sini pun mesti korang memanng dah dapat agak akan masuk list, kan? Penyakit kencing manis ni dikira kategori penyakit kronik sebab antara terpopular di Malaysia ni. Penyakit 3 serangkai kata orang. Rangkai yang pertama ini lah dia.

Jika ada penyakit kencing manis ni, tak kira la jenis apa itu bermakna terlalu banyak glokusa yang terapung dalam darah. Dulu saya ingatkan bila kencing manis je mesti kena potong. Rupanya ia sejenis penyakit yang merosakkan salulr darah dan seterusnya boleh juga jadikan penghidapnya buta, terlalu kurus, terlalu gemuk dan paling teruk luka lambat sembuh sehingga terpaksa dibuang bahagian anggota badan yang rosak teruk. 

2. Sakit Jantung

Ini juga popular. Lebih sedih bila kita tak sedar pun kita ada penyakit ni. Macam abah saya, doktor sahkan hampir separuh jantung abah 'mati'. Maka abah dimasukkan alat Defibrilator Kardioverter Boleh Implan (ICD). Alat ni akan bantu memantau irama jantung. Jika ada yang tak kena, ia akan berikan 'kejutan elektrik'. Jika tiada apa, ia tak akan aktif la. 

Alat ni dipasang dalam dada, dekat dengan jantung. Boleh nampak alat tu dengan mata kasar. Jika diukur denngan tangan, ada la sebesar penumbuk tapi saiz sebenar kat dalam tu saya pun tak pasti. Seram aihhh.. sebabalat tu ada bateri. Jika ia aktif, baterinya kan berkurangan. Caj? Tak boleh la. Kena beli baru. Harganya??? Buat kami terkesima juga la sebab kena bayar sendiri.

Sakit jantung ni termasuk dalam kategori keturunan. Maka hati-hati la ya siapa yang ada sejarah family ada sakit jantung. Saya la tu. Kena jaga makan, bersenam, amalkan lifestyle sihat.

3. Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Penyakit ni berkaitan paru-paru. Saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut. Simptom? Batuk yang lama (lebih sebulan), berkahak yang banyak dan tercungap-cungap.

Puncanya ialah tindak balas keradangan tisu paru-paru akibat terdedah dengan pencemaran udara, asap rokok dan pemanas kayu atau arang batu di rumah. 

4. Kanser Pankreas

Pankreas ni adalah organ badan yang penting juga tau. Bukan kata jantung, buah pinggang je penting. Kenapa? Sebab pankreas ni la yang menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang tingkat gula dalam darah. Amacam? Penting kan? 

Awas ya korang yang merokok. Kerana merokok adalah satu faktor juga selain daripada genetik dan obesiti.

5.  Strok

Strok ni berlaku apabila saluran darah utama dalam otak tersumbat. Bila saluran darah ni tersumbat dengan darah beku atau pecah, maka bekalan darah ke sel-sel otak akan terhenti dan akhirnya akan menyebabkan tisu otak yang mengawal fungsi badan tertentu akan mati. 

Puncanya? Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolestrol dan obesiti.

6. Tekanan darah tinggi

Usia, genetik, lifestyle, pemakanan, stress danminum alkohol adalah antar penyebab utama yang menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi ni. Cairan dalam tubuh yang menekan dinding arteri dengan kuat sehingga menyebabkan masalah kesihatanlain seperti sakit jantung.

7. Kanser Prostat

Penyakit ini selalunya menyerang lelaki yang berumur 70 tahun ke atas. Bapa mertua saya pernah menghidap penyakit ni. Tak boleh nak buang air kecil sampai rasa sakit sangat. Lama juga abah terpaksa gunakan tiub dan berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan. 

Tak pasti penyebab utamanya namun ia berkait rapat dengan diet lemak yang tinggi dan peningkatan hormon testosteron.

8. Batu Karang

Jangan ingat kaum wanita tak ada yang menghidapi penyakit ni tau. Kata orang tua-tua, jangan ditahan kencing nanti akan dapat penyakit batu karang. Batu karang ni terjadi apabila ada mendakan mineral dalam air kencing. 

Cara nak elak? Banyakkan minum air kosong, jaga pemakanan dan bersenam. Kencing manis, darah tinggi juga antara penyebab juga ya.

9.  Gout

Gout; elakkan makanan yang tinggi purin dalam diet seharian


Gout pun salah satu penyakit kronik yang paling ramai hidapi. Kita tak sangka kan? Abah saya dulu pun kena sakit gout. Punya seksa nak bergerak, sampai mengesot guna kusyen. Kaki tak boleh nak sentuh langsung. Kena angin pun sakit tau. Kesian abah. Alhamdulillah sekarang abah dah tak kena gout. Sejak amalkan resV dan vitamin lain. Asalnya untuk kesihatan jantung tapi gout pun hilang sekali.

Gout ni terjadi apabila asid urik berlebihan dalam badan. Asid urik tu apa? Asid urik ni bahan kumuhan yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita kan buang kumuhan ni melalui air kencing. Tapi apabila asid urik yang berlebihan ni tak dibuang dan terkumpul di sendi, itu yang menyebabkan gout. 

Apa yang boleh kita lakukan? Amalkan diet yang sihat dan kurangkan makan yang tinggi purin seperti daging, minuman termasuk jus buah yang tinggi gula. 

10. Obesiti

Berat badan berlebihan lebih dikaitkan dengan obesiti. Jika dikira dalam BMI, obesiti ada beberapa tahap. Jadi korang kena waspada la bila BMI menunjukkan berat badan berlebihan agar tak termasuk dalam obesiti tahap 1 atau tahap 2.

Rakyat Malaysia ni suka makan. Makanan di Malaysia ni macam-macam, syurga makanan haha.. namun jagalah kesihatan. Obesiti boleh mengundang pelbagai penyakit kronik yang menakutkan. Marilah kita bersenam atau bersukan paling kurang 2 kali seminggu. Hanya peruntukkan masa 20 minit pun sudah memadai. Bukan nak jadi jaguh sukan, tapi nak bantu badan kita sihat dan cergas.

So, ayuh semua, kita jalani hidup yang sihat. Jika korang rasa apa yang korang makan tu tak memadai untuk bantu diri sendiri dapat nutrisi yang mencukupi, carilah vitamin sihat. Tak salah melabur sedikit untuk sihat. Dah sakit sampai kena ulang alik ke hospital nanti siapa yang susah? Sendiri juga yang susah.

Nak cari vitamin boleh contact saya ok. Kita amalkan vitamin organik sama-sama.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-6465550

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnesdarirumah
#bisnesmoalrendah
#bisnesshaklee

No comments:

Post a Comment