Bila era IT ni makin berkembang, semua benda nak kena buat online. - Isi form online
- Mohon kerja online
- Kerja pun secara online
Malah bisnes pun rata-rata buat online. Bisnes online ni lebih mudah katanya. Ya. Saya setuju. Memang mudah. Perbankan atas talian dah ada, kita cuma manfaatkannya sahaja.
Bisnes online adalah satu urusan pemasaran, pembelian dan penjualan yang dijalankan secara atas talian melalui internet dan digital. Proses ini merangkumi pelanggan membuat pesanan untuk sesuatu barang melalui digital atau platform internet lain yang digunakan oleh peniaga untuk tujuan pemasaran.
Syarikat yang Kukuh
Bisnes yang telah diperakui dan telah lama berada di pasaran memberikan kredit yang tinggi dalam konteks kepercayaan. Anda nak mulakan bisnes mestilah bersama syarikat yang kukuh kan. Jika tidak, siapa nak bayar bonus / komisyen atas usaha anda buat sale?
Produk yang Dipercayai
Jika anda bisnes produk tak kira la produk makanan, pakaian, kesihatan atau sebagai perlu diteliti dahulu dari segi kualiti, kandungandan juga harga yang ditawarkan. Harga barang murah sangat sampai tak masuk dek akal, boleh jadi produk 'tangkap muat'.
Baru-baru ni saya pernah beli baju murah di laman e-dagang. Kualiti baju tak seperti yang saya harapkan. Saya tertarik untuk membeli kerana harganya yang murah, nampak cantik biarpun review pembeli tidak membantu sangat.
Kebanyakan pembeli hanya berikan review barang sampai dengan selamat. Kau rasa? 😒 Akhirnya betul sangkaan saya. Bajunya nipis dan jarang. Perlu pakai inner untuk selamat dan menutup aurat. Tak serap peluh pula tu. Haduss..terkena sudah dek kerana salah sendiri.. haha
Modal yang rendah
Tak semua yang mulakan bisnes ni punya modal yang besar. Ada yang tidak punya modal langsung tapi tetap nak mencuba nasib. Apa yang saya boleh sarankan ialah anda mulakan dengan bisnes dropship dahulu.
Namun, ada juga syarikat yang menawarkan keahlian secara percuma. Maksudnya hampir tiada modal dikeluarkan. Kenapa saya kata hampir? Kerana tenaga dan masa juga adalah modal. Jangan lupa tu.
Memilih bisnes dropship yang menawarkan keuntungan yang bukan sahaja berupa wang, malah insentif lain juga berbaloi. Contohnya trip. Jika anda berpeluang ke luar negara tanpa mengeluarkan wang sesen pun, apa salahnya kan.
Mudah diakses
Suka tak bila dapat syarikat yang menyediakan platform yang mudah diakses oleh ejen dan pelanggan?
Mudah nak dapatkan maklumat tentang produk, bahan marketing, buat tempahan pelanggan, pengiraan bonus dan sebagainya.
Semua ni kena ambil kira juga kan. Yela, kadang kita ni berada di luar kawasan dan pelanggan pula nak buat order. Jika mereka juga boleh buat order sendiri, tak perlu tunggu kita. Mereka masih boleh akses laman web yang sama danbuat pembelian sendiri je. Memudahkan kerja semua orang. Saya suka!
Kita sebagai seller pula, perlukan support untuk memudahkan kita buat marketing. Jika bahan marketing disediakan oleh pihak syarikat ia akan memudahkan kerja juga. Tak semua orang punya masa, kemahiran dan juga idea untuk buat bahan marketing sendiri. Disini lah peranan pihak syarikat. Setuju?
Kumpulan Sokongan
Support Group memainakan peranan penting dalam bisnes onlie |
Selain daripada bahan marketing, testimoni juga membantu kita dan pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Betul, pendapat dan kesan ke atas orang lain tidak sama. Sama seperti kes baju saya tadi. Ada orang suka baju yang nipis. Rupanya tujuan dia membeli hanya untuk dipakai di rumah sahaja.
Contoh produk makanan pula, tahap kepedasan kita hanyalah level 1. Mungkin tak sama dengan testimoni lain yang sukakan tahap kepedasannya 4.
Wow pedas juga tu kan. Terbakar rasa lidah dan bibir.
Membantu meningkatkan Taraf Pendapatan
Melalui bisnes online juga boleh meraih pendapatan lumayan |
Pernah dengar tak walaupun hanya sebagai dropshiper tapi berjaya meraih pendapatan seperti founder?
Ya ada. Kenapa saya kata ada? Kerana saya pernah jumpa.
Kita ni bila berniaga, biarpun bisnes online tapi inginkan pendapatan yang boleh membantu kita mencapai impian. Betul tak? Kerana apa? Jika gaji hakiki (bagi yang bekerja) sudah pun mencapai 4 angka, adakah berbaloi kita buat bisnes online sebagai pendapatan sampingan untuk hanya beberapa ratus sahaja?
"Tak apalah, cukuplah sekadar RM300 untuk bisnes online. Nama pun pendapatan sampingan"
Pada saya tidak. Bukan hanya wang semata-mata tapi kita semua ada impian time freedom juga.
Kerja hakiki bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Kemudian sambung pula dengan bisnes online sebagai pendapatan sampingan sehingga larut malam dan hanya meraih RM300 sahaja. Anda pasti?
Dulu cita-cita saya nak jadi kerani. Punyalah naif. Kenapa nak jadi kerani? Sebab nak main keyboard komputer. Kelakar kan? Tapi akhirnya, semasa masih bekerja sebagai kerani saya juga buat kerja part-time dan hasil kerja part time itu gajinya lebih lumayan dari kerja kerani. Hmm..apalah yang saya fikirkan masa tu.
Pengalaman Bisnes Online
Usia mematangkan kita. Pengalaman juga mematangkan kita. Sebelum ni saya pernah juga buat bisnes online sendiri. Keluarkan produk sendiri. Saya keluarkan produk bayi bermula dengan barut dan bedung bayi sehinggalah alat sokonan penyusuan. Tapi ciri-ciri yang yang saya sebutkan di atas tu hampir tiada. Masa tu platform yang saya ada hanyalah blog. Semua produk yang saya keluarkan sendiri saya upload di blog. Ditambah dengan produk lain dari syarikat berlainan memgikut pengalaman, review dan permintaan pelanggan saya.
Saya sendiri tidak pernah menggunakan produk itu kerana saya bukan seorang ibu. Adik beradik dan rakan yang menggunakan produk saya yang membantu saya adjust mana kelemahan yang perlu diubahsuai.
Namun, mungkin kerana kesilapan sendiri yang kurang ilmu akhirnya dari bisnes online sehingga membuka kedai semuanya terpaksa ditutup apabila GST diperkenalkan.
Kemudian saya beralih join bisnes online lain pula. Sehingga saya jumpa Shaklee. Bermula dengan hanya makan sendiri, akhirnya saya mula jalankan bisnes Shaklee ini secara serius.
Apa yang boleh saya katakan, bisnes Shaklee mempunyai semua ciri-ciri yang saya katakan di atas tadi. Saya juga nampak masa depan yang sangat cerah bersama Shaklee. Tak mustahil lah ramai golongan profesional juga tertarik dengan bisnes ini. Bahkan ada yang melepaskan jawatan penting yang disandang dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bisnes online yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat ini.
Bayangkan, dalam Shaklee ramai sangat bekas Engineer, Peguam, Doktor, Ahli Farmasi, Guru, Pensyarah bahkan student yang baru habis belajar juga buat bisnes online bersama Shaklee ni.
Mereka kan semuanya sudah punya income yang besar. Namun, dilepaskan semua itu kerana mahukan money freedom, time freedom. Bila usia semakin meningkat dan anak-anak di rumah pula perlukan perhatian lebih, maka semua ini menjadi impian setiap orang. Lebih-lebih lagi wanita, kan.
Saya tak kata, tiada suri rumah yang jalankan bisnes ini. Bahkan ramai! Kerana apa? Kerana bisnes online Shaklee ni mesra pengguna dan mudah dilakukan di mana-mana sahaja. Tidur pun ada sale 😁Seronok kan?
Pelanggan juga boleh akses sendiri untuk buat pembelian |
Malah, jangan tak tahu, Shaklee menyediakan payslip setiap bulan. Payslip tersebut anda boleh gunakan sebagai support dokumen untuk membeli property juga.
Mereka ini adalah leader dalam Shaklee yang berjaya (Kredit:Bondamiza) |
Ada yang masih tercari-cari lagi bisnes online yang sesuai untuk dijadikan pendapatan sampingan? Jom sertai kami dan kita bina team bersama.
Klik link di bawah untuk register sendiri
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1454099
Perlukan bantuan atau ada soalan yang ingin diajukan boleh juga contact saya
www.wasap.my/+60196465550/NakBisnesShaklee
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
No comments:
Post a Comment