“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang.
Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?
Tak kiralah menu apa sahur korang, ambillah keberkatan sahur itu. Ambil peluang bangun awal dan solat tahajjud. Moga ibadah kita diterima Allah.
Saya jenis yang tak boleh makan berat sangat waktu sahur. Bukan takut mengantuk tapi tak sampai petang dah rasa lapar macam apa haha.. jadi, saya cuma ambil makanan ringkas je waktu sahur dan makan kurma.
Menu sahur yang ringkas tapi berkhasiat penting juga kan. Ramadan kali ini abah dan mak saya tak lalu nak makan sangat. Mungkin faktor cuaca juga memainkan peranan. Nak sediakan sahur untuk mereka, saya tak mampu kerana duduk jauh. Jadi apa yang kami adik beradik boleh bekalkan ialah Set Puasa Shaklee je. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca entry saya sebelum ni.
Selalunya sebelum masuk Ramadan lagi kebanyakan ibu-ibu dah kumpul menu-menu yang sedap dan senang disediakan. Betul tak? Tambah pula bila ada anak kecil yang baru belajar berpuasa. Biarpun hanya puasa sep[aruh hari, tapi galakan dari ibu ayah tu penting.
Dulu masa kecil, mak saya akan kepalkan nasi. Semangat bangnun sahur sebab nak makan nasi kepal. Padahal sama je, nasi itulah juga haha.
Jom saya kongsikan menu sahur yang menarik perhatian saya. Jika selera kita sama, boleh la jadikan ide untuk sahur esok kan.
MENU 1 : OVERNIGHT OAT
Gambar dari google. Saya lupa ambil gambar |
No comments:
Post a Comment