BISNES PALING MUDAH KETIKA MUSIM COVID-19
Assalamualaikum... Alhamdulillah saya masih lagi diberi kekuatan untuk menulis hari ini.
Haha...sebenarnya dari semalam saya memikirkan apakah 'karangan' paling sesuai saya tulis untuk 'hari esok'.. hari ni la tu...hahaha...
Saya nak share sikit tentang satu kisah Bos Susu.
Haa...pernah dengar? Bos Susu ni kalau tengok Gegar Vaganza kenal la...hihi.. saya tak tengok sangat pun tapi saya cari apakah kisah menarik tentang perniagaan yang boleh menjadi inspirasi kepada diri sendiri.
Sebelum 'membela susu', dia bersama rakannya telah 'membela' buah naga namun malangnya buah-buah tersebut mati akibat diserang kulat.
Mereka kemudian berniaga ikan pula tapi perniagaan ini pun kecundang kerana kolam pecah akibat banjir. Akhir sekali, Bos Susu dan rakannya ini terjun dalam bisnes menjual susu kambing dan melalui pelbagai kesukaran seperti terpaksa menjualnya menggunakan bas ekspress.
Bos susu ni bagi tips, buat peniaga yang ingin berjaya kita tak boleh ada mindset NAK CEPAT KAYA dan kita juga perlu BERKONGSI REZEKI.
Hahaha...macam mana tu?
Ni bukan skim cepat kaya tau!!! 😂
Saya suka bab berkongsi rezeki tu. Sebab apa? Saya yakin dengan rezeki Allah... bak kata salah seorang mentor saya. Allah parking sekejap rezeki ni dengan kita. Dalam rezeki kita ni ada juga rezeki orang lain.
Jadi, apa yang saya boleh kongsikan dengan korang kat sini kan adalah PELUANG.
Bumi Allah ni luas. Rezeki melimpah ruah tau...
Jangan anggap PELUANG tu cuma peluang dan bukannya REZEKI!
Ba kata Pak Anas, macam mana kita nak dapat rezeki yang banyak jika tidak dibuka bungkusannya. PELUANG yang Allah berikan itu bungkusannya, jika tidak diambil, dibuka mana nak dapat rezekinya...betul tak?
Nak tahu tak apa peluang tu?
Musim Covid ni...peluang apa je yang ada?
Haaa....baca dulu, lihat dulu apa yang saya nak sampaikan.
Kita bukan nak ambil kesempatan tapi nak kongsi rezeki, nak kongsi kebaikan supaya semua orang dapat manfaat kan.
Macam saya cakap di entry SIDE INCOME sebelum ni. SIHAT dapat CANTIK dapat DUIT pun dapat!
Masa ni la kita semua perlu jaga kesihatan sebaiknya. Jaga diri supaya sistem imun tubuh kita berada di tahap paling tinggi.
Kenapa?
Supaya dapat melawan penyakit yang datang menyerang.
Jadi, bisnes yang paling mudah ketika sekarang ini ialah bisnes berkaitan kesihatan.
Semua orang nak sihat. Semua orang nak jaga diri dan keluarga agar kekal sihat.
Memang, hidup dan mati di tangan Allah. Namun, kita juga kena berusaha. Allah bagi tubuh badan yang sihat kepada kita, kenapa kita tak nak jaga?
Betul tak?
Projek FTL yang akan saya kupaskan nanti ni sebenarnya berkaitan dengan kesihatan kita.
Saya dan team semuanya dah amalkan produk-produk dari projek FTL ni. Kami dah rasa kebaikan, manfaat darinya. Jadi....sebab tu kami nak kongsikan dengan lebih ramai orang tentang produk yang sangat memberikan manfaat ini.
Disamping kita jaga kesihatan diri sendiri, kita bantu juga semua team dan bakal team kita untuk jana pendapatan dan hidup dengan lebih selesa.
Tunggu apa lagi?
Saya dapat rasakan keterujaan korang tu untuk join team saya dan kita sama-sama jana pendapatan untuk keluarga.
Jom contact saya ya. Kita jumpa dipuncak kejayaan!!!
Giteeewwww...
No comments:
Post a Comment