5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Salam Ramadan Mubarak. Selamat berpuasa kepada seemua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan Ramadan mulia yang penuh barokah ini.

Bila cerita tentang puasa, Selain menunaikan ibadat rukun Islam yang ketiga ini, apakah mnafaat yang kita dapat dari segi kesihatan? Ok mari kita lihat satu-satu.

1. KESIHATAN OTAK.
Fokus dan konsentrasi meningkat.
Puasa eliminasi sel yang rusak dan tingkatkan produksi stem cell baru.
2. KESIHATAN JANTUNG.
Puasa normalkan tensi darah, perbaiki level kolesterol dan mengurangi Trigliserida.
3. KESIHATAN HATI.
Puasa eliminasi sisa toksin, zat aditif yang tersimpan dalam lemak, dan mengurangi lemak hati.
4. KESIHATAN PANKREAS.
Puasa menurunkan gula darah puasa 3-6% dan meningkatkan sensitifitas insulin.
5. PANJANG UMUR.
Puasa memaksa tubuh eliminasi sel yang rusak, dan produksi sel baru.
6. IMUNITAS MENINGKAT.
Sel antibodi yang rusak didaur ulang, dan mulai produksi sel antibodi baru.
7. ANTI INFLAMASI.
Puasa bantu turunkan peradangan dalam tubuh, termasuk cedera lama, radang sendi, dan sakit punggung.

Wow! Banyaknya manfaat puasa untuk kesihatan tubuh badan, kan? Tapi kita tidakberpuasa sepanjang tahun. So, lepas bulan Ramadan nanti apa yang boleh kita lakukan?

Cukup dengan amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu.
Ataupun boleh buat Intermittent Fasting (IF). Tapi IF ni puasa basah orang panggil. Maksudnya kita tak berpuasa seperti di bulan Ramadan. Semasa IF kita boleh minum air. Bagi yang bukan beragama Islam, anda boleh buat IF.

Namun begitu, IF ini juga ada keburukannya jika anda tidak berjaga-jaga tau. Nak tahu apa keburukannya?

Sebelum tu, kita kenal dulu dengan Autophagy.

APA ITU AUTOPHAGY?

Autophagy adalah
cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

“Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.”

Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan.


Jadi, ia adalah proses alami tubuh untuk membuang sel-sel yang rusak dan tidak berfungsi, sekaligus menggantinya dengan sel-sel baru yang sihat. Mekanisme ini meningkatkan kemampuan sel tubuh untuk melawan racun penyebab penyakit dan menjaga organ tubuh tetap berfungsi dengan baik.

Manfaat Autophagy

1. Mengurangkan risiko kanser dan diabetes type 2

2. Membantu meningkatkan fungsi otak dalam mengingat, memproses informasi dan membuat keputusan.

3. Mencegah penyakit neurodegenerative menjadi lebih buruk seperti penyakit Alzheimer.

4. Membantu menurunkan berat badan

5. Membantu meningkatkan kesihatan jantung

6. Meningkatkan proses penghasilan tenaga


Macam mana nak dapatkan Autopgy ni?

Jika anda buat IF, autophagy hanya akan mula berlaku selepas 72 jam (IF selama 3 hari tanpa makan. Hanya minum). Bayangkan buat IF selama 3 hari. Tak mudah kan?

Intermittent fasting time line

Berbeza jika berpuasa kering sepertipuasa di bulan Ramadan.

Dengan berpuasa anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting kerana intermittent fasting (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.
Dr Jokers
Dah tu?Macam mana ni? Nak  puasa atau nak buat IF? haha...
Ok, sebelum tu baca sampai habis dulu ya. 

Tajuk entry ni pun dah terang ditulis keburukan IF namun mengapa masih ramai yang mengamalkan IF dan berkesan dapatkan berat badan ideal dan manfaat dari segi kesihatan juga?

Untuk mendapatkan autophagy ini ada kaedahnya.

  • puasa atau intermittent fasting
  • memakan lemak sihat umpamanya asid lemak omega 3 dan minyak zaitun
  • tidur yang berkualiti
  • bersenam

Keburukan IF yang ramai tak tahu

1. Tiada panduan khusus untuk kaedah pemakanan

Intermittent Fasting adalah satu program yang sangat bagus untuk kesihatan kita.
IF ada banyak cara. 

Antaranya 16 jam berpuasa, 8 jam makan. 

Ada jugak 18 jam puasa, 6 jam makan. 

Ada jugak 20 jam puasa, 4 jam makan. 

Puasa kita panggil fasting window. Contoh kalau 16 jam puasa, maksudnya 16 jam tak makan apa apa, hanya boleh minum air kosong, kopi kosong tanpa gula, teh kosong tanpa gula, dan vitamin yang kalori rendah. 

Makanan pun fleksible time eating window, tiada panduan makanan khusus. Makan apa sahaja haha namun kena sendiri beringat la ya.

Waktu eating window, kadang kita makan dengan jumlah yang sedikit. Pun begitu kita perlukan tenaga dan nutrisi lain untuk badan yang sihat. Berat sahaja berkurangan tapi badan tak cukup nutrisi pun tak bagus juga kan.

PAstikan seimbang ya. Sebab tu jika buat IF saya suka amalkan dengan berpandu.Pada saya buat diet apa pun kita perlukan 
- Kumpulan sokongan
- Pengambilan vitamin yang menyokong nurisi tubuh badan

2. Tahap kolagen berkurangan 90%

Apa kesannya apabila tahap koagen ini berkurangan? 
Macam mana boleh jadi macam tu?

Perasan tak ada orang yang buat IF dapat turunkan berat badan dengan jayanya tapi dalam masa yang sama kulit mereka juga nampak kendur? Kurus cantik dah, tapi ada sesuatu yang kurang. Kenapa nampak lebih tua?

Kolagen ni penting untuk memastikan kulit kita elastik. Jumlah kolagen dalam tubuh yang mencukupi dapat memastikan kulit daam keadaan baik (tidak kendur dan banyak kedutan).

Jika berlaku kekurangan kolagen akan menyebabkan rambut gugur, kulit kering dan kuku rapuh.



Sebab itulah saya selain mengamalkan set berpuasa dan set kurus Shaklee, saya juga mengamalkan Kolagen Shaklee.


Pn. Ainul Shahrazad yang mengamalkan Koalgen Shaklee secara konsisten

Ok, ini sedikit tips untuk anda sebelum membeli kolagen

  • Kolagen mesti datang dengan Vitamin C. Jika tidak, kolagen akan sukar diserap oleh badan.
  • Kolagen dengan tambahan khasiat Vitamin B membantu memberikan tenaga kepada kulit.
  • Pilihlah kolagen dari jenis peptide atau hydrolized atau hydrolsate kerana jenis ini lebih baik dari segi penyerapan.



3. Sakit badan dan sengal otot

Kesan sampingan berpuasa termasuk intermittent fasting yang paling biasa adalah akibat daripada kekurangan elektrolit dan boleh diperbaiki dan dicegah dengan mudah dengan kekal terhidrat dan menambah sedikit suplemen elektrolit.

Contoh gejala termasuk sakit kepala, kekejangan otot, dan keletihan. Kebiasaannya boleh diperbaiki dengan suplemen elektrolit.

minuman elektrolit yang dikeluarkan oleh Shaklee

4. Kulit gatal

Bila bulan puasa, rasa badan kering semacam je. Kadang sampai gatal dan bila digaru nampak macam putih-putih kan. Ini adalah salah satu simptom biasa disebabkan dehidrasi yang dialami ketika berpuasa samada puasa Ramadan atau puasa IF.

Namun, jangan risau. Banyak je cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Antaranya ialah
  • Minum air secukupnya ketika tempoh berbuka atau tempoh makan.


  • Amalkan minum air mengandungi elektrolit seperti Perormance Drink kerana dengan khasiat elektrolit dapat membantu keseimbangan tubuh di samping mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi.
  • Lindungi kulit daripada sinaran UVA, UVB dan blue light dengan pemakaian sunscreen yang selamat.

5. Gangguan tidur (Imsomnia)

Bila rasa lapar terlalu kuat, akan meningkatkan tahap kortisol kita dan meletakkan brek pada pengeluaran melatonin yang kita perlukan untuk berasa mengantuk dan terus tidur.

Inilah sebabnya mengapa ada juga orang melaporkan mengalami insomnia semasa berpuasa atau buat intermittent fasting. Rasa lapar terlalu kuat, badan berasa tertekan dan tidur tidak boleh berlaku. Bila ianya berlaku selama beberapa hari/malam seperti ini dan kita mengalami kesan kurang tidur, berhenti kehilangan lemak, tahap tenaga berkurangan, dan mood semakin teruk.

Namun, jangan risau. Saya kongsikan sedikit tips untuk mendapatkan tidur berkualiti.

MINUM ESP Soy Protein
Kenapa? ESP mempunyai Glesimek Indeks (GI) rendah, oleh itu ia membantu kita kenyang lebih lama kerana kita mencerna dan membakarnya secepat karbohidrat.

ESP juga ada complete 9 essential asid amino – dan salah satu asid amino tu namanya “tryptophan”. Tryptophan diperlukan untuk maintain neurotransmitter seperti serotonin, supaya otak kekal sihat.

Jadi dengan memilih makanan yang kaya dengan tryptophan, kita bantu otak boost serotonin secara semulajadi. Dan tryptophan juga boleh membantu tidur yang lena, sebab tu minum ESP sebelum tidur amat membantu. Insha Allah boleh tidur lena, otak tenang dan hormon gembira dirembeskan.


POLIFENOL

Ambil Polifenol. Saya sarankan ambil Vivix atau resV.  Kajian menunjukkan polifenol dapat memberi manfaat kepada mood, meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan prestasi kognitif.







Kesimpulannya, anda kena faham kenapa nak buat Intermittent Fasting. 
Nak kurus?
Nak sihat?
Nak reverse penyakit?

Pastikan juga anda tidak tinggalkan vitamin untuk membantu tubuh sihat bertenaga. Keperluan badan setiap manusia tidak sama namun apa yang pasti ialah fahami keperluan tubuh. 

Kadang kala kita rasa badan kita sihat dan tak perlukan vitamin, namun badan kita bertindak balas sebaliknya. Shaklee adalah supplements terbaik yang saya cadangkan untuk anda. Boleh baca di link untuk mendapatkan maklumat lanjut mengapa saya berkata demikian.

Jika perlukan vitamin boleh boleh contact saya ya.

Ana Awang
019-6465550

#projekblogmega
#shakleethriumph2023
#shakleethrive2023





No comments:

Post a Comment