Hai- hai semua. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa di Bulan Syaaban. Alhamdulillah, dah dekat sangat dah bulan Ramadan. Tinggal 15 hari je lagi kan (masa saya menulis ni).
Teringat masa belajar berpuasa dulu. Tak silap saya masa tu di Tahun 4. Anak sekarang, Tahun 4 dah matang kan. Masa tu nak makan banyak masa bersahur saya tak mampu. Sejenis yang memang susah nak makan banyak. Akhirnya, jam 2.00 petang saya dah terlepek. Tak bermaya langsung. Nak solat Asar pun merangkak macam nak mati dah rasa 😅
Pernah sekali di sekolah, nak solat Zohor berjemaah. Sambil ambil wudhu saya minum air paip kerana dahaga sangat. Cuaca pula panas. Tak tertahan rasa.
Tiba-tiba rakan di sebelah menegur.
Dia : Kau minum air paip ke?
Saya : (Terperanjat. Risau kantoi) Eh, tak lah.
Dia : Bagus la. Jangan minum. Aku nampak ada telur katak dalam kolah.
Saya : ðŸ˜
Terus jenguk dalam kolah yang tinggi tu. Sungguh! Ada telur katak. Masa tu terus taubat tak nak dah curi-curi minum air. Kelakar pula bila diingat.
Namun, ada satu sindrom yang saya terbawa hingga ke dewasa ni. Sindrom hari pertama puasa. Saya tetap akan terlepek di hari pertama puasa. Pelik betul. Dah tua pun, oppss! dah berusia pun masih lagi ada sindrom tu.
Sehinggalah tahun lepas, bila saya betul-betul mengamalkan produk Shaklee sepenuhnya. Saya dan suami cuba bersahur dengan Set Berpuasa Shaklee. Asalnya kerana kami mengikuti program Intermittent Fasting (IF) di bulan Ramadan. (Nak tahu lebih lanjut mengenai IF boleh klik link ya).
Subhanallah. Tak letih langsung sepanjang bulan puasa. Sedangkan kami juga tak makan banyak, sekadar sepinggan nasi je masa berbuka. Dari hari pertama sehinggalah cukup sebulan berpuasa. Seronok sangat masa tu.
Dah la tak letih, dapat bonus pula turun berat badan. Ya Allah, sesungguhnya puasa kami terasa bermakna.
Kami dapat bangun awal, solat tahajud tanpa risau nak sediakan makanan untuk sahur. Lagi 10 minit nak imsak pun masih sempat bersahur. Shake je ESP dan Cinch Shake. Cukup. Kenyang dan bertenaga sehingga waktu berbuka.
ESP dan Cinch Shake ni kandungan Glisemik Indeksnya (GI) rendah. Lebih rendah daripada nasi. Sebab tu la kita akan rasa kenyang lebih lama. Makanan rendah GI seperti ESP Shaklee ( GI 39 ), bila kita ambil akan rasa kenyang tu lebih lama sebab tenaga dibebaskan secara perlahan-lahan. Bagus juga untuk sesiapa yang ada gastrik.
Nasi ni kita makan banyak cepat kenyang & cepat lapar semula then mula kita mencari makanan lagi sebab lapar sebab Glisemik nya 91.
Oh ya. Saya minum juga Cinch Tea kerana kami dalam tempoh buat IF masa tu. Tapi serius, Cinch Tea bantu saya dan suami tak lesu dan turun berat badan dengan cepat kerana Cinch Tea bantu tingkatkan kadar metabolisme badan.
waktu berbuka, untuk bantu bekalkan tenaga segera kami minum Performance Drink. Segar. Terus rasa badan recharge. Tak perlu nak bancuh air lain lagi dah. Cukup sekadar Performance Drink. Air ni angkasawak pun minum tau. Terbaiklah. Minum air angkasa. Bukan standard antarabangsa je tau 😆
Nak minum waktu bersahur pun bagus juga. Bantu badan tidak kehilangan air dengan cepat. Bukan sekadar yang kerja berpanas di luar sana juga tapi untuk semua. Kerja dalam aircond pun perlukan kandungan air dalam badan yang cukup kan. Aircond ni buat kulit kita cepat kering. Lagi tak best bila kulit keringakan cepat berkedut. Oh no! hahaha..
Lepas solat terawih, jika rasa lapar boleh minum lagi ESP dan Cinch Shake. Jadi, tak perlu nak tidur dengan keadaan perut terlalu penuh. Tak bagus juga untuk kesihatan kan.
Sebenarnya bukan saya je tau yang rasa Set Puasa Shaklee awesome! Cuba baca pengalaman Zahratul pula jika tak percaya.
So, korang yang nak dapatkan Set Berpuasa ni boleh klik link ni ya. Set Berpuasa ada promo. Rugi tak grab tau.
No comments:
Post a Comment